Feb 14, 2014

Bab 13 DAFDAA

Februari 2006

Kelas 3 Dedikasi riuh rendah pagi itu. Susana semakin gamit apabila semua guru perlu menghadiri mensyuarat. Justeru, semua kelas dibatalkan. Mulalah bermacam-macam ragam dan bakat mula di pamerkan oleh ahli kelas 3 Dedikasi itu kepada sekalian rakan kelas yang lain. Nakal tak ingat budak-budak itu. Ada yang duk bersembang kosong, ada jugak yang menyanyi seorang diri di mejanya. Tangkap leleh dengan lagu ‘Bayangan Gurauan.’ Ada juga yang termenung panjang. Putus cinta agaknya! Hanya seorang, dua pelajar sahaja yang kelihatan tekun di meja mereka mengulangkaji pelajaran. Berlainan pula dengan pasangan duo a.k.a sahabat baik Emir dan Ali Haidar. Seperti mereka sedang merencanakan satu plot hebat untuk mengisi masa yang terluang ini.

“Emir, jom,” Ali menganggkat keningnya sambil tersengih kepada Emir.

“Jom. Masa itu emas hehe,” Emir pantas menjawab lalu membalas sengihan Ali dengan penuh makna.

Mereka berdua keluar dari kelas 3 Dedikasi itu lalu mengambil langkah ke kelas 3 Cendikiawan. Dari jauh, Syafinaz hanya memerhati gelagat dua rakan baik itu.

“Ape mende lah yang budak dua orang tu nak buat. Suspicious je aku tengok,”

“Babu, jom,”

‘Hehe,” Babu hanya tersengih apabila Emir dan Ali datang kepadanya. Faham maksud kedatangan dua sahabat itu.

Perlahan-lahan mereka melangkah keluar dari kelas 3 Cendikiawan itu mula bergegas melaksanakan rancangan mereka. Masing-masing mengukir ekpressi keterujaan di wajah mereka.

“Eh, tak sabar aku nak tengok macam mana asrama budak perempuan tu,”

“Eleh kau, macam aku tak tahu dorm siapa yang kau tak sabar nak tengok sangat  tu  Emir,” Babu menambah.

Mendengar tomahan Babu itu, sengihan Emir semakin melebar namun Ali hanya mendiamkan dirinya.

“Nasib baik, kepala hotak kau ni hebat Li. Nak harapkan si Babu ni, fly aje cadangan dia. Dah la fly gi kedai roti canai depan tu aje. Dah bosan dah aku. Makan saja dia ingat,” Emir memuji Ali kerana Ali yang mencadangkan rencana, “Visit to Asrama Puteri” ini sambil memerli manja Babu.

“Ha, ni makan dia,” laju tangan Babu menolak kepala Emir.

“Hoi, main kepala. Dah la tangan kau besar gajah,” Suka benar Emir mengutuk si Babu yang berbadan gempal itu. Bagi Emir, kutuk depan-depan tak kira mengumpat.

“Weh, nanti nantilah gaduh. Nanti aku bukak gelanggang wrestling korang dalam asrama perempuan tu nanti,” Ali yang hanya diam tadi mula bersuara dengan mengutarakan cadangan “bernas”nya.

“Gila kau nak lawan si Babu ni. Mati aku kena hempap. Haha,” Emir menambah dengan ketawa.

“Kau memang nak kena ni. Okay Ali, kau jadi saksi aku tengah tahan ni. Bukak gelanggang nanti habis la kau Emir,”

Perbualan mereka terhenti apabila mereka melintasi kelas 3 Ehsan. Kelihatan Fatimah sedang bergelak ketawa bersama-sama  Kecik dan beberapa lagi rakan lain.

“Amboi panjang tengkuk korang. Emir aku tahulah kau duk stalk si Fatimah tu. Kau ni Ali duk tengok siapa pula? Kau pon minat budak kelas 3E ey?” Babu membuat andaian sendiri apabila Emir dan Ali masing-masing memanjangkan leher mereka ibarat zirafah dihulur daun apabila melintasi kelas 3E.

Sengihan yang terukir di wajah Emir hilang dan dia terus memandang kepada Ali.

“Apa dia?” Ali bertanya dengan nada tidak bersalah.

“Kau intai siapa Li?”

