Aku
menarik nafas dalam. Sepanjang malam itu, kedua-dua belah mataku enggan untuk
merapat. Malah, segala memori ketika waktu persekolahan makin liar berlegar di
kotak ingatanku. Kisah aku, Emir dan Ali Haidar.
xxxxxxxx
“Untuk
awak saya sanggup berubah jadi baik”
Fatimah
menerima sebuah nota daripada Emir setelah dia mendapat berita sekumpulan
pelajar lelaki kena denda dengan Ustaz Saiful sebab tak gi solat jumaat. Dan di
antara pelajar-pelajar lelaki tu, of
courselah ada Emir dan Ali Haidar.
Panjang
Fatimah mengeluh. Walaupon diawal usia 15 tahun, Fatimah memang seorang yang
huha huha tapi dia masih tahu hukum agama. Tak pernah meninggalkan solat malah
sentiasa solat berjemaah di surau. Ustajah gitu hehe. Tu pon Alhamdulillah
sebab Fatimah berkawan dengan Pinat, Hanim dan Kecik. Diorang semua geng surau
jadi Fatimah pon terikut-ikut sekali.
Fatimah
membuka nota itu di dalam tandas, nak baca depan kawan-kawan rasa segan.
“Hmm,”
perlahan Fatimah bersuara.
Dia
masih ragu-ragu dengan Emir namun tak dapat dinafikan hatinya berbunga apabila
menerima nota sebegitu daripada seorang pelajar lelaki. Macam sweet jee.
Status
hubungan cinta monyetnya dengan Emir sekarang, entahlah dia pon tak tahu. Dia
tak pernah menyatakan yang dia juga menyukai Emir namun setiap pemberian Emir
kepadanya dia terima saja. Kadang-kadang Emir mengirimkan nasi goreng special kepada Fatimah. Ada suatu ketika
Emir menghantar request berserta
ucapan khusus untuknya. Mungkin Emir menganggap dia telah membalas cinta Emir
itu. Walau begitu, dia tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Emir. Sorry, Fatimah tak layan perkara macam
tu.
Fatimah
berjalan masuk ke dalam dorm A32 kembali setelah setengah jam menilik nota
pemberian Emir itu.
“Yayy!!”
Tersentak
Fatimah. Apesal pula semua gembira ni? Riuh rendah keadaan dorm A32 ketika itu.
“Eh
asal korang duk yayy yayy ni?”
“Alah
kau Fatimah, kan kita balik esok. Tadi kiteorang countdown, tu yang gembira sangat tu,” Zahirah menjawab.
“Ha
ah laaa. Balikkk. Bestnyaa. Yayyy!!” giliran Fatimah pula bersorak.
Adat
budak asrama. Ada yang homesick
rindukan rumah, mak ayah, adik beradik, kucing peliharaan dan macam-macamlah. Hanya
sebulan sekali mereka dibenarkan balik ke rumah. Tiba masa untuk balik kampung,
mulalah bersorak seperti dapat kahwin dengan anak raja.
“Prep!
Prep! Kosongkan dorm,”
Terpacak
seorang Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) depan dorm A32.
“Dia
datang dahh,” kedengaran suara salah seorang ahli dorm A32.
“Tak
nak pergi prep! Bluek,” ahli lain pula menyambung.
Wajah
LDP itu sudah merah padam kerana menahan marah. Baginya ragam pelajar dorm A32
ini sering menyakitkan hati.
Bagi
pelajar batch Fatimah, LDP memang
merupakan musuh ketat mereka. Dahlah baru je masuk MRSM tu, dah nak berlagak.
Fatimah dan rakan-rakannya merupakan batch
pertama di MRSM itu walaupon mereka masih di tingkatan 3. Otai kot! Ehem.
Melihat
keadaan semakin tegang, Hanim mula memainkan peranan sebagai ketua dorm.
Agaknya hanya Hanim sahaja yang masih ada sense
terhadap LDP tu. Bagi Fatimah, dia sendiri sudah naik meluat melihat LDP-LDP
tu. Sesuka hati je buang baju orang yang dah iron dekat tong sampah. Melampau
betul. Sebagai balasan, semua ahli dorm A32 berpakat menyepah-nyepahkan
kasut-kasut dan selipar di hadapan dorm mereka. Hah, biar padan muka LDP tu.
“Dah
la tu korang, cepat siap-siap gi prep,” Hanim pantas menyampuk.
“Baik
bos,” ahli dorm A32 beramai-ramai menjawab.
Setelah
melihat LDP berlalu pergi, Suhaila laju memberi cadangan.
“Jom
weh, kita sepahkan lagi kasut-kasut depan dorm!”
“Gila
kau, nak kena panggil dengan HEP lagi ke? Tak pasal-pasal kena pulas pusat
dengan rotan lagi. Tobat aku!” Farah menambah.
“Haha,
lawak dowh,”
Ketawa
pelajar dorm A32 pecah. Incident
kasut yang disepahkan depan dorm hari tu nampaknya jauh merayau hingga ke
pengetahuan Guru kanan Hal Ehwal Pelajar yang garang tak ingat tu.
“Bila
HEP tahu, that’s mean you’re dead! Haha. Geli kot main pulas
pusat dengan rotan,” Fatimah menambah lagi.
“Dah
la buat announcement waktu kelas, famous sekejap budak A32 haha,”
Mereka
yang lain mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan Pinat. Ketawa masih lagi
kedengaran.
“Aku
lah yang paling teruk kena sebab ketua dorm. Rasa macam nak berlubang pusat ni
ha,” Hanim gelak kuat.
“Ada
aku ajar kau orang jadi biadap macam ni?” Kecik pula mengajuk kembali dialog
HEP ketika itu.
Ketawa
yang makin reda itu meletus lagi apabila mendengar ajakan Kecik itu. Menjadi
sungguh! Haha!
xxxxxxxxxx
Fatimah menekan butang on di remote control yang kini dalam
gengamannya. Hatinya rasa puas dapat conquer
televisyen itu setelah berperang habis-habisan dengan dua lagi adik perempuannya.
‘Orang nak tengok
cerita korea, dia sibuk nak tengok kartun! Sampai ke sudah kartun,’ bisik hati
Fatimah.
Telefon bimbit nokia
butterfly miliknya itu dibawa kemana-mana. Biasalah remeja, tak boleh
berenggang dengan telefon bimbit. Nak kata ada urusan penting, mana nak ada.
Waktu cuti kot, waktu untuk enjoy.
Hehe. Tapi manalah tahu kan, kot kot ada sesiapa nak mesej ke. Heheh.
Baru dia hendak melayan
cerita korea yang ditayangkan di ntv7 itu,
“Tut.. Tut..”
“One message received”
Fatimah menekan butang
open.
Mesej itu daripada
nombor yang tak dikenali.
“Hai, tengah buat apa
tu?”
Siapa pulak dia ni?
Fatimah membalas
ringkas.
“Siapa ni?”
“Adelah. Tengah buat
apa tu?”
Ahh, dia nak main
rahsia pulak.
“Tak ade buat pape pon.
Gitaw lah cepat siapa ni? Mana dapat nombor ni?”
Kali ini mesej Fatimah
berbau tegas. Malas nak melayan stranger
yang entah siapa-siapa. Bukan dia tak tahu, ramai yang suka kenakan kawan
sendiri gunakan nombor yang tak dikenali. Mengaku secret admirer bagai, padahal kawan sendiri.
“Ni Ali Haidar. Dapat
nombor ni dengan Pinat. Hehe,”
Gulp. Aa aa li Haidar?
Tiba-tiba jantung Fatimah berdegup kencang. Betul ke Ali Haidar menghantar
mesej kepadanya? Kenapa?
Ke ada orang yang menyamar
jadi Ali Haidar ni? Keraguan di hati Fatimah semakin bercambah.
“Betul ke Ali Haidar
ni? Kalau tipu, aku sumpah jadi katak
puru,” kemudian Fatimah menekan butang reply.
Aneh. Hati Fatimah
berdebar-debar menunggu Ali membalas mesejnya.
Seminit kemudian, Ali
Haidar membalas.
“Betul lah ni. Takkan
tipu. Aku tak nak jadi katak puru. Kenapa tak percaya?”
“Manalah tahu tipu. Aku bukan ada nombor kau
pon sebelum ni,”
Fatimah membalas.
