Aug 9, 2014

Bab 20 DAFDAA

“Eh kau okay ke ni? Termenung jauh nampak?” tanya Rizman kepada sahabat karibnya, Ali. Jauh sungguh dia melihat Ali termenung hari ini. Macam semua yang dia cakap masuk telinga kanan keluar telingar kiri Ali.

“Em, eh. Kau cakap dengan aku ke? Eh, aku okay, aku okay. Kenapa nampak aku macam orang sakit ke? 

Ali membalas pertanyaan Rizman dengan soalan kembali.

“Tak adalah aku tengok jauh je kau termenung. Dari pagi tadi lagi. Kenapa? Mengidam nak makan mee mamak ke? Ke teringat kat anak dara orang?”

Bukanlah Rizman nak busybody, tapi dia sendiri terganggu melihat sahabat dia ini asyik termenung. Macam roh dah keluar dari jasad.

“Dah tadi kelas boring, belajar teori. Saje je la aku duk berangan sket. Tak ade apa lah,” jawab Ali ringkas.

“Suka hati kau lah Li. Neh aku gerak dulu, sakit perut ni. Nanti kau tolong beli dinner untuk aku eh,”

“Lah kau yang sakit rupanya. Makan nasi basi ke weh? Haa, okay. Insha Allah. Macam-macam lah kau ni,”

“Haa lah. Tak nak membazir punya pasal. Haduh, padahal aku dah baca bismillah. Okaylah, takleh lama-lame ni, kang terkeluar kat sini. Blah lu. Kau tu pon, tak payah nak termenung lama-lama. Termenung lame-lame pon tak selesai masalah jugak bro,” sahut Rizman sambil melangkah jauh dari Ali Haidar dan menuju ke parking motor.

“Kenapa selama ni kau makan baca tak baca bismillah ke? Hapelah,” Ali mengumam sendiri.

Setelah solat asar berjemaah di masjid uiam Gombak, dua sahabat itu ambil angin, lepak-lepak di depan masjid sebelum pulang ke asrama. Kebetulan hari ini kelas habis awal.

Terbit satu senyuman nipis di bibir milik Ali Haidar. Betul jugak kata Rizman, duk termenung pon takkan selesai masalah. Kalau ikutkan hati, memang perasannya bergelojak marah, cemburu tetapi akalnya menghalang dirinya untuk bertindak mengikut nafsu.

Ali Haidar mula bangun dan berjalan ke arah swift hijau miliknya. Di dalam kereta, telefon yang telah disilentkannya dari tadi, dibeleknya mesej yang diterima. Dia menatap mesej kiriman isterinya yang tercinta dengan mata sayu yang sarat dengan kasih sayang.

‘Walaupon hati abang ni sakit sampai abang rasa nak merajuk dengan sayang, tapi sebab abang dah janji untuk jadi bestfriend dan sentiasa ada untuk sayang, abang akan tunaikan janji abang,’

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku sudah terbungkang di atas katil. Hari ini aku pulang awal ke asrama. Aku hanya turun padang sekejap untuk mengedarkan flyers berkenaaan etika kod pemakaian di uia kepada orang luar yang membuat program di sini.

Tengah-tengah aku mengedarkan flyers, ada juga aku dengar suara-suara yang bercerita tentangku. Makin berlama-lama aku di situ, boleh sewel agaknya aku. Itu pasal aku ambil keputusan untuk balik awal ke asrama. Tak menahan, kalau ya pon nak mengumpat aku, biarlah betul-betul belakang aku, sampai aku tak dengar. Ini, sebijik sebijik aku dengar, mahu tak demotivated aku.

Ya Allah, di perjalanan menyampaikan agamaMu pon ada berselirat ujian dan dugaan. Mungkin ada hikmah besar di sebalik semua ini.

Aku cuba memaksa kelopak mataku untuk tutup, namun tak sampai 5 minit kembali terbuka.

“Haih, tak boleh jadi ni,” aku bangun dari katil. Tak senang duduk. Rasa seperti orang teraniya yang tidak mendapat keadilan. Nak menjerit, nanti orang ingat mental pulak.

“Ya Allah, pada siapa aku nak luah supaya hati ni rasa tenang sikit ya Allah,” aku mengadu sendirian. Perlahan. Nak telefon polis, tak tahu nak report apa. Nak telefon lawyer tak ada nombor, nak telefon bomba, tak ada kena mengena!

Tiba-tiba ringtone telefon milikku berdering dan laju telefon itu hinggap di telingaku. Ali Haidar!

“Assalamualaikum,” aku bersuara lunak memberi salam.

“Walaikumussalam. Sayang..,” aku mendengar Ali memanggilku.

“Ya?”

“ Awak okay?”

“Kenapa awak tak reply mesej saya?” aku bertanya sambil batinku menjerit ‘mestilah aku tak okayyy!!!!’

