Feb 25, 2014

Bab 14 DAFDAA

Aku menarik nafas dalam. Sepanjang malam itu, kedua-dua belah mataku enggan untuk merapat. Malah, segala memori ketika waktu persekolahan makin liar berlegar di kotak ingatanku. Kisah aku, Emir dan Ali Haidar.

xxxxxxxx

“Untuk awak saya sanggup berubah jadi baik”

Fatimah menerima sebuah nota daripada Emir setelah dia mendapat berita sekumpulan pelajar lelaki kena denda dengan Ustaz Saiful sebab tak gi solat jumaat. Dan di antara pelajar-pelajar lelaki tu, of courselah ada Emir dan Ali Haidar.

Panjang Fatimah mengeluh. Walaupon diawal usia 15 tahun, Fatimah memang seorang yang huha huha tapi dia masih tahu hukum agama. Tak pernah meninggalkan solat malah sentiasa solat berjemaah di surau. Ustajah gitu hehe. Tu pon Alhamdulillah sebab Fatimah berkawan dengan Pinat, Hanim dan Kecik. Diorang semua geng surau jadi Fatimah pon terikut-ikut sekali.

Fatimah membuka nota itu di dalam tandas, nak baca depan kawan-kawan rasa segan.

“Hmm,” perlahan Fatimah bersuara.

Dia masih ragu-ragu dengan Emir namun tak dapat dinafikan hatinya berbunga apabila menerima nota sebegitu daripada seorang pelajar lelaki. Macam sweet jee.

Status hubungan cinta monyetnya dengan Emir sekarang, entahlah dia pon tak tahu. Dia tak pernah menyatakan yang dia juga menyukai Emir namun setiap pemberian Emir kepadanya dia terima saja. Kadang-kadang Emir mengirimkan nasi goreng special kepada Fatimah. Ada suatu ketika Emir menghantar request berserta ucapan khusus untuknya. Mungkin Emir menganggap dia telah membalas cinta Emir itu. Walau begitu, dia tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Emir. Sorry, Fatimah tak layan perkara macam tu.

Fatimah berjalan masuk ke dalam dorm A32 kembali setelah setengah jam menilik nota pemberian Emir itu.

“Yayy!!”

Tersentak Fatimah. Apesal pula semua gembira ni? Riuh rendah keadaan dorm A32 ketika itu.

“Eh asal korang duk yayy yayy ni?”

“Alah kau Fatimah, kan kita balik esok. Tadi kiteorang countdown, tu yang gembira sangat tu,” Zahirah menjawab.

“Ha ah laaa. Balikkk. Bestnyaa. Yayyy!!” giliran Fatimah pula bersorak.

Adat budak asrama. Ada yang homesick rindukan rumah, mak ayah, adik beradik, kucing peliharaan dan macam-macamlah. Hanya sebulan sekali mereka dibenarkan balik ke rumah. Tiba masa untuk balik kampung, mulalah bersorak seperti dapat kahwin dengan anak raja.

“Prep! Prep! Kosongkan dorm,”

Terpacak seorang Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) depan dorm A32.

“Dia datang dahh,” kedengaran suara salah seorang ahli dorm A32.

“Tak nak pergi prep! Bluek,” ahli lain pula menyambung.

Wajah LDP itu sudah merah padam kerana menahan marah. Baginya ragam pelajar dorm A32 ini sering menyakitkan hati.

Bagi pelajar batch Fatimah, LDP memang merupakan musuh ketat mereka. Dahlah baru je masuk MRSM tu, dah nak berlagak. Fatimah dan rakan-rakannya merupakan batch pertama di MRSM itu walaupon mereka masih di tingkatan 3. Otai kot! Ehem.

Melihat keadaan semakin tegang, Hanim mula memainkan peranan sebagai ketua dorm. Agaknya hanya Hanim sahaja yang masih ada sense terhadap LDP tu. Bagi Fatimah, dia sendiri sudah naik meluat melihat LDP-LDP tu. Sesuka hati je buang baju orang yang dah iron dekat tong sampah. Melampau betul. Sebagai balasan, semua ahli dorm A32 berpakat menyepah-nyepahkan kasut-kasut dan selipar di hadapan dorm mereka. Hah, biar padan muka LDP tu.

