Jan 27, 2014

Bab 5 DAFDAA

Masa itu tiba lagi. Kuliah Madam Haryani. Semua orang tahu benar gaya ajar Madam Haryani. Dia terang untuk satu-satu topic punya lah laju. Sudah lah subjek yang di ajarnya boleh dianggap subjek killer. Banyak khabar angin yang mengatakan ramai sesangat pelajar senior dulu yang repeat subjek ni. Huh, memang cuak sungguh rasanya. Kalau boleh, aku memang tak mahu repeat. Subjek itu tak lain tak bukan ialah Bioprocess II. Yup, segalanya yang berkaitan dengan industry, kilang dan sewaktu dengannya. Dah la aku tak berapa nak minat subjek industri-industri ni. Bukan apa, payah nak imagine!

Aku berjalan masuk dewan kuliah dengan berlagak tenang. Haruslah sebab kali ini aku satu kelas dengan junior-junior tersayang. Ehem. Aku pon tak tahu macam mana sem ini baru aku ambil subjek ini. Sepatutnya subjek ini di ambil ketika di tahun tiga. Pelajar tahun akhir sudah tak perlu menghadiri kelas dan fokus sepenunhya dengan kertas thesis.

Hmm. Aku mengggaru-garu kepala yang tak gatal.

“Kak Fatimah! Kak Fatimah!,” seorang palajar perempuan yang memakai baju kurung merah terang dengan berselendang merah jambu bersemangat melambai-lambai ke arah aku.

Aku melebarkan senyumku sambil membalas lambaiannya.

“Junior..” bisikku.

Aku melabuhkan punggung di kerusi paling hujung di barisan kedua dari hadapan. Di atas meja kuliahku sudah tersedia buku catatan dan sebatang pen. Aku memang berhajat untuk memberi sepenuh perhatian kepada kuliah Madam Haryani hari ini sebab aku tahu keluar sahaja dari dewan kuliah ini, hmm, jangan harap aku nak mengulangkaji balik apa yang telah di ajar. Agak lah, aku masih perlu selesaikan kertas thesis aku yang tajuknya pon belum di tentukan lagi. Tu tak masuk nak jumpa lecturer, nak gi cop tempat lab dengan akak-akak lab yang baik-baik hati. Meeting program tu, meeting program ni. Kertas kerja persatuan lagi yang berlambak-lambak.

Stop! Dah. Tak nak fikir dah pasal tu.

“Fatimah, pejam mata. Ya, kau datang sini untuk belajar dan faham betul-betul kuliah Madam Haryani. Apa yang kau akan belajar hari ni? Ya, Aseptic technique & Contenment level. No, no, benda-benda lain tak boleh masuk lagi kepala otak setakat ni ye. Jangan fikir perkara lain ye. Kalau kau tak faham topic ni kau juga yang masalah bila nak exam nanti. Ok, satu, dua, tiga, boleh buka mata,”

Sorang-sorang, aku cuba hypnosis kan diriku sendiri. Perlahan-lahan mata aku buka.

Entah berkesan atau tidak hypnosis aku itu, aku sendiri tak tahu. Aku belajar self-hipnosis ketika aku mengikuti seminar self-hipnosis, di awal-awal sem satu dahulu. Katanya dengan minda bawah sedar, kita akan lebih fokus dengan apa yang hendak kita lakukan. Alahai Fatimah, bantai sajalah.

Tiba-tiba aku rasa ada mata memandang ke arahku. Aku terus berpaling dan melihat seorang pelajar junior  yang memakai shawl kuning cair berkelip-kelip melihat aku. Aku sengih dan terus memandang ke hadapan.

“Tak biasa tengok orang buat self-hipnosis la tu,” aku berbisik sendirian.

Dewan kuliah sudah tiga per empat penuh dengan pelajar, namun Madam Haryani masih belum kelihatan.

Usai, berself-hipnosis, aku membaca doa penerang hati.

Kemudian aku mendengar tapak kaki dari belakang. Madam Haryani berjalan dengan laju melepasi tempat dudukku.