Hatinya masih kurang percaya, itulah adalah Ali Haidar. Kenapa pula Ali Haidar
ingin berbalasan mesej dengannya. Bukannya Ali Haidar minat pada dirinya pon.
“Betul lah ni aku, Ali
Haidar. Btw, tengah buat apa tu? J”
Kalau betul ni Ali
Haidar, hmm. Terasa merah padam wajah Fatimah.
‘Takpe nanti aku tanya
Pinat betul ke tak ni nombor Ali Haidar’ gumam hati Fatimah sambil tangannya
laju menaip mesej reply kepada “Ali
Haidar.”
Ketika itu bermulalah episod
perkenalan antara Ali Haidar dan Fatimah. Walaupon di MRSM mereka langsung tak pernah bertegur sapa
namun, entah kenapa mereka berdua ibarat mempunyai chemistry antara satu sama lain. Rasa tak janggal!
xxxxxxxxxx
Setelah
berakhir cuti hujung minggu yang heaven
itu, orang pertama yang Fatimah cari setelah kembali ke MRSM tak lain tak
bukan, ialahh Syafinaz.
“Pinatt.
Aku ada benda nak tanya kau ni,”
“Sabarlah
dulu, aku nak kemas barang ni. Kau takpe dah siap kemas,” Pinat berbasa-basi.
“Meh
aku tolong kau ye hehe. Dah tu kau datang lambat kenapa?”
“Rumah
aku jauh, rumah kau dekat je Fatimah oi. By the way, kenapa kau nampak excited pelik je ni. Kau nak tanya aku
apa?”
“Oh
ye lupe hehe. Rumah aku dekat, rumah kau jauh,”
Syafinaz
mengerutkan dahinya dan merenung Fatimah. Apa kena budak sorang ni?
“Tak
payah nak ulang lah apa yang aku cakap. Aku kenal benar kau ni. Kau nak tanya
apa ni? Pasal Emir ea?” Syafinaz serkap jarang.
“Hah?
Pasal Emir? Hm, takdelah huhu,”
“Pastu?”
Fatimah
menarik nafas. Walaupon dia malu, tapi rasa ingin tahunya menggunung. Sama ada
betul atau tidak nombor yang tak dikenali itu milik Ali Haidar.
“Kau
ada bagi nombor aku kat sape-sape ke?”
“Ah?
Hmm jap aku fikir,”
Membulat
mata Fatimah menunggu jawapan dari Syafinaz.
“Hah,
ada! Hari tu Ali mintak nombor kau. Ecece, kau ada pape ea dengan Ali?”
Terus
merah padam wajah Fatimah.
“Eh,
kau. Dengan Emir takde pulak kau malu-malu macam ni,” pantas tangan Syafinaz
mencuit pinggang Fatimah.
“Eh,
gelilah mak cik!”
“Cepatlah
jawab. Kau ada apa-apa ke dengan Ali?”
“Hish,
takdelah. Dia mesej aku je hari cuti hari tu. Dia kata dapat nombor dari
engkau. Tu yang aku tanya ni,”
“Ecece,
mesej dengan Ali. Hehe,” Syafinaz masih lagi mengusik Fatimah.
“Sebenarnya
kan, si Ali tu selalu je tanya kat aku pasal kau. Sikit sikit Fatimah. Sikit
sikit Fatimah. Betul, serius! Dia panggil kau bibir merah,”
Boiling! Boiling!
Suhu wajah Fatimah sekarang sudah sampai suhu tahap didih apabila Syafinaz
membongkar perbualannya dengan Ali selama ini.
Syafinaz
merapatkan wajahnya ke telinga Fatimah,
“Kau
blushing weh,”
Terkejut
dengan pernyataan Syafinaz, Fatimah terus berkata,
“Eh,
mana ade. Mengarut lah kau. Dah la, bye. Kau kemas sendiri. Siapa suruh kau
cakap mengarut. Hanimm,” laju Fatimah menyangkal dan terus melangkah ke katil
Hanim.
Ada
sesuatu yang dia hendak bincangkan dengan ketua dorm berkaliber itu a.k.a rakan
baiknya selain daripada, ehem, mengelak dari terkantoi dengan Syafinaz.
Bersambung...