“Dah la tu korang, cepat siap-siap gi prep,” Hanim pantas menyampuk.

“Baik bos,” ahli dorm A32 beramai-ramai menjawab.

Setelah melihat LDP berlalu pergi, Suhaila laju memberi cadangan.

“Jom weh, kita sepahkan lagi kasut-kasut depan dorm!”

“Gila kau, nak kena panggil dengan HEP lagi ke? Tak pasal-pasal kena pulas pusat dengan rotan lagi. Tobat aku!” Farah menambah.

“Haha, lawak dowh,”

Ketawa pelajar dorm A32 pecah. Incident kasut yang disepahkan depan dorm hari tu nampaknya jauh merayau hingga ke pengetahuan Guru kanan Hal Ehwal Pelajar yang garang tak ingat tu.

“Bila HEP tahu, that’s mean you’re dead! Haha. Geli kot main pulas pusat dengan rotan,” Fatimah menambah lagi.

“Dah la buat announcement waktu kelas, famous sekejap budak A32 haha,”

Mereka yang lain mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan Pinat. Ketawa masih lagi kedengaran.

“Aku lah yang paling teruk kena sebab ketua dorm. Rasa macam nak berlubang pusat ni ha,” Hanim gelak kuat.

“Ada aku ajar kau orang jadi biadap macam ni?” Kecik pula mengajuk kembali dialog HEP ketika itu.

Ketawa yang makin reda itu meletus lagi apabila mendengar ajakan Kecik itu. Menjadi sungguh! Haha!

xxxxxxxxxx

Fatimah menekan butang on di remote control yang kini dalam gengamannya. Hatinya rasa puas dapat conquer televisyen itu setelah berperang habis-habisan dengan dua lagi adik perempuannya.

‘Orang nak tengok cerita korea, dia sibuk nak tengok kartun! Sampai ke sudah kartun,’ bisik hati Fatimah.

Telefon bimbit nokia butterfly miliknya itu dibawa kemana-mana. Biasalah remeja, tak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Nak kata ada urusan penting, mana nak ada. Waktu cuti kot, waktu untuk enjoy. Hehe. Tapi manalah tahu kan, kot kot ada sesiapa nak mesej ke. Heheh.

Baru dia hendak melayan cerita korea yang ditayangkan di ntv7 itu,

“Tut.. Tut..”

“One message received”

Fatimah menekan butang open.

Mesej itu daripada nombor yang tak dikenali.

“Hai, tengah buat apa tu?”

Siapa pulak dia ni?

Fatimah membalas ringkas.

“Siapa ni?”

“Adelah. Tengah buat apa tu?”

Ahh, dia nak main rahsia pulak.

“Tak ade buat pape pon. Gitaw lah cepat siapa ni? Mana dapat nombor ni?”

Kali ini mesej Fatimah berbau tegas. Malas nak melayan stranger yang entah siapa-siapa. Bukan dia tak tahu, ramai yang suka kenakan kawan sendiri gunakan nombor yang tak dikenali. Mengaku secret admirer bagai, padahal kawan sendiri.

“Ni Ali Haidar. Dapat nombor ni dengan Pinat. Hehe,”

Gulp. Aa aa li Haidar? Tiba-tiba jantung Fatimah berdegup kencang. Betul ke Ali Haidar menghantar mesej kepadanya? Kenapa?

Ke ada orang yang menyamar jadi Ali Haidar ni? Keraguan di hati Fatimah semakin bercambah.

“Betul ke Ali Haidar ni?  Kalau tipu, aku sumpah jadi katak puru,” kemudian Fatimah menekan butang reply.

Aneh. Hati Fatimah berdebar-debar menunggu Ali membalas mesejnya.

Seminit kemudian, Ali Haidar membalas.

“Betul lah ni. Takkan tipu. Aku tak nak jadi katak puru. Kenapa tak percaya?”

