“Awak
tak siap lagi ke? Jom kita dah lewat ni,” Ali meninggikan suaranya supaya aku
mampu mendengarnya. Ali kini sudah terpacak betul-betul di hadapan pintu.
“Baik!
Dah siap ni. Kejap. Kejap,” tergopoh gapah aku menjawab. Aku keluar dari bilik
dengan siap memakai jubah Mekah hitam dengan tudung berwarna kelabu. Sedang
berjalan menuju ke pintu, aku terasa seperti ada yang merenungku, lantas ku
lontarkan pandangan ke arah suamiku itu. Seketika pandangan kami bertaut. Aku
melihat Ali segak memakai jubah putih dan berkopiah. Jantungku berdegup laju.
Rupanya dari dia tadi memandang aku. Aku mula merasa malu lalu menundukkan
pandangan aku.
“Lawanya
isteri abang secantik akhlaknya. Jom,” Ali bersuara dengan senyuman seperti
budak nakal apabila aku kini telah berada di sisinya.
Aku
pantas mengangguk dan masuk ke dalam swift hijau itu. Tak tahan diusik oleh Ali
lagi.
Apabila
tiba kuliyyah engineering, di mana majilis talaqqi itu diadakan, seperti yang
dijangkakan memang sudah ramai pelajar yang memenuhi ruangan itu. Aku dan Ali
terpaksa berpisah kerana tempat muslimin dan muslimat diasingkan. Majlis itu
penuh dengan adab-adab menuntut ilmu. Mujurlah Ustaz Khaidir belum tiba saat
itu. Memang pantas anak murid yang sampai dahulu sebelum guru.
Sebelum
majlis ilmu itu bermula, seorang muslimin mengambil pembesar suara dan mula
menerangkan adab-adab bertalaqqi kepada semua ahli talaqqi yang hadir. Lembut
nada suaranya namun aku tak dapat melihat gerangan si yang bercakap lantaran
jumlah pelajar yang ramai menghadiri majlis ilmu yang mulia itu. Dia juga
menegaskan supaya setiap ahli talaqi haruslah memastikan telefon masing-masing
berada dalam mode senyap agar nanti tidak menganggu guru yang sedang mengajar
nanti. Ahli talaqqi juga tidak boleh bercakap-cakap dan membuat bising selama majlis
berlangsung. Selain itu dia menyarankan agar ahli talaqqi sentiasa bersangka
baik dengan guru dan tidak membanding-bandingkan ilmu guru dengan orang lain.
MasyaAllah,
aku sangat jatuh hati dengan majlis yang penuh adab ini. Tambah lagi aku merasa
sangat beruntung untuk berada dengan mereka yang hati-hati sentiasa ingat dan
khusyuk kepada Allah dan Rasulullah. Aku terasa seperti berada di dalam salah
satu taman-taman syurga Allah.
Tak
lama selepas itu Ustaz Khaidir tiba dengan berjubah dan berserban putih. Tika
itu hatiku terasa sayu.
Lama benar tidak kutemu murabbi ku itu. Rindu mendengar
mutiara-mutiara kata darinya. Aku diberitahu bahawa talaqqi ini menggunakan
Kitab Bidayatul Hidayah karangan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra. Nasib
baik aku memiliki kitab itu dan membawanya sekali ke majlis talaqqi ini.
Ustaz
memulakan majlis dengan pujian-pujian kepada Allah swt kemudian kepada Rasul
mulia, Nabi Muhammad saw agar majlis ini diredhai dan diberkati dengan kebaikan
yang bertambah-tambah daripada Allah swt. Selawat dipanjangkan buat Rasulullah
saw. Sebelum memualakan pengajian, ustaz menekankan amalan berselawat kepada
pelajarnya dengan menceritakan kelebihan berselawat ke atas Rasulullah saw.
Ustaz membawakan hadith ini,
“Barang
siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah swt akan
berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Kata
ustaz selawat Allah swt membawa maksud rahmat. Aku mencatat setiap isi-isi
penting yang diucapkan oleh Ustaz Khaidir. Dengan nada yang lembut, setiap yang
diperkatakan beliau amat mudah meresap ke dalam kalbu ku. Alhamdulillahi rabbi
a’lamin.
Seterusnya
ustaz menyambung talaqi di bab cara-cara meninggalkan maksiat batin (maksiat
hati). Aku sangat bersyukur kerana telah dijemput Allah untuk menghadiri majlis
ini. Sedikit sebanyak aku muhasabah kembali diriku yang jahil ini.
Menurut
ustaz, Imam Al-Gazali telah menyebut tiga sifat hati yang sangat jahat iaitu
hasad, riak dan ujub. Para ulamak pon tidak terkecuali daripada mempunyai sifat-sifat
ini, apatah lagi kita orang awam yang biasa.
Rasulullah
bersabda: “Ada tiga sifat yang dapat dapat membinasakan seseorang; bakhil yang
dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri.”
Semakin
rancak aku menulis semakin bergenang air mata di kelopak mataku. Terasa
tarbiyah ini amat terkesan di seketul daging yang bernama hati. Ustaz
meneruskan pengajian dengan menjelaskan bahawa kita tidak boleh melihat
seseorang kecuali kita melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah
daripada kita. Aku terus merasa sebak. Teringat bagaimana aku menghukum Ali
dengan bermacam-macam andaian sedang aku pon tidak mengetahui perkara sebenar.
Aku mula bimbang andai aku termasuk dalam golongan orang yang merasakan diriku
adalah lebih baik berbanding orang lain. Aku menjadi lebih sebak apabila
mengingatkan pesanan Rasulullah tadi. Mungkin secara zahir aku tidak kelihatan
seperti bangga dengan diri sendiri, namun boleh jadi juga aku termasuk dalam
golongan itu! Astaghfirullah! Bahuku terhinjut-hinjut menahan tangisan sehingga
ada pelajar muslimah yang duduk disebelah aku mengusap-ngusap belakang aku.