Melihat ketibaan Madam Haryani, aku ibarat hendak mengikat kain yang bertulis “Chaiyok! Chaiyok” di dahiku. Kalau aku buat betul-betul nanti, tak pasal-pasal pulak junior yang pakai shawl kuning cair tu, terus tegur aku,

“Kak, kak ok tak ni? Stress sangat eh?”

Oh, biar tak pun Fatimah. Hehe.

Setelah memberi salam kepada pelajar, Madam Haryani terus dengan kuliahnya.

‘Tak sempat tarik nafas ni,’ bisikku sendiri. Aku sempat melihat bilangan slide untuk kuliah hari ini. Gulp aku menelan air liur, 125 slides.

Tanganku laju mencatat apa yang di ajar Madam. Walau sesaat aku tak dapat mengalihkan perhatianku, memang laju bin pantas betul Madam ni.

Tiba-tiba satu nada dering kedengaran. Siapalah yang berani tak silent fon dalam kelas Madam Haryani ni. Tak sayang badan betul. Masih aku ingat seorang pelajar lelaki yang memang kaw-kaw kena sembur oleh Madam Haryani, gara-gara telefonnya berdering ketika kelas. Mengganggu pembelajaran, dakwa Madam. Samalah macam kes sekarang ni, siapa pula ni. Naik seriau aku tengok riak wajah Madam apabila mendengar ada nada dering telefon dalam kelasnya.

Why is that sound still in my class? I thought I have remind you guys. Whose phone is that? Admit!”

Fuh, kes berat ni. Walaupon bunyi fon itu dah takde, namun kemarahan Madam Haryani masih ade!

“Akak, handphone akak kan tadi,” tiba-tiba, seorang pelajar junior, Salha yang duduk di sebelah aku menyapaku perlahan.

“Eh, Salha, handphone akak ke? Rasanya akak dah silent,” ujarku kepadanya dengan muka yang separuh yakin. Rasanya memang dah silent. Hm, rasanyaa la..

Apabila aku melihat Salha menggeleng-geleng kepala, dan ada dua tiga lagi mata yang tetonjol ke arah ku, aku lantas menggeledah beg kuliahku. Ops, ‘one message receive.’ Aku menepuk dahi. Sebelum gunung berapi Madam Haryani meletus, aku terus mengangkat tangan.

“Saya, Madam. Sorry, saya ingat saya dah silent,” ujarku dengan mempamerkan muka kasihan dengan harapan dapatlah belas kasihan Madam Haryani.

“Hmph,”

Aku mendengar Madam Haryani mendengus.

Fatimah, let it be your last time yeah. Okay let’s proceed. Where was I? See, you make me lost my points. Please yeah class …

Madam!” seorang pelajar lelaki mencelah.

You’re stop at 4 level of containment,” tambahnya lagi dengan sengihan.

Oh, okay. Thank you Marwan. Ya, let’s proceed,”

Huh, aku menarik nafas lega. Sangat-sangat. Mana taknya, melihat kepada gaya bahasa Madam Haryani tadi, kalau tak diberhentikan alamatnya habis satu kelas kena sembur. Masuk mahkamah bicara lah aku sebagai dalang kejadian. Kesalahan, nyanyuk! Aduh memang nyanyuk pon kau Fatimah, macam mana boleh lupa nak silent telefon. Orang yang hantar mesej ni pon satu, masa-masa ni lah dia nak hantar mesej. Kalau dia gi makan biskut cicah air teh dulu, sempat habis kelas aku ni.

Okay class, we break for 5 minutes,”

Aku menghela nafas. Mesej itu aku tilik.

From: My cute hubby.

Ah sudah. Mesej itu bebunyi,

‘Salam sayang. Pink atau hijau terang, mana lagi sesuai dengan abang?’

Parah. Parah. Itu je ke nak tanya cik abang oi? Tak padan dengan aku kena marah. Salah timing la dia ni. Ish.

Hmm, tapi warna apa ya lagi sesuai dengan dia? Aku jadi terfikir.

“Okay class, industrial fermenter need containment too avoid viable cell from escape to the environment..” Madam Haryani menyambung kuliahnya.

Oh, oh. Kejap Madam. Need what?? Oh, aku sudah lost.

Okay, next is ..”

Dah slide baru? Masak lah aku macam ni. Nak tanya pon tak tahu pangkal hujungnya. Kemudian aku cuba untuk fokus. Aku menggangguk-angguk kepala untuk membantu aku fokus.

“Macam hijau gelap je sesuai dengan dia. Memang dia suka warna yang terang-terang ke?”

Eh, kata nak fokus. Fatimah, jangan cari pasal.

Aku merenung slide di hadapanku dengan pandangan kosong. Tak faham. Aku mula melihat pelajar-pelajar lain, masing-masing kebanyakannya buat kerja sendiri. Nampaknya bukan aku sorang lah lost ni. Sekejap je perhatian aku beralih, terus lost. Ye lah, kalau tak takde la namanya kuliah Madam Haryani.

Perlahan-lahan aku mula mengambil telefon bimbitku. Aku membalas sms dari dia.

‘Wslm. Kenapa ye?’

Tak lama, dia balas kembali sms ku.

‘Hehe, nak cakap malu. Semalam abang iron baju kemeja abang, tapi terbakar. Dah nak kena beli baru’

Aku membaca mesej itu bersama ketawa kecil.

‘Dah besar pon tak pandai nak iron lagi.’ Aku membalas pendek sms itu.

‘Ala sayang, jangan gelakkan abang. Baju tu nak orang lain tolong gosokkan la tu, tak nak abang yang buat. Nakal betul baju tu. Hehe. Btw, what’s ur opinion? Which colour suits me more?’

“Amboi kak Fatimah, happy nampak kak,” Salha kembali menyapa aku.

O’o. Apa pula yang aku buat kali ni. Aku pantas bertanya,

“Eh, kenapa Salha?”

Pandangan Salha masih ke arah Madam Haryani, dia membalas,

“Tu sengih sampai ke telinga, hehe,”

Aku rasa Salha seorang yang masih fokus dengan kuliah Madam Haryani kala ini. Sengih? Bila masa pula aku sengih? Aku memegang pipiku yang naik, hm, sah. Tanpa sedar rupanya aku tersengih, dah tak betul agaknya aku ni.

That’s all from me. Assalamualaikum,”

Eh, dah habis kelas dah?

“Salha, awak faham ke semua yang Madam ajar tadi?” aku terus bertanya kepada Salha. Aku rasa tercabar sebenarnya, misiku untuk fokus gagal gara-gara satu sms!

“Tak juga akak. Tengok ni banyak yang saya miss, laju la Madam ajar,” rungut Salha sambil menunjukkan buku nota milikknya.

Aku mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan Salha. Kemudian aku menilik telefonku kembali. Dia pasti sedang menunggu balasan sms ku.

‘I think light green’

Selesai menaip, aku tekan butang ‘send’

‘Yes, that’s my fav colour actually. Thanks sayang. Kan best kalau sayang ada teman abang beli kemeja’

Sekali lagi dia membalas. Eh, dah melalut dah dia ni. Tiba-tiba aku rasa dah malas nak layan. Fatimah, melalut pon takpe. Dia kan suami kau. Hmm.

‘Awak beli kemeja kenapa? Pergi kuliah tak pakai kemeja kan?’

‘Abang ada temuduga hehe’

Tu je dia reply. Ish, bagitahu la temuduga apa. Saje je lah dia ni.

“Akak, tak nak balik ke?”

“Oh, nak. Takpe Salha balik dulu ya,”

Okay,” jawab Salha dengan senyuman.

Aku mula mengemas barang-barang ku dan memuatkannya ke dalam beg kuliah. Sambil berjalan aku kembali membalas sms.

‘Ada temuduga apa?’

‘Temuduga untuk biasiswa. Doakan abang ya, abang tengah nervous ni’

Tengok, tak bagitahu pon biasiswa apa. Macam pelik pula kalau aku tanya ‘biasiswa apa?’ Hmm, takpelah.

‘Insha Allah. All the best’

Thanks sayang. Miss you dear. Weekend ni kita jumpa ya.’

Erk, jumpa weekend ni?

Sebelum aku menghidupkan enjin kereta, aku membalas sms itu.


‘Insha Allah’

Bersambung

No comments:

Post a Comment