 “Manalah tahu tipu. Aku bukan ada nombor kau pon sebelum ni,”

Fatimah membalas. Hatinya masih kurang percaya, itulah adalah Ali Haidar. Kenapa pula Ali Haidar ingin berbalasan mesej dengannya. Bukannya Ali Haidar minat pada dirinya pon.

“Betul lah ni aku, Ali Haidar. Btw, tengah buat apa tu? J

Kalau betul ni Ali Haidar, hmm. Terasa merah padam wajah Fatimah.

‘Takpe nanti aku tanya Pinat betul ke tak ni nombor Ali Haidar’ gumam hati Fatimah sambil tangannya laju menaip mesej reply kepada “Ali Haidar.”

Ketika itu bermulalah episod perkenalan antara Ali Haidar dan Fatimah. Walaupon di  MRSM mereka langsung tak pernah bertegur sapa namun, entah kenapa mereka berdua ibarat mempunyai chemistry antara satu sama lain. Rasa tak janggal!
xxxxxxxxxx

Setelah berakhir cuti hujung minggu yang heaven itu, orang pertama yang Fatimah cari setelah kembali ke MRSM tak lain tak bukan, ialahh Syafinaz.

“Pinatt. Aku ada benda nak tanya kau ni,”

“Sabarlah dulu, aku nak kemas barang ni. Kau takpe dah siap kemas,” Pinat berbasa-basi.

“Meh aku tolong kau ye hehe. Dah tu kau datang lambat kenapa?”

“Rumah aku jauh, rumah kau dekat je Fatimah oi. By the way, kenapa kau nampak excited pelik je ni. Kau nak tanya aku apa?”

“Oh ye lupe hehe. Rumah aku dekat, rumah kau jauh,”

Syafinaz mengerutkan dahinya dan merenung Fatimah. Apa kena budak sorang ni?

“Tak payah nak ulang lah apa yang aku cakap. Aku kenal benar kau ni. Kau nak tanya apa ni? Pasal Emir ea?” Syafinaz serkap jarang.

“Hah? Pasal Emir? Hm, takdelah huhu,”

“Pastu?”

Fatimah menarik nafas. Walaupon dia malu, tapi rasa ingin tahunya menggunung. Sama ada betul atau tidak nombor yang tak dikenali itu milik Ali Haidar.

“Kau ada bagi nombor aku kat sape-sape ke?”

“Ah? Hmm jap aku fikir,”

Membulat mata Fatimah menunggu jawapan dari Syafinaz.

“Hah, ada! Hari tu Ali mintak nombor kau. Ecece, kau ada pape ea dengan Ali?”

Terus merah padam wajah Fatimah.

“Eh, kau. Dengan Emir takde pulak kau malu-malu macam ni,” pantas tangan Syafinaz mencuit pinggang Fatimah.

“Eh, gelilah mak cik!”

“Cepatlah jawab. Kau ada apa-apa ke dengan Ali?”

“Hish, takdelah. Dia mesej aku je hari cuti hari tu. Dia kata dapat nombor dari engkau. Tu yang aku tanya ni,”

“Ecece, mesej dengan Ali. Hehe,” Syafinaz masih lagi mengusik Fatimah.

“Sebenarnya kan, si Ali tu selalu je tanya kat aku pasal kau. Sikit sikit Fatimah. Sikit sikit Fatimah. Betul, serius! Dia panggil kau bibir merah,”

Boiling! Boiling! Suhu wajah Fatimah sekarang sudah sampai suhu tahap didih apabila Syafinaz membongkar perbualannya dengan Ali selama ini.

Syafinaz merapatkan wajahnya ke telinga Fatimah,

“Kau blushing weh,”

Terkejut dengan pernyataan Syafinaz, Fatimah terus berkata,

“Eh, mana ade. Mengarut lah kau. Dah la, bye. Kau kemas sendiri. Siapa suruh kau cakap mengarut. Hanimm,” laju Fatimah menyangkal dan terus melangkah ke katil Hanim.

Ada sesuatu yang dia hendak bincangkan dengan ketua dorm berkaliber itu a.k.a rakan baiknya selain daripada, ehem, mengelak dari terkantoi dengan Syafinaz.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment