Feb 28, 2015

Bab 21 DAFDAA

Segalanya telah selesai. Usai pertemuan empat mata antara aku, Muhaimin, Bro Zaki dan si dia yang menyebarkan fitnah itu, segala-galanya lebih jelas. Rupanya-rupanya, selama dia memang ada tak berpuas hati dengan seorang ahli SRC kerana telah menyebabkan dia disaman oleh pihak sekuriti uia, katanya. Sebab itu bila dia nampak aku dengan Muhaimin keluar dari bilik mesyuarat itu bersama-sama, dia laju-laju serkap jarang yang kami memang saja berdua-duaan. Dia sendiri tidak sangka tindakan terburu-burunya dan pendek akalnya itu telah memberi impak yang besar sehingga perkara ini diketahui oleh deputy rector di kampus utama Gombak. Dia tiada niat lain selain ingin melepaskan amarahnya kepada SRC amnya.

Kami secara sepakat tidak ingin mengambil tindakan kepada sesama sendiri dan setuju untuk saling memaafkan. Bro Zaki pon tak nak memanjangkan isu ini kerana ini boleh mendatangkan persepsi buruk kepada uia. Namun secara peribadi, aku telah meminta dia untuk meminta maaf kepada aku secara terbuka walaupon bukan rasmi. Iyalah, aku perempuan, menda-menda macam ni aku tak boleh kasi can. Dah jadi tanggungjawab aku untuk pelihara kehormatan diri aku. Nasib baik dia setuju.

Setelah perkara itu, semua menjadi tenang dan normal kembali. Tapi adalah lagi segelintir golongan yang tak makan saman, masih lagi nak bercakap-cakap. Mulut tempayan memang kita boleh tutup tapi mulut manusia nak tutup macam mana kan. Jadi untuk golongan-golongan macam tu memang aku dah tak ambil pot, tak kuasa nak layan, macam apa yang Ali Haidar cakap.

Sempat juga aku muhasabah balik diri aku, kenapa perkara yang macam ini boleh jadi kepada aku. Mungkinkah Allah nak hukum aku sebab aku tak layan suami dengan baik, lalu dia turunkan musibah ini. Nauzubillah. Harapnya Allah hanya nak bagi aku peringatan, kerana kasih sayangNya begitu luas, begitu juga dengan keampunanNya untuk hamba-hambaNya.

Tak guna kalau aku sia-siakan peluang kedua yang Allah dah bagi untuk aku ini. Kini aku bertekad untuk mengenali sedalam-dalamnya luar dan dalam suami sendiri, Ali Haidar Hikayat Syah. Apa makanan kegemaran dia, apa hobi dia, dia suka warna apa, suka main game ke tak. Sume sume lah. Ice breaking kalau omputih kata.

Misi mengenali Ali Haidar, metodologi pertama, stalk FB dia!
Hmm, tempat belajar dulu dan sekarang, jantina, interested in man and woman? Amboi, tak cukup ke aku? Haih. Lagi lagi. Takde dah? Itu je ‘about’ dia. Itu semua aku dah tahu. Tengok post dia yang lama-lama lah.

Tengah menelaah facebook suami sendiri, tiba-tiba bayangan Ali Haidar berpelukan dengan teman wanitanya tiga tahun lepas muncul kembali dalam mindaku. Astargfirullah! Kenapa menda itu pula yang aku ingat, kacau mood saja. Dadaku turun naik turun naik, dan kepalaku terasa sakit. Aku cepat-cepat mencapai ubat yang diberi oleh Dr. Nabila lalu aku telan. Ubat painkiller itu meredakan sket rasa sakit kepalaku.

Banyak juga cabaran nak buat baik dengan suami sendiri ini kan, dugaku.

Aku mengurut-ngurut dadaku. Jeleous agaknya aku ni. Cerita lama Fatimah, cerita lama. Jangan layan sangat. Ingat balik apa motif kau stalk fb dia ni. Aku meneruskan pencarianku, mana-mana maklumat yang aku dapat aku save dalam minda. Di saat itu aku mula terkenangkan saat lampau. Seingat aku warna yang digemarinya hitam dan putih dan sukan yang diminati, bola keranjang. Tapi itu cerita masa zaman sekolah lah. Zaman aku ber’affair’ dengan Ali Haidar walaupon pernah ber’couple’ dengan sahabat baiknya, Emir. Ish ish ish. Valid lagi ke kegemaran zaman tok kaduk dia ni? Macam tak je, tak ada pula aku tengok dia main basketball, baju dia pulak tak banyak pon colour putih dengan hitam. Panas la kot nak pakai baju hitam kat Malaysia ni. Kalau kat Korea tak apa juga. Hehe.

Lalu tanganku menggerakkan mouse computer dan anak panah di laptop pon digerakkan ke butang pangkah. Aku memberhentikan kerja-kerja stalkku. Naik sakit kepala aku duk scroll post lama-lama milik Ali Haidar, tapi satu hape pon takde. Memang pesen orang tak update facebook agaknya. Aku merenung jam tanganku, sejam dah masa berlalu buat mende ni. Nak masuk zohor dah pon. Aku pon lantas bangun dan mula menyiapkan diri untuk solat zohor sekaligus bersiap-siap untuk ke kelas petang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tinggal lagi seminggu untuk cuti semester bermula. Semata-mata untuk meraikan hadiah percutian ibu dengan papa, aku terpaksa melupakan hajatku untuk menyertai misi kemanusiaan yang telah dianjurkan university ke Bangalore, India. Berat keluhan di bibirku kerana aku sudah lama berhajat untuk ikut serta dalam misi ini. Haih, Ali punya pasal Pulau Hayman pon Pulau Hayman lah.

Setelah melakukan metadologi pertama dalam misi mengenal suami itu, aku telah menjalankan metadologi keduaku iaitu membaca buku “Bagaimana Menjadi Suami Mithali.” Buku itu aku telah beli di kedai buku berdekatan secara kebetulan. Aku fikir, mungkin aku boleh lebih memahami fikirannya andai kata aku khatam buku ini. Ketika aku sedang khusyuk membaca, Ana datang menyergahku sambil ketawa terkekek-kekek. Naik hairan aku kenapa dia ketawa sedemikian rupa. Rupa-rupanya kerana melihat tajuk buku yang aku baca. Itulah yang “Bagaimana Menjadi Suami Mithali”  itu. Tambahnya lagi, riak wajahku yang berkerut menambahkan geli hatinya.

“Apakah motifnya sayangku Fatimah membaca buku ini? Haha,”

“Kenapa, apa salahnya? Haha,” aku membalas pertanyaan Ana.

“Awak isteri, bacalah ‘Bagaimana Menjadi Isteri Mithali.’ Haha,”

Bibirku hanya menguntum senyuman sambil hatiku berkata,

‘Aduh berani beraninya sahabatku Ana ini mengkritik strategi khas misi mengenal suamiku.’

Haha.

Setiap maklumat yang aku perolehi, aku catat khas dalam sebuah buku nota kecil yang bakal menjadi rujukan khidmat ku kepada sang suami.

Tak sabar rasanya aku ingin menghabiskan peperiksaan akhir semester ini kerana selepas itu aku dapat berjumpa Ali Haidar. Rinduku padanya semakin lama, semakin mebuak. Tak menahan. Nasib baik, gambar passport Ali Haidar memang sedia ada tersadai dalam wallet aku. Comel. Boleh la buat pelepas rindu. Agak-agaknya, rindu ke tidak Ali Haidar kepada aku ya. Kadang-kadang dengan bertemankan soalan seperti ini aku boleh sepanjang hari melayan memori aku bersama dengannya. Sehingga rakan-rakan ramai menggelar aku mabuk cinta. Ada-ada sahaja mereka.

Setiap malam aku akan menampal wajah Ali Haidar di dinding meja belajarku dengan kata-kata yang memberangsangkan seperti “Chaiyok Fatimah!”, “You can do it!” dan tak lupa juga “I love you.” Hehe. Menjadi juga sebab setiap kali tengok “I love you” tu, semangatku untuk belajar menjadi berapi-api. Dan apabila nama Ali Haidar tertera di skrin telefon pintarku, terus lagu dan mood “Kuch Kuch Hotahe” merasuk akal dan fikiran ku. Ecece. Buat lirik lagu pon boleh tu Fatimah. Tapi aku dah pesan awal-awal dekat Ali Haidar jangan kerap sangat menghubungi aku, tambah pula waktu peperiksaan ini. Nanti tak pasal-pasal pula semua kerja tak jadi. Biasanya aku akan menganggap perbualan “melepas rindu” kepada Ali Haidar adalah reward setelah aku habis khatam mengulangkaji subjek-subjek yang aku ambil sem ini. Mahu tak nya nak khatam cepat-cepat. Hehe.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

‘Abang, buat yang terbaik ya untuk paper hari ni. Sayang doakan abang yang terbaik. Terbaik dari ladang bang,’

‘Terima kasih my sweetheart, intan payung, kesuma bintang, my comel dan semualah untuk sayang. Love you,’

“Fatimah! Apasal sengih sorang-sorang ni? Boleh jawab la tu last paper tadi,” sapa Eyqa kepadaku. 

Tersentak aku dibuatnya.


“Aduhai nak berangan sikit pon tak boleh,” rungutku sambil senyuman semakin melebar di bibir.

Bersambung....