Feb 5, 2014

Bab 10 DAFDAA

Pagi itu kami sama-sama ke masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di sana. Suatu ketika dahulu aku pernah mempunyai resolusi untuk mengembalikan kegemilangan umat islam, iaitu hadirin jemaah pada waktu subuh hendaklah lebih ramai daripada bilangan hadirin yang hadir ketika solat jumaat. Bila itu terjadi maka pada saat itulah musuh-musuh islam akan mula gentar dengan umat islam. Saat ini umat Islam ibarat seekor gajah yang sedang tidur. Mereka masih lalai dan tidak menyedari senjata terhebat yang mereka punyai. Namun, bagi aku gajah itu hanya menunggu masa untuk kembali terjaga. Janji Allah itu pasti dan Islam pasti akan kembali tertegak di bumi Allah ini. Sehingga saat ini, aku masih berpegang dengan resolusi itu.

Oleh kerana itu, aku amat berhajat untuk perkara itu terjadi. Apa yang pasti, Allah memang sudah menjanjikan kemenangan islam. Cuma di mana, dan bila sahaja kita tidak tahu. Sebelum aku cuba mengubah orang lain, aku akan mulakan dengan diriku sahaja dulu. Seterusnya keluarga, kemudian barulah kepada masyarakat. Aku amat bersyukur apabila Ali a.k.a suamiku, dia, turut bersama-sama aku dalam perjuangan menegakkan kembali agama islam di bumi Allah ini.

Selesai solat subuh, aku membaca al-mathurat dan mengalunkan beberapa halaman ayat suci al-Quran. Setelah selesai, aku berjalan keluar dari masjid. Aku berjalan ke arah swift hijau miliknya. Kerana masih tiada orang di situ, aku menunggu di tepi swift hijau miliknya.

Tak lama kemudian, aku melihat dia keluar dari masjid. Dalam perjalanan keluar, aku melihat dia bersalaman dengan beberapa orang lelaki yang berpakaian jubah putih. Kemudian, matanya tertatap ke arahku dan mula berjalan menujuku. Aku melemparkan senyuman kepadanya kemudian menunduk. Apabila dia sampai, kami berdua masuk ke dalam kereta.

“Awak, apa plan hari ini?” aku memulakan bicara. Entah kenapa ringan saja mulutku untuk memulakan perbualan antara kami. Aku merasakan mood aku amat baik pagi ini. Tanpa aku sedar, aku sudah mula merasa selesa dengan Ali. Sedikit demi sedikit.

“Okay, pagi ni kita pergi zoo kejap sebab saya nak bagi penguin makan. Lepas tu, kita singgah petrosains, untuk awak ambil inspirasi untuk thesis awak. Lepas tu, kita jalan-jalan cari makan kat pasar. Lepas tu, balik rumah, masak. Lepas tu..”

“Eh, cop cop. Berapa banyak lepas tu awak nak bagi saya ni? Sehari 24 jam je kita ada, berapa banyak tempat awak nak pergi ni? Haha,” ketawa ku pecah. Dia memang tahu macam mana nak menceriakan suasana.

“Sebab ada 24 jam je lah, saya kalau boleh tak nak bazirkan masa satu saat pon,” jawab Ali sambil tersengih ibarat kerang busuk.

“Pergi zoo nak bagi penguin makan tu, tak bazirkan masa ke awak rasa? Yang awak rajin sangat tu kenapa. Penat je tauke zoo tu bayar gaji kat pekerja dia suruh bagi makan penguin tau,”aku membalas senada.

“Ala, awak tak try lagi bagi makan penguin. Best oo. Lagipon kan nak tunjuk kat awak, mana bazir masa,”

“Haha, awak ni main-mainlah. Kalau betul nak ajak, baik awak ajak saya bagi makan singa. Baru mencabar,” kini aku sudah mampu membalas gurauan Ali yang ‘loyar buruk’ itu.

