Jam
kini menunjukkan angka 11. MasyaAllah, dua jam aku hanya duduk berteleku atas
tikar sejadah. Aku tak boleh terus begini. Walau apa pun yang terjadi, hidup
harus diteruskan. Aku berkira-kira mahu ke klinik untuk mengetahui keadaan
diriku yang sebenar. Namun aku teringat kata-kata lelaki itu yang menyuruh aku
menunggunya pulang. Terbantut niatku. Tambahan, seorang isteri tidak boleh
keluar dari rumah tanpa izin suami. Aku amat mengerti itu. Aku tak mahu
digolongkan dalam golongan yang dikatakan Rasulullah SAW,iaitu golongan wanita
yang ramai sekali masuk ke neraka.
Nauzubillahi
min zalik
Jadi,
aku gagahkan jua kakiku untuk melihat sekeliling rumah itu. Tiba-tiba satu nada
dering hinggap di cuping telingaku. Sepertinya lagu nasyid namun, tak pernah
aku dengar sebelum ini. Aku mencari-cari bunyi itu. Akhirnya pandanganku
berlabuh di sebuah bag tangan berwarna coklat. Ternyata memang ia datang dari
situ. Tanganku pantas menggapai sebuah
telefon bimbit. Tertera nama Eyqa di skrin telefon bimbit itu. MasyaAllah, Eyqa
rupanya. Aku cepat-cepat mengangkat panggilan telefon itu.
“Assalamualaikum.”
Perlahan bersama senduku yang masih bersisa.
“Waalaikumussalam.
Ya Allah, Fatimah. Awak sakit ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal? Nasib baik
tadi si Ali tu call, bagitahu.
Bimbang juga saya, awak tak sampai-sampai kat library. Awak sakit apa Fatimah? Morning sickness ey?
Hehe” laju, ibarat kereta yang breknya tidak berfungsi, Eyqa menuturkan
kata-kata.
Aku
senyap. Terharu dapat mendengar suara sahabatku yang satu ini. Namun, gurauan
yang terakhirnya membuat aku tersedak. Ya Allah, macam mana boleh sampai ke
situ. Walaubagaimanapun apabila teringat kembali kenakalan sahabatku yang satu
ini, aku kembali tersenyum.
“Eyqa,
awak sihat?” tanpa sedar aku melantunkan soalan itu kepada Eyqa.
“MasyaAllah
dia ni. Orang bimbang dia sakit, dia tanya orang pulak. Awak eh, awak yang tak
sihat, bukan saya. Saya setakat sihat Alhamdulillah. Amboi, kita ni duk sembang
macam orang yang dah lama tak jumpa. Padahal kelmarin baru je naik bas
sama-sama. Haha” pecah ketawa Eyqa.
Aku
hanya menurut gelak ketawa Eyqa walaupun pada hematku tidaklah kelakar mana.
“Eh,
tapi seriously, are you okay? Dengar
suara Ali tadi macam tak ada teruk mana. But
still, I’m worried for you. Dah pergi jumpa doctor belum?” Eyqa kembali
bersuara.
Aku
senyap. Terasa bagai hendak saja aku meluahkan segala-galanya kepada Eyqa saat
itu. Terasa seperti hendak menghemburkan segala persoalan di mindaku ini kepada
Eyqa. Namun aku menahan diriku. Walau hati berkata ya, rasionalku bertegas yang
sebaliknya.
“Tak
ada apa-apalah Eyqa. Sorry buat awak
tunggu lama kat library tu. Sekarang
awak ada kat mana, still kat library ke? Dah jumpa bahan tu?” aku
cuba mengawal nada suaraku.
“Jumpa.
Saya ada jumpa pasal projek awak je. Sekarang ini saya duduk kafe, nak makan,
lapar!”
Projek
aku? Apa tajuknya pun aku sendiri tidak tahu. Jika bertanya pada Eyqa sekarang,
pasti kelihatan janggal. Tidak apalah. Aku tak mahu menganggu makan tengah harinya.
“Ala,
kesiannya dia lapar. Okaylah, tak nak ganggu awak makan. Hehe.” Aku
berbasa-basi.
“Nasib
baik faham. Haha. Okay. Okay. Esok lah kita jumpa kat library ye. Lusa kan kita dah nak balik Kuantan. Sempat kot nak
cari bahan.” Eyqa menyambung.
“Ha..
ha ah. Okay. Bye, assalamualaikum.” Akhirnya aku menutup bicara.
“Waalaikumussalam.”
Sekejap
aku termenung. Jumpa esok? Ada keluhan yang berbaki di hujung ngomelanku.
Entah,
mungkin aku harus berbincang dengan lelaki itu soal ini, walaubagaimanapun
lelaki telah bergelar suamiku.
Aku
menutup fikiranku berkenaan final year
project. Kini aku fokus tentang aktiviti yang ingin aku lakukan hari ini.
Aku
cuba menyusun jadual aktivitiku untuk hari ini di dalam minda. Mungkin aku
boleh membantu mengemas apa yang patut. Aku melihat keadaan sekeliling. Hmm.
Kemas. Aku masuk ke dalam bilik air. Bersih. Kemudian aku keluar dari bilik
tidur, masuk ke ruang tamu. Tiada barang bersepah atas meja. Lantai, mungkin
harus disapu sedikit. Tanganku mencapai penyapu. Lima minit kemudian aku sudah
selesai menyapu lantai kerana ruangan rumah itu tiadalah luas mana. Setelah
berpuas hati dengan keadaan ruang tamu, aku meneruskan langkah ke dapur. Rasa
kagum menyelinap di segenap hatiku. Pinggan mangkuk semua bersih, rapi di rak
pinggan. Sinki tiada sisa, tiada yang tesumbat. Aku menganggkat tudung saji di
atas meja makan, seperti yang ku sangka kosong tiada makanan. Melihat keadaan
itu, tanpa aku sedar seukir senyuman singgah di wajahku.
