Kisah lapan tahun yang lalu.
September 2005
September 2005
“Fatimah,
kau terpilih tak masuk choral speaking
tu?”
“Hehe,
terpilih laa. Tengok orang laa,” Fatimah membalas bangga.
“Haha.
Berlagak! Aku pon dapat jugak. Tapi kau tahu tak, pertandingan tu buat kat MRSM
kita je. Haha,” Syafinaz membalas dengan ketawa yang terburai. Agaknya pemilihan
MRSM mereka sebagai tuan rumah untuk pertandingan choral speaking kali ini kebetulan yang sangat menggelikan hati.
“Hah?
Kat MRSM kita je? Hahaha,” kini Fatimah pula mengambil giliran untuk ketawa
berdekah-dekah.
“Sungguh
sarkastik ketawamu Fatimah,” Syafinaz membalas dengan ketawa yang masih
tersisa.
“Time
kita tak masuk dulu, punyalah pergi sampai MRSM Langkawi! Tup tup, bila kita
masuk, arey arey arey, dekat MRSM sendiri je,” Fatimah masih dengan mood
sarkastiknya.
Mendengar
jenaka tamil Fatimah, peti suara Syafinaz pecah dengan ketawa yang
terbahak-bahak. Macam-macam lah kau Fatimah.
“Hoi,
Paddayappa! Jangan lah buat aku gelak sampai nak pecah perut,” Syafinaz
menepuk-nepuk bahu Fatimah.
“Takpe
lah Pinut oi, redha je lah kita. Haha. Tu lah kau, niat dah tak betul dah. Patutnya
masuk sebab nak mengharumkan nama MRSM kita di persada MRSM-MRSM sedunia. Ni tak,
tahu nak jalan-jalan je, nak enjoy
je,” sedebuk. Amek kau Fatimah bagi lecture
free. Sape pon tak nak dengar.
“Kau
paku dulang paku serpih!” Syafinaz menghemburkan peribahasa spontannya.
“Wow.
Nanti mase exam penulisan BM boleh aku guna peribahasa kau, masukkan kat dalam
karangan. Nampak ganyanya 8A lah PMR aku tahun depan. Hehe,”
“Kan,
untungkan kau kawan dengan aku,” balas Syafinaz sambil menampar lembut peha
Fatimah. Ada sahaja modal Fatimah untuk mengenakannya.
“Sakitlah
kakak!”
xxxxxxxxxx
“Psstt,”
“Psstt,”
Fatimah memandang
sekeliling. Agendanya untuk menaiki tangga untuk ke kelasnya yang berada di
tingkat 3 tergendala. Dia mencari-cari kelibat manusia. Belakang, depan, kiri,
kanan. Haih, tak ada orang pon. Tak kanlah siang-siang nak ada hantu.
“Psst,”
“Psst,”
“Hai, nak main-main
pulak dengan aku. Sembur Ridsect baru tahu. Orang dah lah nak cepat ni,”
Fatimah merungut perlahan.
Dia sebenarnya berhajat
untuk mengambil skrip choral speakingnya yang tertinggal di dalam kelas.
Sekali lagi Fatimah
memusingkan kepalanya 180 darjah. Gulp, tak ada orang.
“Ah, lantaklah,”
Fatimah sudah siap
sedia untuk menukar lariannya dari gear 1 ke gear 5. Pecut sekuat hati! Mahu
tak mahu dia masih harus mengambil skripnya di kelas. Sekurang-kurangnya dia
boleh berlatih di asrama nanti.
‘Gila aku nak duduk
seorang kat sini lama-lama. Dah la semua orang dah balik asrama. Eh, eh, jangan la ingat cerita tuu,’ Fatimah mengomel
sendirian. Mulalah semua cerita-cerita hantu berebut-rebut mahu mengulang
tayang dalam mindanya. Masa-masa ni juga. Ish. Panjang Fatimah menarik nafas.
Sedang dia
bersiap-sedia untuk mengambil lajak,
“Fatimah!,”
Mendengar namanya
dilaung, Fatimah terus berpaling ke kiri. Dia melihat di suatu sudut, ada
seorang pelajar lelaki. Nampak gaya macam pernah nampak wajahnya. Familiar. Em,
tapi nama apa ek?
“Ceh, kau menyorok
rupanya,” Fatimah bersuara perlahan. Lega, ternyata bukanlah hantu seperti
sangkaannya. Kau ni pon Fatimah, agak-agaklah nak ada hantu siang-siang hari. Fatimah
menjadi geli hati dengan jangkaannya ‘hantunya.’
Pelajar lelaki itu datang
menghampiri Fatimah dengan malu-malu.
Okay, hantu hantu lah. Dia
ni kenapa pula ni.
“Emir nak biodata kau,”
dia mula bersuara apabila jarak kami dalam 1 meter.
Fatimah masih
terpinga-pinga. Dia mengangkat jari telunjuknya dan diajukan kepada dirinya
sendiri.
Pelajar lelaki itu
tersengih-sengih kemudian mengangguk. Melihat dia mengangguk, Fatimah mula
mengerutkan dahinya. Emir? Emm. Emir? Siapa Emir?
“Oh!”
Fatimah bersuara.
Ya,
baru Fatimah teringat. Ini la kot budak Emir yang Syafinaz pernah bercerita
kepadanya. Emir budak kelas 2D. Rakan sekelas Syafinaz yang berkenan dengannya.
Aish, memang betol lah dia nak mengorat aku ni.
Akhirnya
Fatimah hanya tersenyum ala kadar dan terus memecut laju mendaki tangga di
hadapannya. Malas aku layan!
“Heh,
tak gentlemen langsung. Ada ke minta kawan yang mintakan biodata aku untuk dia.
Batang hidung dia pon aku tak nampak,” Fatimah terus membebel sambil tangannya
sibuk mencari skrip yang entah di mana dia letak.
xxxxxxxxx
“Pinatt,”
Fatimah
terus menyerbu Syafinaz apabila dia mula tiba di dorm A32 itu. Dorm yang terkenal
dengan dorm budak paling nakal dan kotor. Heh.
“Dah
kau kenapa pulak ni? Macam baru lepas kena kejar ngan hantu je,”
Hah
kau, tu dia konklusi Syafinaz. Tengok, budak asrama memang tak kan pernah
berpisah dengan term ‘hantu.’ Nampak bayang-bayang sendiri kat lantai pon,
dikatakan hantu agaknya.
“Weh,
tadi aku jumpa dengan budak kelas kau tu. Eh apa nama dia ek? Aduh, aku tak
tahu lah nama dia. Tapi dia tu kawan si Emir yang kau cerita tu kot,”
“Siapa?”
“Emm,
Zul Ikram?” Syafinaz meneka rawak.
“Bukan,
Zul Ikram tu aku kenal. Alah yang tinggi tingi rambut cacak tu,” aku cuba memberi penerangan fizikal kepada Syafinaz.
“Budak
kelas aku? Kawan Emir? Tinggi? Rambut cacak? Emm,” Syafinaz menaikkan mata
hitamnya ke atas sambil menjuihkan bibir. Dalam benar berfikir tu.
“Hafiz?”
suara Syafinaz meninggi apabila dia yakin tekaannya menepati sasaran.
“Hoi,
agak-agaklah suara kau tu. Ha ah la kotnye. Tinggi, rambut cacak gelap sikit. Ye
la tu kot dia,”
“Dah
kenapa dengan dia? Kau suka kat dia ea? Jangan kau, Emir kau nak letak mana,”
“Hish
kau ni. Kalau tak jump to conclusion, tak boleh ea?”
“Hamboi
kau, speaking bagai,” Syafinaz sengih-sengih sambil mengangkat ibu jarinya. Memberi
thumbs up kepada Fatimah.
“Haha,
tak payah nak thumbs up sangat. Macam
ni cerita dia, tadi kan lepas sume orang dah balik sekolah, aku patah balik gi
kelas sebab nak amik skrip choral speaking tu. Seram sejuk la jugak aku rasa
sebab dah takde orang kot kat bangunan kelas kita tu weh. Dah la jauh dari
orang,”
“Penakut
kau mengalahkan adik aku yang lima tahun. Haha. Kan siang lagi tu,”
“Lek
lu, tak abis cerita lagi..,”
“Ha
ah, mana part si Hafiz tu nya?”
“Sabarlah,
nak ceritalah ni. Yang kau potong aku tu kenapa?”
“Hehe,
sorry sorry,”
“Lepas
tu, molek molek aku nak bukak langkah nak naik tangga dekat kelas aku tu, ada
suara buat psst psst doh,”
“Haha,
si Hafiz tu ke?”
“Mana
aku tak cuak, kepala aku dah berpusing 360 darjah dah. Tapi tak de orang pon
kat situ. Rupa-rupanya mamat tu duk menyorok kat tepi dinding,”
“Fatimah,
dalam imaginasi aku macam kau je hantu. Mana boleh manusia pusing 360 darjah,”
“Hiperbola.
Alah cerita melayu hehe,”
“Haha,
dah tu apesal dia takutkan kau? Motif?”
“Tu
lah. Tahu tak dia buat apa? Dia datang kat aku and kata, si Emir tu nak biodata
aku. Huhu,” Fatimah melanjutkan ceritanya.
“Alahai
kau ni Emir, tak gentleman laa. Mintak
la sendiri,”
“Kan?”
Fatimah menyokong pernyataan Syafinaz.
“Pastu,
kau cakap apa?”
“Aku
blah macam tu je hehe. Malas nak layan,”
“Haha,
sempoi. Melanga la kot si Hafiz tu. Tapi kesian pula kat Emir,”
“Kenapa
pulak?” Fatimah bertanya innocent.
“Dah
kau tak layan dia,”
“Nak
kena layan ke?”
“Hehe
tak delah. Aku tengok ko sesuai je dengan si Emir tu. Sama kecik sama molek,”
Mendengar
kata-kata Syafinaz, Fatimah hanya menjuihkan mulutnya.
Pertama
kali dalam ada lelaki yang meminatinya di MRSM itu. Ketika itu budaya couple
ini memang menjadi trend di maktabnya
itu. Fatimah sebenarnya tidak tahu apakah respon yang patut diberikannya kepada
lelaki yang bernama Emir itu. Dia langsung tidak pernah mengenali Emir sehingga
Syafinaz datang dan memberitahu yang Emir meminatinya. Namun, jauh di benaknya,
Fatimah mengakui hatinya sebenarnya berbunga indah kerana ternyata ada orang
yang memberi perhatian kepadanya selama ini.
Namun
begitu, dalam diam, sebenarnya ada seorang pelajar lelaki, juga rakan sekelas
Syafinaz telah berjaya menangkap perhatian Fatimah. Dan, orang itu adalah
seorang pelajar lelaki yang terkenal dengan kenakalannya, mempunyai ketinggian
yang agak rendah di kalangan pelajar-pelajar lelaki namun jauh lebih tinggi
dari Fatimah dan berwajah kiut-kiut gitu. Berperwatakan ustaz? Memang tak lah.
“Ali
Haidar Hikayat Syah?”
Fatimah
terus terbungkang melihat Syafinaz. Aik? Mana dia tahu?
“Apasal
kau tengok aku macam tu?”
“Ke
kenapa kau sebut Ali?”
“Hah?
Ni ha, aku baca list nama kelas aku ni. Aku sebut nama semua orang kot. Asal kau
dengar nama Ali je?”
Gulp.
Fatimah menelan air liur.
Bersambung...
best....
ReplyDeleteterima kasih baby mio. sudi membaca, keep on reading ya :)
ReplyDeletebest. kalau ada masa singgah lah blog saya yg x seberapa ni --> http://luahankutintaku.blogspot.com/
ReplyDelete