“Wah, boleh tahan isteri abang ni. Lepas ni kita cuba ya. Apa-apapun, kita pergi sarapan dulu. Saya dengar macam perut awak main gendang dah tu,”kata Ali sambil mengeyit matanya ke arahku.

Amboi dia ni, bab menyakat orang, getusku di dalam hati.

“Dia yang bakal jadi perut along,” bisikku perlahan.

“Fatimah, cukup 40 kali awak doa macam tu. Jangan menyesal bila suami awak rampas takhta perut buncit dari along nanti,”

Alamak dia dengar. Aku akhirnya hanya tersengih dan menggaru kepalaku yang tidak gatal. Serta merta aku teringatkan along, abang aku yang sulong. Perutnya buncit menyamai perut ayahku. Entah apa yang dia makan. Aku tersengih sendiri.

“Roti canai?” pendek aku memberi cadangan. Aku amat menggemari roti canai. Sedap dan jimat. Hehe.


“Jom, tapi kalori banyak, hehe,” Ali bingkas membalas ajakanku dengan senyuman yang amat menyejukkan dan menyenangkan hatiku.

Kami tiba di sebuah gerai roti canai Pak Hitam kata Ali.

“Kenapa Pak Hitam?” dengan suara perlahan, aku terus bertanya setelah kami mengambil tempat di salah satu meja di gerai itu.

“Entahlah abang tak tahu, tapi gelaran tu memang terkenal kat area ni. Pak Hitam legend roti canai. Cuba awak tengok sekeliling awak,” dia mengarahkan aku melihat sekeliling.

“Ramai orang,”

“Yup, kedai ni memang laku sangat. Saya rasa sebab gelaran Pak Hitam tu lah,”

“Haha, apa pulak. Tak ada kena mengena. Kalau laku sebab sedaplah kot,” aku segera meyangkal teori Ali yang menyalahi logik akalku itu.

“Abang, akak, nak makan apa?”

Perbualan kami terhenti setelah seorang pekerja perempuan remeja ayu bernaju kurung merah jambu datang untuk mengambil order.

‘Nasib baik ada adik ni datang, kalau tak apa lagi teori Ali yang aku kena dengar. Nak kelentong aku je kerjanya,’ sendiri aku berbicara di dalam hati.

Sambil kami menikmati juadah rezeki Allah pada pagi itu, dengan spontan aku berbicara,

“Saya teringat pula bagaimana Eyqa selalu mengingatkan kami tentang betapa tinggi kalori yang terkandung dalam roti canai,” aku berkata-kata sambil tersenyum apabila teringatkan keletah Eyqa.

Tiba-tiba nada dering telefon tanganku berbunyi. aku mula menyemak telefonku.

“One Message Received”

Mesej itu daripada Ana.

“Assalamualaikum. Fatimah, awak nak saya catatkan untuk awak sekali tak apa yang Ustaz Ibrahim ajar dalam talaqqi hari ini?”

Kemudian kutekan butang reply dan mula menaip,

“Wlsm. Tolong ya catatkan untuk saya. Moga Allah merahmatimu. Terima kasih, kawan. =)”

MasyaAllah, aku lupa hari ini ada talaqqi. Rasa berat hati meninggalkan talaqqi itu pada hari ini. Namun, aku cuba memujuk hariku untuk ikhlas dengan apa yang terjadi. Moga-moga berada di samping suami juga mendapat saham yang besar di sisi Allah SWT.

Menyedari perubahan pada mimik wajahku, dia mula bertanya,

“Kenapa awak?”

“Oh, tak ada apa-apa. Cuma saya baru teringat yang saya ada pengajian talaqqi pada hari ini,” aku memberi penjelasan. Aku sering kali tidak dapat menyembunyikan riak wajahku yang selalu dapat dikesan oleh orang lain. Lagi-lagi Ali Haidar. Hmm.