‘Adakah
ini hint lelaki itu untuk aku
memasak?’
Hati
kecilku mengomel. Aku berfikir sejenak, mencari idea untuk memasak.
Tiba-tiba
aku merasa senyumanku kian kabur. Aku tidak yakin aku boleh memasak. Pada
ingatanku, aku hanya pernah menolong ibuku memasak di dapur, tidak pernah aku
sendiri. Bagaimana ya? Aduh aku bingung, apa lagi untuk memasak untuk lelaki
itu. Terasa kekok sekali. Malu dan terasa tidak biasa.
Aku
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
‘Tak
perlu rasanya aku memasak, aku pasti dia akan makan tengah hari di kampus’
Aku
seakan terdengar bisikan itu.
‘Eh,
akukan seorang isteri. Memasak memang tugas aku. Tak kan tak nak jalankan
jalankan tanggungjawab?’
Bisikan lain yang membalas.
‘Mungkin
dia faham kalau aku tak memasak. Kan tadi dia suruh duduk rehat saja’
Aku
menggangguk-angguk kepala.
‘Tapi
kalau dia kecil hati macam mana, dia suami, berdosa aku nanti’
“Ah,
confuse nya,” satu keluhan akhirnya
keluar dari mulutku.
Dengan
keadaan yang masih confuse, aku
berjalan ke arah peti ais dengan harapan tiada bahan yang boleh untuk dimasak.
Bolehlah aku jadikan alasan untuk tidak memasak nanti.
Perlahan
pintu peti ais aku buka. Aku menepuk dahi. Hmm. Ayam dalam setengah ekor, bunga
kubis, lobak merah, kubis dan sayur sawi. Banyak pula sayur dia.
“Apa
jenis bujang, peti penuh ni” aku mengomel sendiri.
Melihat
bahan-bahan itu, aku mengambil keputusan untuk memasak. Dia nak makan atau
tidak itu terpulang, yang penting aku dah lakukan tanggungjawab aku.
Tomyam
ayam! Hanya itu yang dapat aku fikirkan sekarang. Namun pes tomyam tiada di
rumah itu. Aku berfikir untuk keluar beli di kedai runcit terdekat. Tak dapat
tidak, aku perlu memberitahu kepada lelaki itu. Aku menghantar sms menggunakan
telefon bimbit tadi, aku yakin sekali ianya adalah kepunyaanku.
“Salam. Saya ni. Emm, saya nak
keluar beli pes tomyam boleh? Dah tengok kat dapur, takde.”
Pendek
smsku. Kemudian aku cuba mencari namanya di dalam contactku. Tiada. Aku mula resah. Masakan nombor suamiku sendiri
aku tiada. Kemudian aku mula mencari dari huruf A. Aku terjumpa satu nama. My cute hubby. MasyaAllah, biar betul.
Seakan tidak percaya dengan nama yang tertera. Aku ke yang tulis ni?
Aduh,
kalau betul pon dia kiut, takkan la aku sechildish
itu. Aku menggeleng kepala sendirian.
Dengan
sedikit teragak-agak, aku menekan butang send.
Sejurus
kemudian, “tut.. tut..”
‘One message received’
Aku
menarik nafas dan menekan butang open.
“Okay sayang, kalau sesat nanti
cepat2 call abang ya, luv u ;)”
Terbeliak
mataku membaca mesej itu. Merona merah wajahku, tak dapat dilindung lagi.
“Hish
dia ni, tak payah la reply sampai macam itu,” bebelku sendirian.
Cepat-cepat
aku menekan butang back. Tak sanggup
berlama-lama membaca mesej itu. Kemudian aku terus mencapai tudungku. Aku
tersenyum, ternyata kini aku sudah bertudung labuh. Aku sendiri tidak sangka
dengan perubahanku itu. Dulu aku hanya biasa-biasa. Alhamdulillah. Dalam diam,
aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat yang Esa kerana telah membuka pintu
hatiku. Aku berazam untuk terus bertudung labuh walaupun aku lupa turning point yang telah membuat aku
berani untuk berubah sedemikian.
Tengah
aku bersiap-siap, satu lagi bunyi mesej kedengaran.
Setelah
siap menyarungkan sarung kaki, aku membuka mesej itu.
“Salam sayang, lupa abang nak
cakap. Kedai runcit dekat je dengan rumah kita, sayang jalan kaki pon takpe.
Sebelah kiri, sayang jalan depan sedikit Insha Allah jumpe. And satu lagi,
abang balik makan tengah hari kat rumah ye. J”
Berdebar-debar
jantungku ketika membaca mesej itu. Dia akan balik makan? Hatiku mula tak
senang, aku masih tak yakin dapat memasak dengan baik. Ya Allah, aku hanya
mampu bertawakal kepadaMu. Aku cuba yang terbaik untuk menjadi seorang insan
bergelar isteri. Semoga saja aku dapat menghiburkan hati insan yang bergelar
suamiku.
Aku
melangkah keluar dari rumah. Ternyata memang dekat sahaja kedai runcit itu.
Setelah mendapatkan pes tomyam dan sedikit lagi bahan-bahan yang lain, aku
terus meluru pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku memulakan aktiviti
memasak.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment