“Ibu
dan papa dah sampai!” kami saling berpandangan.
Aku
bingkas bangun dan ingin berlalu ke dapur.
“Eh,
awak nak ke mana tu?” Ali Haidar laju bertanya, mungkin hairan dengan reaksi
aku.
“Eh,
em, saya hendak check lagi sekali,
nasi lemak kat dapur,” jawabku dengan ikhlas. Aku bimbang andai ada yang aku
terlepas pandang. Kalau boleh, aku mahu semuanya sempurna.
Ali
kemudian tersengih dan berjalan ke arah aku.
“Tak
payahlah sayang. Ibu bukan datang nak buat spotcheck
kat kita. Ibu nak melawat awaklah. Mesti wajah yang ibu mula-mula nak tengok
wajah awak,”
Ali
akhirnya menarik tanganku dan aku hanya menuruti.
“Assalamualaikum.
Assalamualaikum. Haidar.. Raudhah...”
Sayup
sayup aku mendengar dari luar suara wanita yang memberi salam. Itulah ibu
barangkali.
Akhirnya
saat itu sudah tiba, bertemu ibu dan ayah mertua. Aku menarik nafas panjang.
Serta merta ku hiaskan wajahku dengan sekuntum senyuman yang mesra.
‘Oh,
ibu memanggil kami dengan panggilan Haidar dan Raudhah,’ aku cuba untuk
menangkap sebanyak mana info yang boleh supaya aku mampu kelihatan natural di
hadapan ibu dan ayah mertuaku.
“Walaikumussalam
warahmatullah,” Ali pantas menjawab.
Tiba
sahaja di depan muka pintu, Ali menyalami tangan ibu dan papa. Begitu juga aku.
Ibu mendakap ku dengan erat. Biasanya aku kurang selesa begitu dengan orang
yang aku belum kenal namun kali ini aku terasa damai. Aku membalas dakapan ibu.
“Raudhah
sihat?”
“Alhamdulillah
sihat ibu. Marilah kita masuk ke dalam. Saya ada masakkan nasi lemak untuk papa
dan ibu,” aku cuba untuk ramah.
“Ha,
ye lah. Mari lah masuk abangnya,”
Kami
semua masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu.
Ibu duduk di tengah-tengah antara aku dan Ali. Manakala papa duduk si sofa
tunggal berhadapan kami.
“Kamu
pula macam mana Haidar, sihat?” ibu mula bertanya.
Mendengar
pertanyaan ibu, Ali terus tersengih.
“Macam
ini lah anak ibu, handsome macam
biasa,”
Sejurus
selepas mendengar kata-kata Ali, aku terbatuk kecil.
‘Handsome
ke jambu?’ aku berbisik sendiri.
‘Astarghfirullah
Fatimah, tak baik kutuk suami sendiri. Maaf awak. Heh,’ aku terus bermonolog
dalaman sendirian.
Ali
hanya tersengih, mengerti maksud batukku.
“Hish
kamu ini, ibu tanya betul-betul, dah ke situ pula kamu.” Celoteh ibu membalas
gurauan yang dilontar Ali.
Aku
tersenyum.
“Ibu
ni, Haidar nak manja-manja sedikit pon tak boleh. Hehe. Alhamdulillah, Haidar
sihat. Kuliah pon semua okay,”
“Baguslah
kalau macam itu. Lega hati ibu dengar. Barulah padan dengan apa yang ibu nak
bagi ini,”
‘Ibu
nak bagi? Bagi apa?’ aku berteka teki sendirian di dalam hati.
Sekejap-sekejap
aku mengerling ke arah papa. Menunggu untuk papa bersuara. Namun masih tidak
kedengaran. Mungkin papa lebih pendiam berbanding ibu. Namun begitu, wajah papa
tampak mesra dengan senyuman yang sentiasa menghiasi wajahnya yang tampan.
Mungkin Ali mewarisi wajah papanya, aku membuat kesimpulan sendiri.
“Hai
ibu ni lain macam saja. Ibu ada surprise
ya untuk kami,” Ali masih lagi dengan sengihannya yang bersisa.
Aku
hanya diam. Tidak tahu harus berbicara apa. Namun bibirku masih tak lekang
dengan senyuman. First impression tu
penting Fatimah.
“Tahu
saja kamu ni kan. Haidar, Raudhah memandangkan masa kamu kahwin hari itu, ibu
dan papa belum lagi beri hadiah secara rasmi nya. Jadi kali ini ibu nak bagi ni
kat kamu berdua,” laju ibu menutur kata.
Ali
menyambut sampul yang dihulur ibu. Pantas Ali menyemak isi kandungan sampul
itu. Aku kira ianya duit. Namun ternyata dugaan aku salah. Di dalam sampul itu
terdapat dua keping tiket kapal terbang serta baucer penginapan hotel. Namun
aku kurang jelas di mana destinasi yang tertera di tiket itu.
“Wah,
Pulau Hayman, bu?”
Ketika
itu aku mula merasa gemuruh. Pulau Hayman? Terasa asing nama pulau itu. Aku
tidak merasa ada ‘Pulau Hayman’ di Malaysia ini.
Ibu
senyum-senyum.
“Kawan
ibu ada beritahu ibu tempat itu lawa. Kamu berdua pergi la honeymoon kat situ. Dulu kan kamu tak sempat nak honeymoon. Tapi ibu sangsi benar dengan
kamu ni Haidar, yang kamu iya-iya saja terkejut, kamu tahu tak Pulau Hayman tu
kat mana?”
Ali
terus memandang aku. Aku faham maksudnya. Aku terus menggeleng menunjukkan yang
aku juga tidak tahu keberadaan pulau ini.
Lalu
dia mengangguk-angguk. Dan terus bersuara,
“Nanti
Haidar google ya bu. Hehe,”
“Hmm.
Ibu sudah agak anak ibu seorang ni. Nanti kamu google, malas ibu nak beritahu. Ibu sudah beli tarikh kamu berdua
cuti semester nanti, jadi tak adalah masalah lah kan?”
Aku
menggeleng tanda menjawab pertanyaan ibu.
“Bukan
cuti semester kamu ke?” ibu terus bertanya apabila melihat aku
menggeleng-geleng.
“Eh
bukan. Betul lah cuti semester, maksud Fatimah, em tak tak ada masalah,”
tergagap-gagap aku menjawab. Reaksi spontan ku itu kerana aku amat terkejut
dengan apa yang aku lihat sekarang. Bercuti di Pulau Hayman? Oversea pula tu.
Biar betul. Naik kapal terbang sahaja aku belum pernah. Kaya benar keluarga si
Ali ni. Hatiku masih tidak mampu untuk percaya.
Pantas
Ali menyampuk,
“Nasib
baik menantu kesayangan ibu ni tak tahu juga di mana Pulau Hayman tu. Kalau tak
sudang empat karung bebelan yang Haidar kena ni, ye tak bu?”
Bijak
Ali Haidar menyelitkan loyar buruknya untuk meredakan rasa terkejutku.
Dari
lirikan mataku, aku melihat senyuman kecil di bibir tua papa. Geli hati agaknya
melihat gelagat ibu-anak ini.
“Sudah
lah tu, layan kamu ni Haidar memang tak akan habis. Jom Raudhah, kita makan.
Rindu pula ibu nak jamah nasi lemak kamu ini,” ibu pantas menukar haluan
perbualan, malas mahu melayan loyar buruk anak terunanya dan menarik tanganku
untuk bangun dari sofa.
Mendengar
ibu memanggil aku Raudhah, aku menyedari kesilapanku yang berbahasakan diriku
Fatimah sebentar tadi. Aku berharap selepas ini nama Raudhah lekat di bibirku.
‘Ignore the awkward Fatimah, eh Raudhah,’
hatiku berbicara.
Aku
hanya menuruti ibu dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Hati kecilku
berbicara, ‘Kalau macam ini, hehe Insha Allah aku boleh masuk dengan keluarga
ini,’
Ali
yang dari tadi hanya memerhati gelagatku juga turut mengukir senyuman melihat
keselesaanku dengan kedua ibu bapanya.
Aku
terus menyendukkan nasi lemak ke pinggan ibu, papa dan Ali setelah mereka semua
melabuhkan diri di meja makan.
“Jemput
makan, ibu, papa, em, abang,”
Gulp,
tersekat nafasku menyebut perkataan itu. Malu Fatimah malu!
‘Rilek
Fatimah, kau harus tepis dulu semua perasaan malu kau tu depan ibu dan papa.
Nanti apa pula mereka fikir nanti kalau nampak kau kekok sangat dengan suami
sendiri. Kang tak pasal-pasal tak dapat bercuti. Eh,bercuti? Salah niat ke aku
ni? Hehe,’
Aku
bermonolog dalaman sambil tanganku berkerja menyendukkan nasi ke pinggan Ali
setelah aku hulurkan nasi kepada ibu dan papa.
“Ibu,
tengok menantu ibu seorang ni. Suka sangat boleh jumpa ibu, sampai-sampai
sambil senduk nasi pon boleh sengih sorang-sorang. Hehe,”
Ali
tersengih setelah membuat muka ‘duckface’
dengan memuncungkan mulutnya ke arahku. Saja la nak ambil perhatian tu! Ali
kembali dengan misi menyakatku. Selagi mulutnya itu tak disumbat dengan nasi
lemak ini, selagi itulah agaknya dia akan mengusikku.
Kata-kata
Ali itu membuat ibu berpaling ke arahku, kemudian tersenyum.
“Biarlah
Raudhah, laki kamu jelous la tu.
Dengan ibu pon nak jelous, kami ini
memang dari dulu lagi sehati sejiwa kan Raudhah, tak boleh nak di pisahkan. Kan
anak ibu kan?”
Aku
tergelak kecil mendengar jenaka ibu. Terus aku mengangguk-angguk kepala tanda
sokongan kepada pernyataan ibu.
“Nah,
ibu nasi tambah untuk ibu. Special
ni, hehe,” sahaja aku ingin menyambung momentum jenaka ibu.
“Ohoi,
nak bodek ibu ea. Ke nak request holiday
tempat lain pula ni. Haha,” ketawa ibu pecah.
Ketawa
kami berempat terburai. Tak ku sangka sediam-diam papa, pun turut ketawa. Namun
dalam hati, aku tertanya-tanya, memang seorang pendiam kah papa? Ali pula juga
tak berapa mesra pon dengan papa?
“Raudhah,
petang ni keluar dating dengan ibu
ya? Kita pergi shopping. Lama dah ibu
tak keluar dengan Raudhah,” ibu mengajakku mesra sambil menyuapkan nasi lemak
ke dalam mulutnya.
Alamak,
petang ini bukan ada appointment dengan Dr. Nabila ke? Macam mana ni. Tak kan
aku nak tolak permintaan ibu. Aku terus berpaling ke arah Ali dengan pandangan
SOS. Ali membalas pandanganku dengan anggukan tenang. Aku mengerti maksud
anggukan itu.
Kemudian
aku berpaling ke arah ibu dan membalas dengan senyuman melebar,
“Jom
ibu, abang duduk rumah ya,”
Pecah
ketawa ibu.
“Papa
ni sekali, jangan kacau kami gegurls
nak bershopping,” ibu menambah.
Aku
senang hati sekali mendengar jenaka ibu.
“Amboi,
sayang dengan ibu. Sanggup kalian mengetepikan kami jejaka-jejaka hensem ini,”
Aku
dan ibu serentak menjelirkan lidah ke arah Ali Haidar.
“Hahaha,”
Sekali
lagi ketawa kami berempat bergema di ruang makan yang bersaiz kecil itu.
Dalam
hati, aku bermonolog,
‘Pandai
Ali Haidar menjaga hati ibunya,’
Hatiku
semakin terpaut kepada insan itu dan aku dapat merasakan benih hati yang kubaja
dan siram selama ini sudah mula berbunga-bunga.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Awak,
macam mana dengan appointment Dr. Nabila? Malam ni saya dah nak naik bas balik,”
tanyaku sejurus kami berdua masuk ke dalam bilik.
“Hmm,”
Ali Haidar memegang janggut sejemputnya. Posisinya ala-ala Albert Stein tengah
berfikir.
‘Tahulah
awak amek engineering cik abang. Tapi masalah ni tak ada kaitan dengan physics
pon,’ hatiku mengomel. Geli hati dengan tingkah laku Ali Haidar.
“Haaa,”
“Macam
mana? Macam mana?”
Expectation
aku meningkat apabila Ali Haidar seakan telah menemui solusi.
“Haa,
bagi saya lagi 5 minit tuk berfikir,”
“Haha,”
tawaku kedengaran sambil tapak tanganku menepuk dahi.
“Apa
daa,”
“Saya
hantar awak baliklah malam ni okay?” Ali Haidar kembali bersuara.
“Mana
boleh. Kesianlah kat awak. Takkan lepas tu nak drive balik Gombak,” aku
membalas pantas.
“Takpe,
esok saya takde kelas. Ibu dengan papa balik maghrib ni. Diorang nak ke rumah
Kak Long pula kat Perak. Lepas ibu dengan papa balik, kita gi jumpa Dr. Nabila.
Nanti saya call Dr. Nabila minta tangguhkan appointment ke malam ni. Lepas tu
saya hantar awak balik. Kalau awak nak naik bas, nanti takut rushing,”
Aku
senyap. Berfikir sambil menghadam cadangan Ali Haidar. Jauh di dasar hatiku,
aku tak sampai hati nak biarkan dia drive
jauh-jauh lagi.
“Macam
ni, apa kata saya naik bas pagi esok je?”
“Awak
takde kelas ke esok?”
“Takde,
saya cuma ada seminar penulisan thesis. Tapi itu pon pukul 2 petang. Sempatlah kot
kalau saya naik bas awal pagi,”
“Tak
letih ke sayang?”
Erk.
Hehe. Suka pula rasa bila dia panggil aku sayang. Aih, fokus Fatimah.
“Insha
Allah tak. Okay ja. Dalam bas boleh tidur. Kalau letih lagi, dalam dewan kuliyyah
pon saya boleh tidur hehe,”
“Amboi
sejak bila isteri abang pandai nak tidur-tidur dalam kelas ni,” bisiknya sambil
mencuit lembut hidungku.
“Bukan
kelas, seminar,” ajukku seperti iklan raya petronas “Burung apa? Burung Murai.”
“Haha,”
Ali ketawa perlahan.
Aku
pula tersenyum lebar.
“By the way awak, saya minta maaf ya. Tadi
sy ada terkata muka awak jambu dalam hati,”
“Fatimah
Raudhahhh,” Ali buat muka terkejut sambil tangannya mencekik pinggang.
“Serangan
cuit pinggang bertubi-tubi,” Ali menambah sambil bersedia untuk menggeletek
pinggangku.
“Ampun
awak ampun,” balasku dalam ketawa tak henti.
Bersambung..