Kira-kira
jam 12 tengah malam, kami sampai di Gombak. Hujan renyai-renyai ibarat mengulit
aku untuk tidur lebih nyenyak.
“Awak,
dah sampai ni,” perlahan dia mengejutkan aku. Tangannya bertindak menggoncang
bahuku.
Aku
tersentak dan bingkas cuba untuk bangkit dari tempat duduk.
“Eh,
eh, kat mana ni?” jawabku dengan nada cemas. Aku menoleh ke kiri dan kanan
beberapa kali.
Terkejut
ku ibarat seseorang yang baru ternampak hantu pocong! Aduh, malunya.
Aku
sebenarnya memang mudah tersentak. Jantungku lemah dengan kejutan.
“Ki..ta..
dah sampai,” dia mengulangi ayat itu, perlahan, persis seorang ayah melayan
kerenah anak kecil.
Sengaja dia melanjutkan sukukata ‘ki’ dan ‘ta’ itu
panjang-panjang. Untuk bagi aku come to
my sense agaknya.
Terkebil-kebil
mataku. Ketika ini barulah rasional menyertaiku. Akhirnya aku menarik nafas.
“Oh
dah sampai,” selesai mengucapkan kata-kata itu, aku diserang rasa malu yang
amat. MasyaAllah bagaimana aku boleh tersentak sebegitu rupa.
Aku
harap dia tidak terkejut dengan reaksiku yang tidak dibuat-buat itu. Aku memang
alah dengan kejutan. Semua ahli keluarga aku sudah masak dengan tabiatku yang
satu ini. Malah ada di antara mereka yang sengaja mengambil kesempatan dengan
membuat aku terkejut. Andai sahaja mereka tahu apa yang aku rasa. Setiap kali
mereka cuba untuk membuat aku terkejut, jantungku ibarat terhenti ketika itu.
Namun, aku menganggap tiada yang serius tentang gejala ini. Mungkin sekadar
tabiat biasa atau gangguan hormon sahaja.
Aku
melihat dia tersenyum. Tidak tahan berlama-lama di situ, aku bingkas bangun dan
keluar dari swift itu. Masih merona merah wajahku. Berkali-kali aku memarahi
diriku sendiri dek perilaku yang di luar kawalan itu.
Dia
pun turut keluar dari kereta dan mengambil beg aku dari tempat duduk belakang.
Dia berjalan ke arah pintu dan membuka pintu yang berkunci itu.
Kami
sama-sama masuk ke dalam rumah. Aku yang masih terkesan dengan apa yang berlaku
tadi, akhirnya hanya melabuhkan punggungku di atas sofa. Mataku terasa semakin
berat.
“Kenapa
tak masuk bilik, awak?” dia laju bertanya. Dia sibuk mengangkut
barang-barangnya dari dalam kereta.
Aku
masih terpinga-pinga. Hendak masuk ke bilik, terasa segan.
“Awak
masuklah bilik. Jangan risau, saya tidur kat luar macam hari tu.,”
Setelah
mendengar apa yang dikatakan olehnya, aku laju menuju ke arah bilik tanpa
berfikir panjang lagi.
Malam
kian larut. Sang cengkerik mula mengeluarkan irama. Bulan pula indah
mempamerkan cahayanya. Semuanya khusyuk dalam zikir dan puji-pujian kepada
Tuhan Pencipta alam.
Kring!
Kring! Kring!
Jam
loceng telefon tanganku berbunyi. Aku cuba menutup alarm itu dan menilik jam di
telefonku itu. Tertanya sekarang sudah jam 4.30 pagi.
‘Allah’
mulutku berbisik. Sambil menggosok-gosok mata, aku bingkas bangkit dari tempat
tidur. Kemudian aku menganggkat tangan dan berdoa,
“Alhamdulillahillazhi
ahyana ba’da ma amaitana wa ilaihin nusyur”
Di
dalam hatiku,
‘Segala
puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya
kami kembali’
Aku
menekup tangan dengan perasan yang bersyukur kerana Allah masih sudi
meminjamkan hari yang baru buat aku. Aku memasang niat untuk melakukan segala
pekerjaan pada hari ini lillahitaa’la.
Aku
memandang ke arah sisiku, dia tiada di situ. Sekali lagi aku diruntun rasa
bersalah. Tidak sepatutnya aku membiarkan dia tidur di luar. Apatah lagi dia
sudah keletihan memandu sepanjang hari. Terusik hati kecilku dengan
pengorbanannya.
Sebelum
aku ke bilik air untuk mengambil wuduk, aku singgah ke ruang tamu. Aku melihat
sekujur tubuh yang sedang lena tidur di atas sofa, tanpa berselimut. Terbit
rasa kasihan di sudut hatiku melihat keadaannya. Aku melangkah ke arahnya. Aku
berhajat mengejutkannya untuk sama-sama mengerjakan solat tahajjud.
Namun,
aku menghentikan langkah apabila qasidah Ya Hanana berkumandang di telefon
bimbitnya. Ternyata dia memilih qasidah itu sebagai alarm untuk mengejutkannya dari tidur. Badannya kelihatan
bergerak-gerak. Tidak lama kemudian, dia perlahan-lahan bangun tidurnya lalu
bangkit dari tempat pembaringannya. Aku tergamam melihatnya. Aku melihat
mulutnya terkumat kamit menutur sesuatu. Membaca doa bangun tidur agaknya.
Usai, dia mula bangun berdiri dan perlahan-lahan mengatur langkah. Aku pula
masih belum berganjak dari tempat di mana aku berdiri.
Akhirnya,
pandangan kami bertemu dan entah kenapa, ianya terasa amat indah sekali. Aku
terpana melihat seorang lelaki yang sanggup meninggalkan tidurnya untuk bersama
Tuhannya.
Dia
tersenyum kecil, dan melemparkan riak wajah yang amat menyenangkan. Dia terus
berjalan ke arah ku dan seraya berkata,
“Jom,
awak,”
Malam
itu, kami tenggelam dalam cinta kepada Rab yang Esa. Kami solat tahajjud
berjemaah. Usai solat, dia berdoa. Panjang sekali doanya. Aku pula menadah
tangan dengan khusyuk.
Aku
merasa titik-titik mutiara putih laju menitis di pipiku tatkala mendengar si
dia yang bergelar suami syahdu memohon doa pada yang Esa. Benar ini adalah Ali
Haidar, dan benar sekali dia telah bergelar suamiku sekarang. Dan lagi benar,
dialah yang sedang mengimamkan ku sekarang. Apa yang aku alami sekarang adalah
terlalu indah untuk aku hadam. Terlalu manis hingga kadang-kadang membuat
kepalaku sakit.
Dengan
perasan yang bercampur baur, aku menundukkan wajahku yang hina dina untuk sujud
kepada yang Maha Esa. Tanda syukurku. Hanya itu yang mampu aku lakukan buat
masa sekarang.
Bersambung...
best.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio. Keep on reading ya :)
ReplyDelete