“Hah? Takdelah, aku saje je tengok-tengok. Cuci mata. Kau ni Babu exaggerate betol,”

Babu hanya diam dan membuat muka curiga. Dia memerhatikan Ali juga menempatkan pandangan kepada Fatimah sebenar tadi tapi dia sengaja tidak menyebutnya. Kang tak pasal-pasal perang dunia ke, erk berapa dah perang dunia ada ey? Fail sejarah kau Babu. Tak kisah lah, yang pasti perang dunia bakal meletus kalau dua-dua minat perempuat yang sama!

“Ah, tak payah nak buat muka macam tu la Babu. Buruk bebenor aku tengok. Jomlah, nanti tak sempat nak sight-seeing lama-lama,” Ali bagi ayat cover line yang paling terbaik punya sambil membesarkan langkahnya meninggalkan Emir dan Babu di belakang.

‘Manisnya dia senyum,’ hati Ali mengomel sendirian.

Emir yang terpinga-pinga itu akhirnya turut memecut untuk menyaingi Babu dan Ali yang sudah jauh ke hadapan.

Here we are kawan-kawan. Jadi kita nak melawat ke mana dulu?” soal Ali yang berlagak seperti seorang tourist guide dalam visit perdana yang julung-julung kalinya diadakan ini. Meraka sudah berjaya masuk ke dalam kawasan asrama puteri.

“Dorm A32!” pantas Emir menjawab dengan nada seperti seorang budak tadika.

Babu pula tersengih lebar menampakkan barisan giginya yang sedikit tidak tersusun. Masing-masing merasa gembira dan teruja.

“Jom kita, haha,” Ali pantas mengajak dan mereka mula menyelusup ke dalam asrama perempuan itu. 

Terbongkok-bongkok tubuh mereka apabila melintasi bilik warden. Walaupon ketika itu waktu sekolah, langkah berjaga-jaga masih harus diambil. Kalau kantoi, hoi kes berat! Boleh masuk JDM, atau nama lainnya Jemaah Disiplin Maktab, ala-ala mahkamah MRSM gitu.

Setibanya mereka di depan dorm A32, terkejut besar mereka. Selipar, sandal dan kasut bersepah-sepah di depan dorm tersebut. Mereka akhirnya pecah dengan ketawa.

“Haha, betol lah wei rumour yang kate ni dorm paling kotor,” Ali mula bersuara.

“Kan, tak sangka ni dorm Fatimah aku,” Emir pula menambah.

“Ni baru setara dengan dorm kita kah kah kah,” Babu mencelah dengan ketawanya yang kuat.

Ali menganggkat tangan dan mentonyoh kepala Babu.

Bro agak-agak lah. Gelak kau bergema satu alam semester tahu,”

“Hehe, sorry,” jawab Babu sambil tersengih.

Emir mula menolak pintu dorm itu. Berlainan dengan keadaan di luar dorm, di dalam dorm lebih kemas dan bau pon boleh tahan. Tak adalah hapak seperti bau dorm diorang.

“Wow, kemas siot,” spontan Emir berkata.

“Ha’ah la, kat luar punyalah bersepah,” Ali menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Mata Babu yang sudah meliar ke sekeliling dorm itu kini terpaku ke arah satu katil kosong yang di penuhi dengan ehem, ‘anak-anak’ yang bergantungan. Seluar dalam, baju dalam semua yang dalam-dalam lah ada kat situ. Dia mencuit Ali dan Emir dan menunnjuk ke arah tempat eksklusif itu. Serentak Emir dan Ali berpaling.

“Hehe jumpa je kau Babu,”

Sedang Babu ingin memulakan langkah ke tempat eksklusif itu, Ali menarik bahagian belakang kolar baju sekolah Babu.

“Kau tak payah nak lebih-lebih. Kita datang sight-seeing je,”

“Hehe, okay okay bos,” Babu akur perintah master Ali.

Emir hanya tersengih.

Kemudian Emir mengeluarkan satu kertas a4 yang mengandungi satu list panjang. Mereka bertiga saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.

“Kita orang buat research ni sampai tak tidur malam tau,” Ali bersuara bangga dengan kerja kerasnya bersama Emir untuk mendapatkan senarai panjang kedudukan katil dalam dorm A32 bersama-sama pemilik katil tersebut.