“Oh ya, awak ada talaqqi pagi ni. Maaf saya terlupa,” Ali menutur kata dengan riak separuh bersalah.

“Eh, awak tahu?” aku bertanya kembali. Aku tidak sangka Ali tahu jadual pengajian talaqqi ku.

Dia mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“Macam mana awak tahu?” aku bertanya lagi untuk memenuhkan rasa ingin tahu ku.

“Awak kan isteri saya. Takkan saya tak tahu,”Ali menjawab dengan nada comel.

But, put that aside. I’m so sorry that you can’t go to talaqqi today,” tambahnya lagi.

“Eh, tak apa lah. Awak tak buat apa-apa salah pun. Adanya saya kat sini pon kehendak dari Dia, pasti ada hikmahnya nanti. Kita tak perlu risau, lagipon Ana dah tolong catatkan untuk saya apa yang akan Ustaz ajar nanti,”aku bertutur lembut, serba salah aku apabila dia meminta maaf sebegitu.

“Terima kasih,” laju dia bertutur sambil tangannya menyentuh hidungku.

Aku yang terkejut dengan aksinya akhirnya hanya menunduk malu.

‘Aduh nak main cuit-cuit hidung pulak,malunya,’ aku mengomel di dalam hati.

Aku terus menyuap roti canai ke dalam mulut untuk menutup rasa maluku.

“Tapi saya ada berita gembira untuk awak,” dia kemudian bersuara kembali.

Aku berhenti makan dan melabuhkan pandangan ke arahnya.

“Apa dia?” aku bertanya.

“Malam ini pon ada talaqqi. Talaqqi Ust Khaidir,” dia mengkhabarkan berita itu dengan senyuman.

“Sungguh? MasyaAllah!” aku mengukir senyuman apabila dia mengangguk-angguk kepala.

Ustaz Khaidir ialah ustaz daripada pusat asasi UIAM di Petaling Jaya. Aku sentiasa mengikuti pengajian talaqqi ustaz sejak di pusat asasi lagi. Namun setelah berpindah ke kampus Kuantan, aku sudah tidak berpeluang lagi untuk belajar daripada beliau. Ustaz selalu juga mengadakan pengajian talaqqi di kampus Gombak tetapi tidak di Kuantan. Mungkin kerana faktor jarak. Aku sangat gemar menghadiri majlis ilmu yang diadakan oleh ustaz kerana ustaz yang mengajarku tentang adab-adab menuntut ilmu dan berguru. Ustaz amat menekankan soal adab dalam setiap talaqqinya. Di samping itu, ustaz juga bijak menyelitkan setiap pengajian dengan jeneka-jenaka yang santai. Aku kira itu untuk menarik minat para pelajar untuk mengikuti talaqqi itu.

“Awak pon ikut talaqqi Ustaz?” aku bertanya setelah dia seakan tahu aku amat suka mengikuti majlis talaqqi murabbiku itu.

Dia mengangguk dengan senyuman.

Aku teringin hendak tahu sejak bila hatinya mula terpaut dengan talaqqi namun, aku tak dapat menyusun ayat yang sesuai untuk aku lontarkan kepadanya. Aku tidak mahu keadan kembali menjadi kekok dan janggal antara kami. Lantas aku mengalihkan topik perbualan.

“Bila ibu nak sampai?” aku mulakan bicara setelah senyap seketika.

“Ibu mungkin akan sampai pagi besok. Petang nanti mereka bertolak,” dia menjawab.

‘Mereka?’ hatiku bertanya.

“Mereka itu siapa lagi awak?

“Oh, papa dan ibu,”

Aku mengangguk-angguk, tanda mengerti.

Keadaan kembali senyap. Aku sudah tidak ada modal. Dia juga tidak bersuara. Aku kurang pasti mengapa. Akhirnya  kami masing-masing menikmati juadah roti canai di kedai itu.

Bersambung...

1 comment: