Aku
termenung. Jauh. Ibarat hanya aku yang berada di dewan kuliyyah itu. Mungkin
aku telah berjumpa dengan definisi bahagia. Namun sekejap mata sahaja kan
bahagia itu akan hilang kalau Allah nak tarik. Kun fayakun!
Ya,
aku yang salah. Selama ini bermain tarik tali dengan suami sendiri. Tak payah
nak bohong diri sendiri, aku tahu Ali itu memang satu-satunya lelaki yang
selama ini bertakhta di hatiku. Bukan nak melebih-lebih, guna lirik lagu Siti
Nurhaliza bagai, tapi memang itu kenyataannya. Dari zaman sekolah, hatiku
seakan-akan melekat dengan Ali. Ah, ambil kira zaman hingusan buat apa. Tapi
rasa itu terus singgah dan menetap di hati hingga lah ke kampus dan ketika itu
takdir pula menemukan kami kembali.
Tapi!
Tapi, apabila meningat dewasa aku mula inginkan suami yang dapat membimbing aku
ke jalan yang benar, ke jannah Allah. Ada apa dengan “kuch kuch hota hai,” ada
sesuatu rasa di hatiku. Buat apa? Baik aku pilih yang baik dan soleh. Terjamin
kesolehan dan kesolehahan anak-anakku kelak. Inshaa Allah. Jadi, sudah
terang-terang orang itu bukan Ali. Tengok saja orangnya saja dah tahu. Masih
tak matang, nak main je kerjanya.
Walaupon
berat, aku menolak Ali ke tepi. Dia meluahkan perasaan padaku. Of course
aku harus tolak. Couple couple ni mana elok. Tapi dia tu yang tak berapa nak bijak sebenarnya. Bukannya aku
tolak dia, tapi maksud sebenar aku ialah,
“Awak
please berubah dulu. Saya tunggu awak. Saya pon ‘kuch kuch hota hai' dengan
awak.”
Seperti yang disangka, he doesn’t understand my feeling. He taught I didn’t like him.
Dia
pergi. Oh, lupa nak cakap sekali, he got himself a new girlfriend. On top of
that, dia boleh upload gambar die dengan GF die tu berpelukan kat facebook. Ya,
jangan terkejut sangat. Tolong tutup mulut tu sket. Memang itu lah Ali Haidar
Hikayat Syah. Rasa macam nak bagi penampar je kan? Tapi of course aku maintain
sopan. Aku hanya remove dia sebagai rakan facebook aku.
Jatuh
juga la air mata feminin aku ni bila tengok gambar tu. Tapi aku dengan pasrah, say
goodbye to him. Like forever goodbye.
Dan
beberapa tahun selepas tu, dia tiba-tiba jadi suami aku? Suami? Mahu tak
terkejut beruk aku!
Nak
suruh terima dia macam tu saja? Mana boleh. Aku ada impian aku. Nak bersuamikan
suami soleh. Tapi takkan Ali Haidar? Girlfriend dia mana?
Nak
terkoyak lubang jantungku ketika itu. Kalau nak kata menangis tahap air mata
darah pon boleh. Bukan sengaja aku nak rasa benci dekat Ali, tapi kenyataan itu
sangat berat untuk aku terima. Dah la tiba-tiba boleh tak ingat semua benda.
Tambah lagi, Ali as my husband? Thank God, we didn’t have a child. Kalau tak, tak
tahu macam mana aku nak menerima dugaan Allah yang berat ini.
Hari
tu rasa nak marah kat semua orang. Mak, ayah, along, akak. Ali haidar? Lagi
lagilah. Macam mana mak boleh benarkan acik kahwin dengan lelaki ini? Allah. Tapi, out of my expectation, ketika itu Ali menyuruhku untuk beristighfar dan ingat Allah. Ali ingatkan
aku pada Allah. Terpujuk hatiku seketika.
Ya
aku mengaku, lama aku ambil masa untuk kenal Ali semula. Untuk terima Ali
kembali. Tapi sekarang, bila aku dah betul-betul jatuh hati pada suamiku dan
belajar kembali menikmati bahagia, adakah Allah akan tarik kembali bahagia itu
dalam sekelip mata sahaja?
Ada
takungan air dalam kelopak mataku. Laju-laju aku sapu supaya tidak terlihat
oleh sesiapa.
Aku
bangun dari kerusi dan mengatur langkah untuk keluar sebentar ke tandas.
Perasaan sedihku ku makin mebuak-buak. Bimbang ia meletus di dalam dewan
kuliyyah.
“Awak
saya minta maaf andai saya tak boleh beri awak bahagia,” ucapku sendirian
teresak-esak di dalam tandas.
Aku
harus melepaskan segala-galanya hari ini kerana aku tahu selepas ini aku harus
menjadi kuat. Iron woman, I wish I could be that.
Allah
itu Maha Pengasih, Dia tidak akan memberi ujian yang tak mampu ditanggung oleh
hambaNya. Ali sudah cukup sabar dengan aku. Berapa lama aku tidak menunaikan
hak aku sebagai seorang isteri, namun dia tetap tenang dan bermanis muka dengan
aku. Langsung tak pernah menaikkan suara. Ya Allah, padahal aku tahu, dialah
insan yang paling sedih dengan apa yang telah menimpaku, dengan apa yang
menimpa kami.
Jika
Ali boleh kuat dan redha, kenapa tidak aku? Kenapa tidak aku?
Aku
merenung tajam wajahku di cermin dan perlahan-lahan aku menyeka air mataku. Aku
menarik nafas dalam-dalam.
Cukuplah
sesi pengeluahan perasaanku. Banyak lagi yang bakal aku tempuh selepas ini. Aku
harus kuat demi insan-insan yang tersayang. Tambahan, doktor belum lagi
mengesahkan apa-apa. Namun, andainya doktor mengesahkan sebarang berita yang
mendukacitakan, aku tetap harus menyediakan diriku untuk menerima seadanya.Jadi sekarang, dah lepas sedih, harus teruskan kehidupan.
Bersangka baik dengan Allah. Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Bersangka baik dengan Allah. Allah mengikut sangkaan hambaNya.
Thesis
projek tahun akhir dah memanggil-manggil aku untuk masuk dalam dewan
kuliyyah. Kalau aku tak dengar seminar ni, macam mana aku nak menulis thesis
yang berjaya lagi berkualiti? Aku lantas mengorak langkah keluar dari tandas.
Pesan ustaz tak baik berlama-lama kat tandas, banyak syaiton. Lupa pulak pesan
ustaz kalau time time sedih ni.
“Fatimah,
okay ke? Mata kau macam panda je. Tak cukup tidur ke?” sapa Eyqa sebaik saja
aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
Aku
gelak kecil. Saje supaya dia tak syak apa-apa.
“Tak
adalah,” ringkas jawapanku.
“Ni
Dr. cerita macam mana nak tulis literature review yang bagus,” tambah Eyqa lagi
bila melihat aku seakan blur.
“Oo,
tengok nota kau jap. Tadi aku tak boleh fokus,”
“Nah.
Pat pat sket, aku nak salin lagi ni tau,”
“Okay
bos,” balasku.
Aku
meneruskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar tahun akhir di uiam. Orang kata
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika dugaan ini berat, aku mohon
Allah ringankan untuk aku.
Bersambung...