Sebenarnya bukan susah pon, mereka cuma godek godek sikit je dari pelajar perempuan yang macam gedik-gedik sket. Hah, terus dapat list penuh.

“Besar pengorbanan kau Ali, Emir. Good job! Haha,” Babu menepuk-nepuk bahu Emir dan Ali.

Okay. Katil first dari kiri ialah katil Hanim, merangkap ketua dorm A32 ni,”

Okay next?”

List itu berlanjutan hinggalah mereka tiba di katil Fatimah Raudhah bt Syed Mustafa.

“Weh, ni ke katil Fatimah? Kemas dowh. Makin bertambah suka aku, hehe,” Emir melantunkan ayat yang sangat jelas di pendengaran Ali.

Babu mengambil peluang itu untuk mengamati riak Ali. Dia amat yakin dengan pemerhatiannya sebelum ini.
Ali kelihatan tenang namun matanya masih tidak lepas memandang ke arah katil Fatimah. Emir pula sudah melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Sahla korang ni angau perempuan yang sama. Tahulah Babu Fatimah tu comel-comel gitu, adohai tapi perlu ke suka kat perempuan yang sama?

Tiba-tiba sayup-sayup kedengaran tapak kasut dan suara yang seakan semakin menghampiri.

Emir dan Ali yang juga perasan dengan bunyi itu segera berpaling. Masing-masing kelihatan panik.

Ali mengangkat jari telunjuknya dan meletakkan di bibir tanda menyuruh mereka berdua untuk diam.

“Jom,” Ali mula bergerak ke arah pintu keluar tengah dorm itu. Diikuti dengan Emir dan Babu. Mujur ada satu lagi pintu keluar kalau tak makan terajanglah mereka dengan budak perempuan.

“Fuh, haha. Selamat,” Emir bersuara dengan bahu terhinjut-hinjut kerana sedang bernafas laju. Punyalah mereka pecut tak ingat dunia setelah berjaya menyelusup keluar dari asrama puteri.

Ali hanya mengangkat thumbs up sambil terburai dalam ketawa. Dia masih lagi menarik nafas yang tak sempat dia buat ketika sedang memecut tadi. Namun Babu yang paling kasihan, sudah tergolek di atas tanah.

“Haha, hilang separuh lemak kau Babu,” Ali bergurau, geli hati melihat keaadan Babu.

Peluh membasahi badan mereka bertiga.

“Weh, dah pukul berapa ni? Tak habis lagi kelas kan?” Emir bertanya setelah nafasnya sudah mula stabil.

“Baru pukul 10.30. Baru habis waktu rehat ni,” Ali membalas pertanyaan Emir.

“Habis siapa yang dekat asrama tadi?” dia membulatkan mata ke arah Ali dan Babu, kemudian menambah,

“Hantu?”

“Kau dengar apa tadi?” Ali pula bertanya, termakan dengan dugaan Emir itu.

“Aku dengar tapak kasut,” Emir menjawab.

“Aku dengar suara orang dowh, kau tak dengar ke?”

Belum sempat Emir menjawab,

“Aku nampak!” Babu bersuara tinggi.

Serentak Emir dan Ali memandang Babu dan berkata,

“Kau nampak?”

Masing-masing meneguk air liur.

“Aku nampak Ustaz Saiful. Lariiii,” Babu yang sudah terduduk itu tergopoh-gapah mengangkat punggung dan membuka langkah seribu.

“Hoi, korang buat apa kat sini? Ponteng kelas ke?” dari jauh kedengaran suara garau Ustaz Saiful bersama sebatang rotan legend miliknya. Legend kerana sudah banyak kulit yang merasanya.

“Ustaz Saiful? Lariii,”

Sekejap sahaja kelibat 3 orang pelajar itu hilang dari pandangan. Laluan di bangunan kelas ini sudah menjadi kepakaran mereka. Pelajar otai kan.

“Bertuah punya budak,” Ustaz Saiful mendengus kasar apabila tiga pelajar bermasalah itu berjaya melarikan diri.

Sambil berlari Ali menyeluk poketnya dan mengeluarkan pensel 2B. Dia mengeluh. Misinya untuk melakar sesuatu di cadar Fatimah gagal.

Bersambung... 


No comments:

Post a Comment