“Saya tak perasan tadi,”

“Okay,”

Dalam hatiku, ‘tak perasan??! Sampai hati tak perasan mesej aku,’

“Okay yang mana ni?” tanyanya lagi.

“Okay, okay jelah. Apa maksud awak?” tanyaku pula, keliru.

“Okay, okayyy ke? Okay saya tak perasan awak mesej?”

“Erk? Okay sahaja,”

Kening aku dah mula berkerut. ‘Apa dia ni?’

“Maksudnya awak okay lah ni?”

Aku tarik nafas, hembus. Kalau ada kamus dewan bahasa dan pustaka ni, aku dah cari dah definisi sebenar perkataan ‘okay’. Dah kenapa Ali suka sengat dengan perkataan ‘okay’ ni.

“Okayyyyyy,” aku menjawab panjang.

“Saya ingat awak tak okay tadi, itu yang saya telefon. Kalau macam tu, tak pelah. Bye..” Ali berkata-kata.

Gulp. Now I get his point!

“Tak, saya tak okay!” aku pantas membalas, bimbang dia mematikan telefon.

“And why is that dear? Saya ada kata awak boleh cerita apa saja dengan saya kan. I will be your best listener,”

Lega apabila suaranya masih di talian. Hatiku berbisik, ‘Macam mana nak start? Mesti dia dah dengar kan? Dia marah tak? Apa yang dia fikir? Dia tak percaya kan? Ish, banyaknya soalan!’

“Saya kena fitnah,” pendek dan bersepadu aduanku.

“Okay, cik. Bila dan di mana kalau boleh saya tahu kejadian itu berlaku,” tanyanya dengan lagak seperti inspektor polis.

‘Eh, dia ni main-main ke apa?’

“Sorry, bukan cik, puan,” aku membetulkannya.

“Oh jadi cik puan dah kahwin? Maafkan saya salah panggilan. Jadi mari kita sambung balik tadi, macam mana perkara ini boleh terjadi cik puan?”

Nak tergelak aku mendengar ajukannya yang tak berapa nak menjadi. Cik puan pon boleh.

“Bila tu, terjadi lepas saya ada mesyuarat dengan organisasi perwakilan pelajar universiti. Di mana, di bilik mesyuarat,”

“Mungkin itu berlaku sebab cik puan tak bagitahu kat suami cik puan yang cik puan nak pergi mesyuarat,” sambungnya selamba.

Aku terkesima. Tak bagitahu? Sungguh, seingat aku, aku dah minta izin dengan dia.

“Encik, awal-awal lagi saya sudah minta izin dengan suami saya cik,” aku cuba membela diri aku namun masih dengan gaya aduan kepada inspektor polis.

“Tak ada cik puan. Suami cik puan tak ada terima apa-apa mesej atau call pon dari cik puan,”

Mukaku biru. Aku silap send ke?

“Mungkin di whatsapp encik?”

“Oh, awak  ada whatsapp saya?”

Okay, ini perbualan serius. Apabila Ali Haidar sudah keluar karektor.

“Ya, ada. Awal-awal lagi saya dah minta izin awak,”

“Ya Allah, kenapa tak bagitahu awal-awal? Saya ingatkan awak tak bagitahu saya yang awak ada meeting. Terkejut bila saya baca pasal berita awak dengan Muhaimin tu, nak marah pon ada,” jelas Ali Haidar

‘Jadi betullah dia dah tahu,’ gumam hatiku.

“Awak tak dapat whatsapp saya?”

“Internet fon saya dah habis kuota, tak topup lagi hehe,”

“Awak tak marah saya ke bila tahu cerita tu? Tak nak minta penjelasan?” aku bertanya, keliru. Dia marah pasal tak bagitahu aku ada meeting ke dia marah pasal keluar cerita macam tu tentang aku dengan Muhaimin?

“Awak nak jelas pon boleh, tak nak pon boleh. Abang tahu isteri abang takkan buat apa-apa yang tak elok,”

“Jadi tadi awak cuma marah kalau saya pergi meeting tak minta izin awak?”

“Ya lah. Maaf saya dah serkap jarang ya sayang,”

“Eh, tak. Saya yang patut minta maaf sebab satu, cuai sampai boleh keluar cerita macam ini pasal saya. Patutnya saya lebih jaga diri saya. Kedua, sebab saya tak check yang awak dah receive belum mesej saya. Maafkan saya,” aku bersuara sayu dan terharu. Sedikit terpujuk hatiku bila insan ini ternyata sedikit pon tidak meraguiku.

“It’s okay sayang. I know it’s been hard for you,”

“Macam mana awak boleh percaya saya 100% bila semua orang percaya rumour tu?” aku bertanya dengan suara tersekat-sekat. Tengah menahan perasan yang membuak. Perasan seperti cahaya keadilan kembali cerah untukku.

“Awak, kalau awak nak tahu, semua orang tak percaya pon berita tu. Semua orang tahu tu politik universiti semata-mata. Kalau ada orang bercakap-cakap belakang tu biasalah sayang. Hot story, orang memang suka bawak mulut, bercerita walaupon diorang tak sure pon kesahihannya. Ce kalau cerita mak cik cleaner bersih toilet, takde pulak diorang nak bercerita walaupon memang dah terang terah sahih mak cik tu bersih toilet. Diorang bercerita sebab diorang rasa best, itu dah jadi perbuatan yang ikut nafsu. Awak jangan ambil pot sangat ya?”

Ya, inilah kata-kata yang aku nak dengar dari tadi. Yang dapat menenangkan hati, yang dapat mengembalikan semangatku. Daripada semua orang, aku dapat dengar kata-kata ni daripada Ali Haidar. Petunjuk apa ini ya Allah?

Mungkin Allah hendak tunjukkan kepadaku di sebalik kesusahan yang Dia beri, Dia juga telah kirimkan seseorang yang boleh membuatkan aku lebih teringat kepadaNya. Supaya aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, terutamanya insan bernama suami ini.

Terima kasih ya Allah.

“Awak kalau esok saya nak pergi jerit kat mana-mana, awak izinkan tak?” aku bertanya.

“Haha,” aku terdengar gelak kecilnya di hujung talian.

“Kalau itu boleh membuat awak lebih tenang, saya izinkan. Tapi jangan jerit kat tepi telinga roommate pulak. Nanti tak pasal-pasal kena masuk court atas tuduhan, nuisance,” sempat Ali Haidar mengusik.

“Kalau saya jerit kat sini, sekarang, boleh?” saja aku nak mengada-ngada sket dengan suami sendiri. Heh.

“Eh, jangan buat pasal sayang malam-malam ni. Tak pasal esok nanti saya kena jemput awak kat hospital,”

“Hospital apa?”

“Sakit jiwa,”

“Haha,” ketawa kami pecah bersama.

“Okaylah sayang, pergi tidur sana. Kang esok tak terbangun,” sambung Ali Haidar.

“Terima kasih awak. Terima kasih sangat,”

“My pleasure,”

“Assalamualaikum,” aku memberi salam.

Jawapan salam dari Ali Haidar sebelum dia mematikan talian.

“I miss you,” bicaraku setelah talian dimatikan.

Bersambung... 


Aug 2, 2014

Bab 19 DAFDAA

Pagi itu aku bangun seperti biasa dengan mood yang ceria terlebih. Kata orang kalau kita memulakan pagi dengan baik, hari itu akan jadi lebih produktif daripada biasa. Tengah-tengah aku bersiap-siap untuk ke kelas, datang Ana menyapaku.

“Fatimah, semalam awak balik pukul berapa?”

“Eh, Ana. Tak ada kelas ke? Semalam lewat sket balik, meeting lambat habis. Dalam nak dekat pukul dua rasanya,” jawabku tenang.

“Awak meeting SRC ea?”

“Yup. Kenapa?” jawabku ringkas. Kenapa aku terasa seperti aku sedang di soal siasat.

“Hmmph,”

Aku mendengar Ana mengeluh. Dah kenapa?

Aku masih lagi bersabar menanti penjelasan daripada Ana.

“Macam ni, tadi saya ade bukak facebook. Ade orang share tweet pasal SRC la Fatimah,” Ana menerangkan satu persatu.

“Oh okay, tweet pasal apa? Siapa yang tweet?” aku bertanya tanpa ada syak wasangka.

“Ada isu kate ada SRC berduaan kat bilik meeting pagi-pagi,”

“What? Apa maksud awak?” tanyaku seakan tidak percaya tidak apa yang dikhabarkan Ana.

“Mmm, okay macam ni. Ada sorang junior ni, dia tweet, sound SRC. Katanye SRC ni bajet je baik bla bla bla, tapi kantoi jugak berdua-duaan kat student centre kol 2 pagi. Lepas tu heboh la beritu tu. Awak faham-faham je la, gossip kat twitter tu tersebar laju dia macam kelajuan cahaya,”

“Astargfirullah. Siapa yang buat cerita ni?” aku terduduk sambil menggeleng-gelengkan kepalaku apabila mendengar berita itu.

“Tapi yang lebih parahnya Fatimah, kat situ dia ada sebut presiden dan setiausaha SRC,”

“Innalillah, musibah apa ini ya Allah? Maksudnya SRC yang dia maksudkan berdua-duaan tu, saya lah?” tanyaku lagi, inginkan kepastian. Aku seakan betul-betul tidak percaya kejadian semalam boleh menimbulkan fitnah sekian rupa.

Ana mengangguk-angguk kepalanya perlahan-lahan.

“Sebenarnya apa yang terjadi Fatimah? Kenapa dia boleh tweet sampai macam tu? Awak pon tahu kan, admin pon kadang-kadang ambil tahu apa yang terjadi kat laman sosial,”

Aku merasakan kelopak mataku panas. Allah.

“Awak percaya ke saya nak buat perkara yang tak elok Ana?”

“Mestilah saya tak percaya, awak kan sahabat saya. Saya kenal sahabat saya. Sebab tu saya tanya, apa yang sebenarnya terjadi?”

“Semalam kiteorang meeting sampai pukul 1.30 pagi, tapi on the way balik, baru saya perasan yang saya tertinggal fon. Itu sebab saya patah balik. Kebetulan Amin tak balik lagi masa tu. So, dia adalah kat dalam bilik meeting tu,” aku menerangkan dengan perasaan sebak.

“Oo so macam tu rupanya cerita dia. Jadi maksudnya ada orang lain lah kat situ kan semalam, kalau tak takkan dia nampak pula kan. Haa apa pula yang dia buat sampai pukul dua pagi kat situ?”

Ana menghemburkan soalan yang masuk logik akal.

Aku mengemaskan kembali emosiku, dan mula menghadam pertanyaan Ana.

“Jap, siapa yang tweet tu? Eh, jap. Saya ada kelas ni. Nanti kita sambung balik ya. Dah lewat ni,”

“Okay okay. Awak kuatkan hati ya. Jangan risau, orang lain pasti tak percaya fitnah tu. Insha Allah,”

Aku membalas Ana dengan senyuman. Namun dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu. Aku sama sekali masih tidak boleh menerima berita itu dan aku berasa malu untuk bertemu semua orang. Pasti berita itu sudah heboh merata-rata. Itulah kuasa internet.

Kepala otakku terus ligat berfikir, aku mempunyai musuhkah? Kenapa dia sampai hati melemparkan fitnah yang sebegitu rupa kepada aku?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Assalam”

Aku menaip mesej lalu aku tekan butang send. Ali ni dari semalam tak ada mesej aku, ke saje nak tunggu aku mesej dulu?

“Fatimah, aku pon memang panas baca tweet budak tu semalam. Teruk jugak die kena hentam kat twitter. Suka-suka dia je main sound SRC macam tu, dah la junior,” Atie berkata-kata dengan berapi-api sambil menyuapkan nasi putih ayam masak merah ke dalam mulutnya.

Aku dan kawan-kawan sekelasku ramai-ramai makan tengah hari di cafe. Memang betol, semua orang dah tahu tentang isu aku dan Muhaimin. Terkejut aku bila semua kawan-kawan serbu aku bila aku sampai di kelas pagi tadi. Dunia sekarang dunia laman sosial. Berita pon boleh tersebar sepantas kilat!

“Sebenarnya, apa yang dia bagitahu kat twitter?” tanyaku inginkan kepastian.

“Dia kata, SRC ni bajet je alim, baik, duk tegur orang sana-sini. Last last kantoi jugak berdua-duaan pagi-pagi kat meeting room,”

“Allah, sakitnya hati aku dengar,” aku meluahkan.

“Agaklah. Ko pernah bermusuh dengan dia ke? Apa cerita sebenarnya Fatimah? Tapi kalau ko tak cerita pon, aku langsung tak percaya dengan dia tu. Ko tu sume orang dah tahu, thiqoh, lemah lembut, pemalu, bini orang pulak tu. Pastu tambah pulak dengan ustaz Muhaimin tu. Orang hebat tu. Nak buat fitnah pon agak-agaklah pilih orang,” DJ pula menambah.

Nama sebenar Khadijah. Tapi kawan-kawan semua panggil DJ. Nama glamour.

“Semalam memang kiteorang meeting sampai lewat malam. Duk bincang pasal orang luar yang datang buat program kite tapi pakai short dengan skirt pendek je tu. Takkan lah kiteorang nak berdiam diri je tengok benda tu kan. Tapi masalahnya, on the way balik tu aku baru perasan tertinggal fon kat bilik meeting. Aku pon patah balik  amek. Kebetulan, masa tu Amin sorang tak balik lagi dari bilik meeting tu,”

“Pastu apa plan ko?” Atie pulak bertanya.

“Entahlah, aku rase nak balik amek air smayang, solat sunat banyak rakaat sket, pastu berdoa banyak-banyak kat Allah biar dia kena jatuh longkang ke apa ke?” jawabku selamba.

Pecah tawa kami semua.

“Tapi kan Fatimah, ada jugak lah yang otak mereng duk percaya ape yang budak tu tweet. Yang sokong budak tu. Kiteorang dah habis hentam dah dia. Tapi faham-faham lah, keyboard warrior, pakar analisis internet ni yang ramai,” Adibah pula meluahkan.

Aku diam. Tak larat nak fikir. Aku cuma berharap masalah ni tak berlarutan dan tak menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini.

Aku mula menarik telefon pintarku. Tiada balasan mesej dari Ali. Semalam pon dia tak ada call juga. Hati ku mula rasa tak senang. Selalunya cepat saja balas mesej dari aku. Patutkah aku call dia? Call je lah, suami sendiri juga kan.

Tak sempat aku nak telefon Ali Haidar, telefon ku berdering. Panggilan dari kak Yat dari office student centre. Kenapa pula kak Yat telefon aku?

“Assalamualaikum. Ya kak?”

“Waalaikummusalam. Fatimah, awak free tak sekarang? Bro Zaki nak jumpa awak sekarang kalau boleh, sekali dengan Muhaimin,”

“Em, kenapa ya kak?” aku bertanya. Hati sudah mula berdebar-debar. Aku berbau masalah.

“Takpe awak datang je dulu ya. Akak nak terang kat sini pon susah,”

“Okay akak. Tapi saya solat dulu ya? Sekejap sahaja kan? Sebab petang ni saya kena masuk lab,”

“Ya baik dik. Datang dulu ya,”

“Okay, insha Allah kak,”

“Korang aku gerak dulu ek. Kak Yat call la, kate bro Zaki nak jumpa aku kat office. Nanti apa-apa aku cerita baliklah ya,”

“Okay okay. Ko bawak banyak bersabar ya,” atie berpesan.

Aku mengangguk perlahan dan berlalu.

‘Ali, please reply mesej,’ hati kecilku berbisik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku masuk ke dalam office of student centre.

“Assalamualaikum,”

Muhaimin, bro Zaki dan kak Yat sudah sedia duduk di sofa berhdapan dengan pintu masuk itu.

“Waalaikummusalam Fatimah. Sila-sila duduk,” bro Zaki menyapaku mesra.

Dengan sopan dan perlahan aku melabuhkan punggungku sebelah kak Yat. Kami sempat berbalas senyuman.

“Kenapa ni kak, bro Zaki?” aku bertanya jujur.

Sempat aku mengerling ke wajah Muhaimin yang tenang.

“Okay mungkin awak dah tahu pasal tweet yang memburuk-burukkan SRC kan?”

Aku mengangguk kepala perlahan. Betapa berdebarnya hatiku saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

‘Allah, kenapa ni? Bro zaki dengan kak Yat macam serius je,’ hatiku berdetik.

“Benda tu sekarang ni dah tersebar sampai uia Gombak dah. Dah jadi isu besar dah kat sana sekarang. Saya pon tak sangka benda ni boleh merebak dengan cepat dan memberi impak yang besar sampai macam ni. Nampaknya budak yang tweet tu memang ramai follower. Jadi yang tak kenal kamu pon terikut-ikut percaya dengan apa yang dia propa,”

“Diorang mempersoalkan kredibiliti SRC. Jadi yang kenanya SRC secara keseluruhan,” bro Zaki menambah lagi.

Bro Zaki itu adalah pegawai yang menjaga hal ehwal pelajar di UIAM Kuantan. Kebanyakan persatuan dan kelab, dia adalah penasihatnya.

“Bro tahukan apa yang dia tweet tu semua tak betul?” aku bertanya bersungguh kepada bro Zaki. Mana boleh main, ini melibatkan maruah.

Dia mula mengangguk-angguk perlahan.

“Ya, saya tahu. Amin dah cerita semua pada saya,”

“Lepas tu, tak kan tak ada apa yang kita boleh buat untuk membetulkan kesalah fahaman ni bro? Saya ni perempuan, saya ada harga diri. Lagipon tak adil untuk semua menghukum hanya dengan tweet kosong yang langsung tak beserta dengan bukti,” luahku dengan nada yang tidak terkawal lagi. Aku merasa diri sungguh dizalimi.

“Kalau ikutkan hati saya, memanglah saya nak saman je budak yang buat cerita tu. Saya kenal awak, saya kenal Muhaimin ni. Tapi, ini bukan rancangan melodi. Kita kena handle ni dengan berhati-hati, tak boleh main sembur macam apa yang dia buat. Kalau tak, things can get worse,” bro Zaki menambah lagi.

“Then, apa suggestion bro Zaki?” aku bertanya.

“Inilah yang kita nak bincang. Kalau awak berdua perasan, menda ni tak besar mana pon kat sini kan sebab most of them know both of you. But things are different in Gombak campus. Those yang memang tak suke dengan lineup SRC 13/14 ni, memang guna kaw kaw point ni tuk bash SRC. Now, deputy rector of student affair pon dah look into this case now. Well you guys maklum kan, ini international Islamic university, benda-benda khalwat memang tak ada toleransi,”

Aku merenung ke arah pintu. Dah tersebar sampai kampus Gombak? Jadi Ali Haidar pon mungkin dah dengar pasal ni? Dia percaya ke? Ah, kusutnya!!


 Bersambung..

Bab 18 DAFDAA

Aku membuka aplikasi whatsapp di telefon pintarku. Sudah lama telefon pintarku tak dapat line internet. Banyak conversation whatsapp yang masuk sekaligus apabila, wifi telefon pintarku dapat connection dengan iium-community line. Aku pantas membuka group SRC 13/14. Anak mataku turun naik sekali dengan gerakan jari telunjukku di skrin sentuh telefonku itu.

Muhaimin: Bila agaknya kita boleh buat meeting? Seeloknya secepatnya sebab nak tangguh perkara ni pon tak elok jugak.

Sarah: Akak setuju. Elok kita bincang depan-depan perkara ini. Sebab ini pon melibatkan nama universiti kita.

‘Amboi kencang betul diorang berwhatsaapp,’ sembangku sendirian di dalam hati. Banyak betul conversation group yang aku tak sempat baca. Ni apa cerita pula kena buat emergency meeting ni?

Aku mula menaip, untuk turut serta dalam perbualan itu.

Aku: Kenapa ni akak? Sori, saya baru boleh bukak whatsapp

Daniel: Tengok cik kak Fatimah kita ni tertinggal kereta api.

Aku: *Emoticon marah

Muhaimin: Tak payahlah nak sakat Fatimah. Dia baru dapat wifi tu.

Amboi, semua nak bahan aku ni.

Sarah: Haha. Ni presiden awak nak buat emergency meeting ni. Fatimah free bila? Malam ni okay?

Aku: Saya insha Allah okay akak malam ni. Haip, mentang-mentang kita pengguna tegar wifi uia -.-‘

Muhaimin: Eh okay la tu. Pemimpin berjiwa rakyat ;)

Daniel: Hehe itu lah. Rindu nak bergurau dengan cik kak Fatimah kita. Dah lama tak nampak. Jangan marah J

Aku: Yelah cik abang sekalian. Makanya, jadikah kita ada meeting malam ni?

Sarah: Haha lawaklah korang ni. Macam mana Amin? Malam ni kah?

Muhaimin: Saya okay. Yang lain macam mana, free?

Daniel: Okay! Yang lain tak bukak whatsapp hehe

Muhaimin: Alright, kalau macam tu malam ni meeting di bilik mesyuarat student centre. Jam 8 malam. Fatimah tolong spread mesej ya.

Aku: Okay bos. Kalau boleh tahu sedikit agenda?

Sarah: Ada benda yang berlaku kat sport complex tadi. Sebab tu kena buat emergency meeting ni. Its hard to story here.

Daniel: *Thumbs up

Aku: Oraito. Understood. I will forward the message to all

Muhaimin: Thank you semua

Aku menongkat dagu. Melemparkan pandangan ke arah rak buku di hadapanku. Huh,ada meeting pula malam ni, nak kena minta izin dengan Ali Haidar ni. Aku segera menaip mesej ringkas kepada Ali Haidar di whatsapp.

‘Assalam awak. Saya malam ni ada meeting dengan SRC family. Minta izin ya,”

Kemudian aku tekan butang send. Lega satu dah setel. Kemudian aku mula menaip pula forward mesej pemberitahuan meeting untuk aku hantar kepada family SRC yang lain. Yang ini kena hantar kot sms, nanti kalau hantar kot whatsapp, kesian pulak yang pesen susah nak dapat wifi macam aku ni.

Menjadi setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar ni memang kadang-kadang buat aku tak menang tangan. Kerja tak pernah habis. Sebab tu kadang-kadang, aku selalu hypnosis diri untuk tajdid balik niat aku berorganisasi kerana Allah. Tak adalah sia-sia aku berpeluh keringat bekerja untuk pelajar-pelajar lain.

Aku: okay forward message dah setel. Insha Allah kalau takde aral, kite semua jumpa malam ni

Muhaimin: Nice job Fatimah. *thumbs up

Kemudian aku tutup aplikasi whatsapp itu. Tak boleh layan lama-lama nanti tak siap kerja yang lain. Dah alang-alang aku dah panjangkan kaki ke libarary ni, wajib untuk aku siapkan literature review untuk projek akhir tahun aku.

Aku mencapai pen kembali dan mula mencatat info-info yang berkaitan dalam journal-journal yang aku baca dan cuba aku kaitkan mana yang boleh dengan projek aku ini.

Setelah siap semua, aku mula menulis segala rujukan yang telah aku gunakan. Nanti kalau ada kekeliruan lagi, senang untuk aku rujuk semula pada masa akan datang. Aku melihat jam di tangan. Sudah dekat pukul 7 malam.

‘Hmm meeting pukul 8. Macam tak sempat je nak balik bilik. Aduh penatnya,’ aku beraduh sendirian. Yelah schedule seharian aku penuh, memang busy gila. Pagi tadi duduk dalam laboratory, buat sket labwork, petang duk perah otak pula di libarary. Malam pula ada meeting. Kalau baca whatsapp tadi, macam serius. Harap-harap meeting tak lah sampai lewat malam sebab badan aku memang dah sangat letih.

Setelah siap berkemas, aku tangkas bangun dan berjalan menuju ke surau untuk solat maghrib. Usai solat maghrib aku menadah tangan dan berdoa, tapi sebelum itu aku berselewat dahulu ke atas jujungan Nabi SAW.

“Ya Allah, Engkau ikhlaskan lah hatiku ini untuk berorganisasi keranaMu ya Allah. Sesungguhnya jika ini yang Kau amanahkan untukku, maka Kau kuatkanlah aku untuk memikulnya. Ya Allah yang Maha Pengasih, Kau jauhkanlah aku dari sifat riak, takabbur dan segala sifat mazmumah yang lain dan janganlah Engkau bebani aku dengan ujian yang tak mampu aku pikul. Amin ya Rabbal a’lamin,”

Aku menekup tangan ke muka. Bestnya dapat meluahkan segalanya kepadaMu ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar. Entah dari mana datangnya, tapi aku terus rasa bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Student Representative Council (SRC) itu setelah aku berdoa panjang kepada Rabbku.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Allah, dah pukul 1 pagi rupanya. Dah lewat kita ni,” Kak Sarah bersuara.

Aku yang khusyuk tenggelam dalam kehangatan meeting yang membincangkan tentang segelintir orang luar yang berprogram di universiti kami tapi tak mematuhi kod etika pemakaian, malah hanya berskirt pendek, terkejut dengan kata-kata kak Sarah.

Aku terus mengerling jam tanganku. Allah, dah 1 pagi. Dah lewat ni.

“Macam mana tuan presiden? Apa konklusi kita?” aku bertanya, memberi hint bahawa meeting itu sudah harus dipendekkan. Tak elok sangat sister balik lewat malam. Tambah lagi tempat kami meeting itu agak jauh dari asrama.

“Okay,okay saya faham. Dah lewat ni. Esok pon masing-masing ada kelas kan? Jadi, kita akan proceed dengan apa yang kita bincang tadi. Kita kena jaga nama baik university kita. Sepatutnya orang luar faham dan hormat etika kod pemakaian di uiam ni walaupon orang itu bukan islam,” Muhaimin menjelaskan panjang lebar.

“Masalahnya yang berskirt pendek itu, orang melayu kita, orang Islam. Haisssh,” Daniel menambah, tak puas hati. Senakal-nakal Daniel itu, tapi dia sangat ambil berat perihal maruah diri wanita. Baginya aurat wanita itu harus ditutup sempurna.

“Okay, takpe saya faham. Keluarga SRC saya semua da’e yang tegar. Amar makruf nahi mungkar kan? Alhamdulillah. So, masing-masing masih ingat tugas masing-masing yang kita dah bincang tadi kan? Insha Allah, kita approach diorang secara berhemah. Yang penting saya nak kita semua jangan ikut emosi. Ingat, dakwah bil hikmah. Berhikmah dan berdiplomasilah dengan mereka, insha Allah mereka akan faham maksud kita. Jadi, memandangkan dah lewat malam ni, saya tutuplah majlis kita surah tasbih kifarah dan selawat. Pada sister semua, hati-hati balik asrama. Kalau boleh, konvoi pon boleh dengan jejeka-jejaka yang ada kat sini. Semua ada transport kan?”

Masya Allah, Muhaimin, tuan presiden memang bagus. Tak sia-sia aku menjadi salah seorang family SRC ni kalau dipimpim dengan pimpinan first class macam si Muhaimin ni.

“Okay, terima kasih semua. Saya balik dulu ya. Aida dengan Lia balik dengan kak Sarah ya? Jadi semua dah ada transport kan?” aku bertanya. Saje untuk pastikan semua sister ada transport. Memang bahaya kalau balik jalan kaki pada waktu begini.

“Ya, kiteorang balik dengan kak Sarah, alang-alang dah sama asrama dengan kak Sarah. Semua dah ada transport kak Fatimah,” balas Lia dengan senyuman manis.

“Okay kalau macam tu. Jomlah kita balik,”

“Fatimah, jangan lupa minit mensyuarat ya,” Muhaimin menyapaku.

“Baik bos, balik dulu ya,” aku segera membalas beserta senyuman nipis.

Dalam perjalanan pulang ke asrama, aku meraba-raba beg sandangku.

“Mana pula aku letak telefon ni? Tadi ada kat dalam beg ni. Tertinggal ke?”

Merasakan yang takde telefonku di dalam beg, aku tak berpuas hati lalu aku memarkir kereta di tepi jalan. Ku cari telefonku dengan lebih teliti di dalam beg, juga di dalam kereta, takut-takut terjatuh di bawah. Namun masih tak ada.

“Rasa memang tertinggal ni, tak ada kat sini. Aduh. Macam mana ea? Nak balik bilik meeting ke ambil? Takut ke tak ek? Dah pukul berapa ni?” aku berkira-kira sendiri sambil melihat jam di tangan. Dah 1.30 pagi dah. Nanti kalau tak ada fon susah juga, takut Ali cari-cari aku ke, bimbang aku tak balik lagi ke.

“Kalau nak patah balik ambil fon, baik aku patah balik sekarang. Nanti kalau cofuse lama-lama, makin lewat pula jam ni. Okay, kita patah balik amek fon,” aku bertekad untuk patah balik amek fon di bilik meeting.

Aku terus u-turn, dan berpatah balik ke bilik meeting. Nak ajak sapa-sapa teman, takut menyusahkan. Jadi aku hanya bertawakal kepada Allah. Insha Allah tak ada apa-apa. Sampainya aku di situ,aku melihat lampu di bilik meeting itu masih terang. Seakan-akan masih ada orang di situ. Mungkin ada yang belum pulang, aku membuat konklusi. Aku mempercepatkan langkahku ke arah bilik meeting itu. Alhamdulillah lega, rupanya Muhaimin masih lagi di situ dengan laptopnya. Tak balik lagi rupanya tuan presiden ini. Mujurlah masih ada manusia di situ, reda sedikit debaran di dadaku.

“Amin, tak balik lagi ke?” aku menyapa dari belakang.

“Masya Allah terkejut saya Fatimah. Bagi lah salam dulu kalau ya pon,” balas Muhaimin sambil mengurut-urut dadanya.

“Haha, sorry sorry,” aku tergelak kecil melihat wajah terkejut Muhaimin.

“Kenapa tak balik lagi ni?”

“Tertinggal telefon ni ha. Alhamdulillah, memang ada kat sini,” aku menjawab sambil mengambil telefon ku yang ternyata memang tertingggal di atas meja.

“Hish, awak ni Fatimah berani sangat datang amek kat sini sorang-sorang. Bahaya tau,”

Alamak kene bebel dengan tuan presiden pula. Aku tahu presiden wakil pelajar UIAM itu memang seorang yang sangat prihatin.

“Saya tahu, tapi kalau tak ada telefon ni susah jugak saya. Jadi saya tawakal je lah datang ambil. Kebetulan ada Amin kat sini, saya bersyukur gila. Kalau tak seram sejuk jugaklah rasanya. Tak apalah dah lewat ni, saya balik dulu lah ya,”

“Eh kejap-kejap. Sekalilah kita balik. Motor saya pon kat depan tu. Bahaya juga awak jalan sorang-sorang nak keluar nanti,” Muhaimin menambah.

“Emm,” balasku sambil melihat ke luar. Gelap. Hanya ada lampu di depan sana saja yang terbuka. Menakutkan juga, macam manalah aku boleh jalan seorang diri tadi.

“Ok juga. Kenapa Amin tak balik lagi?” balasku bersetuju dengan cadangannya setelah menimbang tara baik dan buruk. Aku tahu aku tak boleh berduaan dengan dia, tapi dengan keadaan sekarang, kalau aku seorang diri, bimbang juga boleh mudharatkan diri aku. Tengok keadaan macam bahaya je, dahla gelap.

“Tadi duk setelkan kerja ni tadi. Malas nak bawak balik bilik. Ok dah siap kemas, jom kita,” Muhaimin mengajak.

“Jadi kerjanya dah siap belum?” aku bertanya sambil kami beriringan keluar dari bilik meeting itu.

“Belum lagi. Tapi tak apalah. Nanti kalau saya bagi awak jalan sorang-sorang, jadi apa-apa, susah pula kiteorang tak ada setiausaha nanti,” balasnya bergurau.

“Amboi sampai ke situ. Haha,”

“Dah tu berani sangat. Mana kereta Fatimah?”

“Tu,” jawabku sambil mengangkat jari telunjukku ke arah viva putih milikku.

“Okay, terima kasih ya tuan presiden. Jasamu dikenang,” tambahku sambil mula mengorak langkah ke vivaku.

“Okay, my pleasure. Hati-hati,” Muhaimin menjawab tenang.

Lalu aku terus menghidupkan enjin dan pulang ke asrama.

Bersambung...