Ustaz
menerangkan kita tidak tahu siapa yang lebih mulia di sisi Allah kerana masalah
ini tertakluk kepada “khatimah” (kesudahan kepada kehidupan seseorang).
Bagaimana seseorang itu meninggal masih belum diketahui sama ada “husnul
khatimah” (mati dalam keadaan yang baik atau beriman) ataupon “su-ul khatimah”
(mati dalam keadaan kafir), Nauzubillahi min zalik. Jadi bagaimana mungkin kita
boleh menganggap kita adalah lebik baik daripada orang lain.
Malam
itu, dalam perjalanan pulang, aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku tidak pasti
sama ada Ali perasan atau tidak perubahan diriku ini. Aku bermuhasabah lantas
terasa diriku amat hina, kerdil dan jahil sekali. Aku merasakan aku tiada
nilainya di sisi Allah swt andai saat ini aku tidak memuliakan suami sejajar
dengan apa yang telah diperintahkan Nya.
Sampai
di rumah, aku keluar dari swift hijau itu dan menunggu Ali untuk membuka pintu
rumah. Setelah kami berdua sudah berada di dalam rumah, aku sudah bertekad
untuk meminta maaf kepadanya atas apa yang telah aku lakukan sebelum ini. Aku
pernah meninggikan suara kepadanya ketika kali pertama aku lupa ingatan, aku
juga pernah menyuruhnya untuk tidur di luar dan aku juga tidak menunaikan
kewajipan aku sebagai seorang isteri. Aku sedar besar kesalahan aku. Aku tidak
mahu malam ini aku tidur bersama laknat para malaikat kerana telah mengecilkan
hati suami. Aku mula bersuara,
“Awak,
saya nak cakap sedikit boleh?” jantung aku berdebar-debar. Terasa berat untuk
melakukannya, namun aku tahu aku harus juga melakukannya.
Ali
kelihatan terpinga-pinga namun pada masa yang sama menantikan apa yang akan aku
perkatakan.
“Mula-mula
saya nak ucap terima kasih sebab bawa saya ke majlis talaqqi tadi. Saya sangat
menghargainya,” aku memulakan perbicaraan dengan mukaddimahku.
Dia
tersenyum, lalu berkata,
“Sama-sama.
Kita semua kan penuntut ilmu Allah sepanjang hayat. InsyaAllah lepas ini pon
saya akan cuba bimbang awak dan diri saya sendiri untuk setia istiqamah dalam
menuntut ilmu ini,”
Hati
aku makin terasa sayu.
“Kemudian,
em em, saya nak mintak maaf dekat awak,” aku menekup mulutku. Tenyata sisa
esakan tadi datang kembali.
“Saya
banyak buat salah dekat awak, banyak lukakan hati awak. Saya minta maaf dan
kalau awak tak maafkan saya nescaya saya akan tergolong dalam golongan
orang-orang yang rugi. Maafkan saya selama tak tunaikan tanggunggjawab saya
sebagai seorang isteri sedangkan awak ada hak ke atas saya. Saya minta maaf
sangat-sangat. Saya takut Allah marah dengan saya,” aku menyambung bicara
dengan tangisan yang sendu.
Tak
semena-mena mata Ali berkaca-kaca. Dia juga sedaya upaya menahan tangisan.
Melihat aku terduduk di atas lantai, dia lantas mendapatkan aku dan duduk
berhadapan dengan aku.
Melihat
dia mendekati aku, aku terus mencari dan menyalami tangannya. Diamnya Ali
menambahkan sendu aku.
Ali
mula mengusap ubun-ubun aku.
“Fatimah
Raudhah bt. Syed Mustapha, abang telah memaafkan awak, isteriku. Abang halalkan
segala-galanya dan meredhai awak dunia akhirat. Awak isteri yang solehah,
penyejuk mata abang,” pendek namun sangat mengharukan hatiku.
Aku
masih menangis teresak-esak. Kini aku sudah tidak peduli dengan kisah silamnya.
Aku berjanji kepada dirku sendiri supaya sudah tidak mahu meragui suami sendiri
apatah lagi membuat spekulasi tentang apa yang telah berlaku dua tahun dahulu.
Semua itu hanya menarik aku untuk menjadi manusia yang kufur nikmat, tidak
bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada aku. Aku serahkan
segala-galanya kepada Allah. Jika Dia telah mencaturkan yang aku tidak akan
dapat kembali memori ku, aku pasrah. Aku sedar segalanya hanyalah pinjaman
daripadaNya.
Bagi
aku, keperibadian suamiku sekarang sudah nikmat yang cukup besar bagi diriku.
Siapa dirinya di waktu dulu, itu hanyalah salah satu fasa ujian yang Allah
berikan kepadanya. Terngiang-ngiang kata-kata ustaz, masakan kita merasakan
diri kita lebih baik daripada orang lain apabila bagaimana kita mati nanti pon
kita tidak tahu. Segala-galanya dalam ilmu Allah yang Maha Kaya.
“Awak
kalau awak nak saya panggil awak abang, saya boleh panggil awak abang,” aku
menyambung bicara.
“Tak
apa awak, kita tunggu bila awak sudah bersedia untuk panggil saya, abang. Saya
izinkan,” lembut nadanya.
Aku
mengangguk kecil.
“Malam
ini, awak tidur dalam ya. Jangan tidur kat luar lagi,” aku berkata-kata lagi.
Ali
pula mengangguk dengan seyuman kecil.
Bersambung...
BEST NAK LAGI.
ReplyDelete