Feb 28, 2015

Bab 21 DAFDAA

Segalanya telah selesai. Usai pertemuan empat mata antara aku, Muhaimin, Bro Zaki dan si dia yang menyebarkan fitnah itu, segala-galanya lebih jelas. Rupanya-rupanya, selama dia memang ada tak berpuas hati dengan seorang ahli SRC kerana telah menyebabkan dia disaman oleh pihak sekuriti uia, katanya. Sebab itu bila dia nampak aku dengan Muhaimin keluar dari bilik mesyuarat itu bersama-sama, dia laju-laju serkap jarang yang kami memang saja berdua-duaan. Dia sendiri tidak sangka tindakan terburu-burunya dan pendek akalnya itu telah memberi impak yang besar sehingga perkara ini diketahui oleh deputy rector di kampus utama Gombak. Dia tiada niat lain selain ingin melepaskan amarahnya kepada SRC amnya.

Kami secara sepakat tidak ingin mengambil tindakan kepada sesama sendiri dan setuju untuk saling memaafkan. Bro Zaki pon tak nak memanjangkan isu ini kerana ini boleh mendatangkan persepsi buruk kepada uia. Namun secara peribadi, aku telah meminta dia untuk meminta maaf kepada aku secara terbuka walaupon bukan rasmi. Iyalah, aku perempuan, menda-menda macam ni aku tak boleh kasi can. Dah jadi tanggungjawab aku untuk pelihara kehormatan diri aku. Nasib baik dia setuju.

Setelah perkara itu, semua menjadi tenang dan normal kembali. Tapi adalah lagi segelintir golongan yang tak makan saman, masih lagi nak bercakap-cakap. Mulut tempayan memang kita boleh tutup tapi mulut manusia nak tutup macam mana kan. Jadi untuk golongan-golongan macam tu memang aku dah tak ambil pot, tak kuasa nak layan, macam apa yang Ali Haidar cakap.

Sempat juga aku muhasabah balik diri aku, kenapa perkara yang macam ini boleh jadi kepada aku. Mungkinkah Allah nak hukum aku sebab aku tak layan suami dengan baik, lalu dia turunkan musibah ini. Nauzubillah. Harapnya Allah hanya nak bagi aku peringatan, kerana kasih sayangNya begitu luas, begitu juga dengan keampunanNya untuk hamba-hambaNya.

Tak guna kalau aku sia-siakan peluang kedua yang Allah dah bagi untuk aku ini. Kini aku bertekad untuk mengenali sedalam-dalamnya luar dan dalam suami sendiri, Ali Haidar Hikayat Syah. Apa makanan kegemaran dia, apa hobi dia, dia suka warna apa, suka main game ke tak. Sume sume lah. Ice breaking kalau omputih kata.

Misi mengenali Ali Haidar, metodologi pertama, stalk FB dia!
Hmm, tempat belajar dulu dan sekarang, jantina, interested in man and woman? Amboi, tak cukup ke aku? Haih. Lagi lagi. Takde dah? Itu je ‘about’ dia. Itu semua aku dah tahu. Tengok post dia yang lama-lama lah.

Tengah menelaah facebook suami sendiri, tiba-tiba bayangan Ali Haidar berpelukan dengan teman wanitanya tiga tahun lepas muncul kembali dalam mindaku. Astargfirullah! Kenapa menda itu pula yang aku ingat, kacau mood saja. Dadaku turun naik turun naik, dan kepalaku terasa sakit. Aku cepat-cepat mencapai ubat yang diberi oleh Dr. Nabila lalu aku telan. Ubat painkiller itu meredakan sket rasa sakit kepalaku.

Banyak juga cabaran nak buat baik dengan suami sendiri ini kan, dugaku.

Aku mengurut-ngurut dadaku. Jeleous agaknya aku ni. Cerita lama Fatimah, cerita lama. Jangan layan sangat. Ingat balik apa motif kau stalk fb dia ni. Aku meneruskan pencarianku, mana-mana maklumat yang aku dapat aku save dalam minda. Di saat itu aku mula terkenangkan saat lampau. Seingat aku warna yang digemarinya hitam dan putih dan sukan yang diminati, bola keranjang. Tapi itu cerita masa zaman sekolah lah. Zaman aku ber’affair’ dengan Ali Haidar walaupon pernah ber’couple’ dengan sahabat baiknya, Emir. Ish ish ish. Valid lagi ke kegemaran zaman tok kaduk dia ni? Macam tak je, tak ada pula aku tengok dia main basketball, baju dia pulak tak banyak pon colour putih dengan hitam. Panas la kot nak pakai baju hitam kat Malaysia ni. Kalau kat Korea tak apa juga. Hehe.

Lalu tanganku menggerakkan mouse computer dan anak panah di laptop pon digerakkan ke butang pangkah. Aku memberhentikan kerja-kerja stalkku. Naik sakit kepala aku duk scroll post lama-lama milik Ali Haidar, tapi satu hape pon takde. Memang pesen orang tak update facebook agaknya. Aku merenung jam tanganku, sejam dah masa berlalu buat mende ni. Nak masuk zohor dah pon. Aku pon lantas bangun dan mula menyiapkan diri untuk solat zohor sekaligus bersiap-siap untuk ke kelas petang.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tinggal lagi seminggu untuk cuti semester bermula. Semata-mata untuk meraikan hadiah percutian ibu dengan papa, aku terpaksa melupakan hajatku untuk menyertai misi kemanusiaan yang telah dianjurkan university ke Bangalore, India. Berat keluhan di bibirku kerana aku sudah lama berhajat untuk ikut serta dalam misi ini. Haih, Ali punya pasal Pulau Hayman pon Pulau Hayman lah.

Setelah melakukan metadologi pertama dalam misi mengenal suami itu, aku telah menjalankan metadologi keduaku iaitu membaca buku “Bagaimana Menjadi Suami Mithali.” Buku itu aku telah beli di kedai buku berdekatan secara kebetulan. Aku fikir, mungkin aku boleh lebih memahami fikirannya andai kata aku khatam buku ini. Ketika aku sedang khusyuk membaca, Ana datang menyergahku sambil ketawa terkekek-kekek. Naik hairan aku kenapa dia ketawa sedemikian rupa. Rupa-rupanya kerana melihat tajuk buku yang aku baca. Itulah yang “Bagaimana Menjadi Suami Mithali”  itu. Tambahnya lagi, riak wajahku yang berkerut menambahkan geli hatinya.

“Apakah motifnya sayangku Fatimah membaca buku ini? Haha,”

“Kenapa, apa salahnya? Haha,” aku membalas pertanyaan Ana.

“Awak isteri, bacalah ‘Bagaimana Menjadi Isteri Mithali.’ Haha,”

Bibirku hanya menguntum senyuman sambil hatiku berkata,

‘Aduh berani beraninya sahabatku Ana ini mengkritik strategi khas misi mengenal suamiku.’

Haha.

Setiap maklumat yang aku perolehi, aku catat khas dalam sebuah buku nota kecil yang bakal menjadi rujukan khidmat ku kepada sang suami.

Tak sabar rasanya aku ingin menghabiskan peperiksaan akhir semester ini kerana selepas itu aku dapat berjumpa Ali Haidar. Rinduku padanya semakin lama, semakin mebuak. Tak menahan. Nasib baik, gambar passport Ali Haidar memang sedia ada tersadai dalam wallet aku. Comel. Boleh la buat pelepas rindu. Agak-agaknya, rindu ke tidak Ali Haidar kepada aku ya. Kadang-kadang dengan bertemankan soalan seperti ini aku boleh sepanjang hari melayan memori aku bersama dengannya. Sehingga rakan-rakan ramai menggelar aku mabuk cinta. Ada-ada sahaja mereka.

Setiap malam aku akan menampal wajah Ali Haidar di dinding meja belajarku dengan kata-kata yang memberangsangkan seperti “Chaiyok Fatimah!”, “You can do it!” dan tak lupa juga “I love you.” Hehe. Menjadi juga sebab setiap kali tengok “I love you” tu, semangatku untuk belajar menjadi berapi-api. Dan apabila nama Ali Haidar tertera di skrin telefon pintarku, terus lagu dan mood “Kuch Kuch Hotahe” merasuk akal dan fikiran ku. Ecece. Buat lirik lagu pon boleh tu Fatimah. Tapi aku dah pesan awal-awal dekat Ali Haidar jangan kerap sangat menghubungi aku, tambah pula waktu peperiksaan ini. Nanti tak pasal-pasal pula semua kerja tak jadi. Biasanya aku akan menganggap perbualan “melepas rindu” kepada Ali Haidar adalah reward setelah aku habis khatam mengulangkaji subjek-subjek yang aku ambil sem ini. Mahu tak nya nak khatam cepat-cepat. Hehe.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

‘Abang, buat yang terbaik ya untuk paper hari ni. Sayang doakan abang yang terbaik. Terbaik dari ladang bang,’

‘Terima kasih my sweetheart, intan payung, kesuma bintang, my comel dan semualah untuk sayang. Love you,’

“Fatimah! Apasal sengih sorang-sorang ni? Boleh jawab la tu last paper tadi,” sapa Eyqa kepadaku. 

Tersentak aku dibuatnya.


“Aduhai nak berangan sikit pon tak boleh,” rungutku sambil senyuman semakin melebar di bibir.

Bersambung....

Aug 9, 2014

Bab 20 DAFDAA

“Eh kau okay ke ni? Termenung jauh nampak?” tanya Rizman kepada sahabat karibnya, Ali. Jauh sungguh dia melihat Ali termenung hari ini. Macam semua yang dia cakap masuk telinga kanan keluar telingar kiri Ali.

“Em, eh. Kau cakap dengan aku ke? Eh, aku okay, aku okay. Kenapa nampak aku macam orang sakit ke? 

Ali membalas pertanyaan Rizman dengan soalan kembali.

“Tak adalah aku tengok jauh je kau termenung. Dari pagi tadi lagi. Kenapa? Mengidam nak makan mee mamak ke? Ke teringat kat anak dara orang?”

Bukanlah Rizman nak busybody, tapi dia sendiri terganggu melihat sahabat dia ini asyik termenung. Macam roh dah keluar dari jasad.

“Dah tadi kelas boring, belajar teori. Saje je la aku duk berangan sket. Tak ade apa lah,” jawab Ali ringkas.

“Suka hati kau lah Li. Neh aku gerak dulu, sakit perut ni. Nanti kau tolong beli dinner untuk aku eh,”

“Lah kau yang sakit rupanya. Makan nasi basi ke weh? Haa, okay. Insha Allah. Macam-macam lah kau ni,”

“Haa lah. Tak nak membazir punya pasal. Haduh, padahal aku dah baca bismillah. Okaylah, takleh lama-lame ni, kang terkeluar kat sini. Blah lu. Kau tu pon, tak payah nak termenung lama-lama. Termenung lame-lame pon tak selesai masalah jugak bro,” sahut Rizman sambil melangkah jauh dari Ali Haidar dan menuju ke parking motor.

“Kenapa selama ni kau makan baca tak baca bismillah ke? Hapelah,” Ali mengumam sendiri.

Setelah solat asar berjemaah di masjid uiam Gombak, dua sahabat itu ambil angin, lepak-lepak di depan masjid sebelum pulang ke asrama. Kebetulan hari ini kelas habis awal.

Terbit satu senyuman nipis di bibir milik Ali Haidar. Betul jugak kata Rizman, duk termenung pon takkan selesai masalah. Kalau ikutkan hati, memang perasannya bergelojak marah, cemburu tetapi akalnya menghalang dirinya untuk bertindak mengikut nafsu.

Ali Haidar mula bangun dan berjalan ke arah swift hijau miliknya. Di dalam kereta, telefon yang telah disilentkannya dari tadi, dibeleknya mesej yang diterima. Dia menatap mesej kiriman isterinya yang tercinta dengan mata sayu yang sarat dengan kasih sayang.

‘Walaupon hati abang ni sakit sampai abang rasa nak merajuk dengan sayang, tapi sebab abang dah janji untuk jadi bestfriend dan sentiasa ada untuk sayang, abang akan tunaikan janji abang,’

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku sudah terbungkang di atas katil. Hari ini aku pulang awal ke asrama. Aku hanya turun padang sekejap untuk mengedarkan flyers berkenaaan etika kod pemakaian di uia kepada orang luar yang membuat program di sini.

Tengah-tengah aku mengedarkan flyers, ada juga aku dengar suara-suara yang bercerita tentangku. Makin berlama-lama aku di situ, boleh sewel agaknya aku. Itu pasal aku ambil keputusan untuk balik awal ke asrama. Tak menahan, kalau ya pon nak mengumpat aku, biarlah betul-betul belakang aku, sampai aku tak dengar. Ini, sebijik sebijik aku dengar, mahu tak demotivated aku.

Ya Allah, di perjalanan menyampaikan agamaMu pon ada berselirat ujian dan dugaan. Mungkin ada hikmah besar di sebalik semua ini.

Aku cuba memaksa kelopak mataku untuk tutup, namun tak sampai 5 minit kembali terbuka.

“Haih, tak boleh jadi ni,” aku bangun dari katil. Tak senang duduk. Rasa seperti orang teraniya yang tidak mendapat keadilan. Nak menjerit, nanti orang ingat mental pulak.

“Ya Allah, pada siapa aku nak luah supaya hati ni rasa tenang sikit ya Allah,” aku mengadu sendirian. Perlahan. Nak telefon polis, tak tahu nak report apa. Nak telefon lawyer tak ada nombor, nak telefon bomba, tak ada kena mengena!

Tiba-tiba ringtone telefon milikku berdering dan laju telefon itu hinggap di telingaku. Ali Haidar!

“Assalamualaikum,” aku bersuara lunak memberi salam.

“Walaikumussalam. Sayang..,” aku mendengar Ali memanggilku.

“Ya?”

“ Awak okay?”

“Kenapa awak tak reply mesej saya?” aku bertanya sambil batinku menjerit ‘mestilah aku tak okayyy!!!!’

“Saya tak perasan tadi,”

“Okay,”

Dalam hatiku, ‘tak perasan??! Sampai hati tak perasan mesej aku,’

“Okay yang mana ni?” tanyanya lagi.

“Okay, okay jelah. Apa maksud awak?” tanyaku pula, keliru.

“Okay, okayyy ke? Okay saya tak perasan awak mesej?”

“Erk? Okay sahaja,”

Kening aku dah mula berkerut. ‘Apa dia ni?’

“Maksudnya awak okay lah ni?”

Aku tarik nafas, hembus. Kalau ada kamus dewan bahasa dan pustaka ni, aku dah cari dah definisi sebenar perkataan ‘okay’. Dah kenapa Ali suka sengat dengan perkataan ‘okay’ ni.

“Okayyyyyy,” aku menjawab panjang.

“Saya ingat awak tak okay tadi, itu yang saya telefon. Kalau macam tu, tak pelah. Bye..” Ali berkata-kata.

Gulp. Now I get his point!

“Tak, saya tak okay!” aku pantas membalas, bimbang dia mematikan telefon.

“And why is that dear? Saya ada kata awak boleh cerita apa saja dengan saya kan. I will be your best listener,”

Lega apabila suaranya masih di talian. Hatiku berbisik, ‘Macam mana nak start? Mesti dia dah dengar kan? Dia marah tak? Apa yang dia fikir? Dia tak percaya kan? Ish, banyaknya soalan!’

“Saya kena fitnah,” pendek dan bersepadu aduanku.

“Okay, cik. Bila dan di mana kalau boleh saya tahu kejadian itu berlaku,” tanyanya dengan lagak seperti inspektor polis.

‘Eh, dia ni main-main ke apa?’

“Sorry, bukan cik, puan,” aku membetulkannya.

“Oh jadi cik puan dah kahwin? Maafkan saya salah panggilan. Jadi mari kita sambung balik tadi, macam mana perkara ini boleh terjadi cik puan?”

Nak tergelak aku mendengar ajukannya yang tak berapa nak menjadi. Cik puan pon boleh.

“Bila tu, terjadi lepas saya ada mesyuarat dengan organisasi perwakilan pelajar universiti. Di mana, di bilik mesyuarat,”

“Mungkin itu berlaku sebab cik puan tak bagitahu kat suami cik puan yang cik puan nak pergi mesyuarat,” sambungnya selamba.

Aku terkesima. Tak bagitahu? Sungguh, seingat aku, aku dah minta izin dengan dia.

“Encik, awal-awal lagi saya sudah minta izin dengan suami saya cik,” aku cuba membela diri aku namun masih dengan gaya aduan kepada inspektor polis.

“Tak ada cik puan. Suami cik puan tak ada terima apa-apa mesej atau call pon dari cik puan,”

Mukaku biru. Aku silap send ke?

“Mungkin di whatsapp encik?”

“Oh, awak  ada whatsapp saya?”

Okay, ini perbualan serius. Apabila Ali Haidar sudah keluar karektor.

“Ya, ada. Awal-awal lagi saya dah minta izin awak,”

“Ya Allah, kenapa tak bagitahu awal-awal? Saya ingatkan awak tak bagitahu saya yang awak ada meeting. Terkejut bila saya baca pasal berita awak dengan Muhaimin tu, nak marah pon ada,” jelas Ali Haidar

‘Jadi betullah dia dah tahu,’ gumam hatiku.

“Awak tak dapat whatsapp saya?”

“Internet fon saya dah habis kuota, tak topup lagi hehe,”

“Awak tak marah saya ke bila tahu cerita tu? Tak nak minta penjelasan?” aku bertanya, keliru. Dia marah pasal tak bagitahu aku ada meeting ke dia marah pasal keluar cerita macam tu tentang aku dengan Muhaimin?

“Awak nak jelas pon boleh, tak nak pon boleh. Abang tahu isteri abang takkan buat apa-apa yang tak elok,”

“Jadi tadi awak cuma marah kalau saya pergi meeting tak minta izin awak?”

“Ya lah. Maaf saya dah serkap jarang ya sayang,”

“Eh, tak. Saya yang patut minta maaf sebab satu, cuai sampai boleh keluar cerita macam ini pasal saya. Patutnya saya lebih jaga diri saya. Kedua, sebab saya tak check yang awak dah receive belum mesej saya. Maafkan saya,” aku bersuara sayu dan terharu. Sedikit terpujuk hatiku bila insan ini ternyata sedikit pon tidak meraguiku.

“It’s okay sayang. I know it’s been hard for you,”

“Macam mana awak boleh percaya saya 100% bila semua orang percaya rumour tu?” aku bertanya dengan suara tersekat-sekat. Tengah menahan perasan yang membuak. Perasan seperti cahaya keadilan kembali cerah untukku.

“Awak, kalau awak nak tahu, semua orang tak percaya pon berita tu. Semua orang tahu tu politik universiti semata-mata. Kalau ada orang bercakap-cakap belakang tu biasalah sayang. Hot story, orang memang suka bawak mulut, bercerita walaupon diorang tak sure pon kesahihannya. Ce kalau cerita mak cik cleaner bersih toilet, takde pulak diorang nak bercerita walaupon memang dah terang terah sahih mak cik tu bersih toilet. Diorang bercerita sebab diorang rasa best, itu dah jadi perbuatan yang ikut nafsu. Awak jangan ambil pot sangat ya?”

Ya, inilah kata-kata yang aku nak dengar dari tadi. Yang dapat menenangkan hati, yang dapat mengembalikan semangatku. Daripada semua orang, aku dapat dengar kata-kata ni daripada Ali Haidar. Petunjuk apa ini ya Allah?

Mungkin Allah hendak tunjukkan kepadaku di sebalik kesusahan yang Dia beri, Dia juga telah kirimkan seseorang yang boleh membuatkan aku lebih teringat kepadaNya. Supaya aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, terutamanya insan bernama suami ini.

Terima kasih ya Allah.

“Awak kalau esok saya nak pergi jerit kat mana-mana, awak izinkan tak?” aku bertanya.

“Haha,” aku terdengar gelak kecilnya di hujung talian.

“Kalau itu boleh membuat awak lebih tenang, saya izinkan. Tapi jangan jerit kat tepi telinga roommate pulak. Nanti tak pasal-pasal kena masuk court atas tuduhan, nuisance,” sempat Ali Haidar mengusik.

“Kalau saya jerit kat sini, sekarang, boleh?” saja aku nak mengada-ngada sket dengan suami sendiri. Heh.

“Eh, jangan buat pasal sayang malam-malam ni. Tak pasal esok nanti saya kena jemput awak kat hospital,”

“Hospital apa?”

“Sakit jiwa,”

“Haha,” ketawa kami pecah bersama.

“Okaylah sayang, pergi tidur sana. Kang esok tak terbangun,” sambung Ali Haidar.

“Terima kasih awak. Terima kasih sangat,”

“My pleasure,”

“Assalamualaikum,” aku memberi salam.

Jawapan salam dari Ali Haidar sebelum dia mematikan talian.

“I miss you,” bicaraku setelah talian dimatikan.

Bersambung... 


Aug 2, 2014

Bab 19 DAFDAA

Pagi itu aku bangun seperti biasa dengan mood yang ceria terlebih. Kata orang kalau kita memulakan pagi dengan baik, hari itu akan jadi lebih produktif daripada biasa. Tengah-tengah aku bersiap-siap untuk ke kelas, datang Ana menyapaku.

“Fatimah, semalam awak balik pukul berapa?”

“Eh, Ana. Tak ada kelas ke? Semalam lewat sket balik, meeting lambat habis. Dalam nak dekat pukul dua rasanya,” jawabku tenang.

“Awak meeting SRC ea?”

“Yup. Kenapa?” jawabku ringkas. Kenapa aku terasa seperti aku sedang di soal siasat.

“Hmmph,”

Aku mendengar Ana mengeluh. Dah kenapa?

Aku masih lagi bersabar menanti penjelasan daripada Ana.

“Macam ni, tadi saya ade bukak facebook. Ade orang share tweet pasal SRC la Fatimah,” Ana menerangkan satu persatu.

“Oh okay, tweet pasal apa? Siapa yang tweet?” aku bertanya tanpa ada syak wasangka.

“Ada isu kate ada SRC berduaan kat bilik meeting pagi-pagi,”

“What? Apa maksud awak?” tanyaku seakan tidak percaya tidak apa yang dikhabarkan Ana.

“Mmm, okay macam ni. Ada sorang junior ni, dia tweet, sound SRC. Katanye SRC ni bajet je baik bla bla bla, tapi kantoi jugak berdua-duaan kat student centre kol 2 pagi. Lepas tu heboh la beritu tu. Awak faham-faham je la, gossip kat twitter tu tersebar laju dia macam kelajuan cahaya,”

“Astargfirullah. Siapa yang buat cerita ni?” aku terduduk sambil menggeleng-gelengkan kepalaku apabila mendengar berita itu.

“Tapi yang lebih parahnya Fatimah, kat situ dia ada sebut presiden dan setiausaha SRC,”

“Innalillah, musibah apa ini ya Allah? Maksudnya SRC yang dia maksudkan berdua-duaan tu, saya lah?” tanyaku lagi, inginkan kepastian. Aku seakan betul-betul tidak percaya kejadian semalam boleh menimbulkan fitnah sekian rupa.

Ana mengangguk-angguk kepalanya perlahan-lahan.

“Sebenarnya apa yang terjadi Fatimah? Kenapa dia boleh tweet sampai macam tu? Awak pon tahu kan, admin pon kadang-kadang ambil tahu apa yang terjadi kat laman sosial,”

Aku merasakan kelopak mataku panas. Allah.

“Awak percaya ke saya nak buat perkara yang tak elok Ana?”

“Mestilah saya tak percaya, awak kan sahabat saya. Saya kenal sahabat saya. Sebab tu saya tanya, apa yang sebenarnya terjadi?”

“Semalam kiteorang meeting sampai pukul 1.30 pagi, tapi on the way balik, baru saya perasan yang saya tertinggal fon. Itu sebab saya patah balik. Kebetulan Amin tak balik lagi masa tu. So, dia adalah kat dalam bilik meeting tu,” aku menerangkan dengan perasaan sebak.

“Oo so macam tu rupanya cerita dia. Jadi maksudnya ada orang lain lah kat situ kan semalam, kalau tak takkan dia nampak pula kan. Haa apa pula yang dia buat sampai pukul dua pagi kat situ?”

Ana menghemburkan soalan yang masuk logik akal.

Aku mengemaskan kembali emosiku, dan mula menghadam pertanyaan Ana.

“Jap, siapa yang tweet tu? Eh, jap. Saya ada kelas ni. Nanti kita sambung balik ya. Dah lewat ni,”

“Okay okay. Awak kuatkan hati ya. Jangan risau, orang lain pasti tak percaya fitnah tu. Insha Allah,”

Aku membalas Ana dengan senyuman. Namun dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu. Aku sama sekali masih tidak boleh menerima berita itu dan aku berasa malu untuk bertemu semua orang. Pasti berita itu sudah heboh merata-rata. Itulah kuasa internet.

Kepala otakku terus ligat berfikir, aku mempunyai musuhkah? Kenapa dia sampai hati melemparkan fitnah yang sebegitu rupa kepada aku?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Assalam”

Aku menaip mesej lalu aku tekan butang send. Ali ni dari semalam tak ada mesej aku, ke saje nak tunggu aku mesej dulu?

“Fatimah, aku pon memang panas baca tweet budak tu semalam. Teruk jugak die kena hentam kat twitter. Suka-suka dia je main sound SRC macam tu, dah la junior,” Atie berkata-kata dengan berapi-api sambil menyuapkan nasi putih ayam masak merah ke dalam mulutnya.

Aku dan kawan-kawan sekelasku ramai-ramai makan tengah hari di cafe. Memang betol, semua orang dah tahu tentang isu aku dan Muhaimin. Terkejut aku bila semua kawan-kawan serbu aku bila aku sampai di kelas pagi tadi. Dunia sekarang dunia laman sosial. Berita pon boleh tersebar sepantas kilat!

“Sebenarnya, apa yang dia bagitahu kat twitter?” tanyaku inginkan kepastian.

“Dia kata, SRC ni bajet je alim, baik, duk tegur orang sana-sini. Last last kantoi jugak berdua-duaan pagi-pagi kat meeting room,”

“Allah, sakitnya hati aku dengar,” aku meluahkan.

“Agaklah. Ko pernah bermusuh dengan dia ke? Apa cerita sebenarnya Fatimah? Tapi kalau ko tak cerita pon, aku langsung tak percaya dengan dia tu. Ko tu sume orang dah tahu, thiqoh, lemah lembut, pemalu, bini orang pulak tu. Pastu tambah pulak dengan ustaz Muhaimin tu. Orang hebat tu. Nak buat fitnah pon agak-agaklah pilih orang,” DJ pula menambah.

Nama sebenar Khadijah. Tapi kawan-kawan semua panggil DJ. Nama glamour.

“Semalam memang kiteorang meeting sampai lewat malam. Duk bincang pasal orang luar yang datang buat program kite tapi pakai short dengan skirt pendek je tu. Takkan lah kiteorang nak berdiam diri je tengok benda tu kan. Tapi masalahnya, on the way balik tu aku baru perasan tertinggal fon kat bilik meeting. Aku pon patah balik  amek. Kebetulan, masa tu Amin sorang tak balik lagi dari bilik meeting tu,”

“Pastu apa plan ko?” Atie pulak bertanya.

“Entahlah, aku rase nak balik amek air smayang, solat sunat banyak rakaat sket, pastu berdoa banyak-banyak kat Allah biar dia kena jatuh longkang ke apa ke?” jawabku selamba.

Pecah tawa kami semua.

“Tapi kan Fatimah, ada jugak lah yang otak mereng duk percaya ape yang budak tu tweet. Yang sokong budak tu. Kiteorang dah habis hentam dah dia. Tapi faham-faham lah, keyboard warrior, pakar analisis internet ni yang ramai,” Adibah pula meluahkan.

Aku diam. Tak larat nak fikir. Aku cuma berharap masalah ni tak berlarutan dan tak menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini.

Aku mula menarik telefon pintarku. Tiada balasan mesej dari Ali. Semalam pon dia tak ada call juga. Hati ku mula rasa tak senang. Selalunya cepat saja balas mesej dari aku. Patutkah aku call dia? Call je lah, suami sendiri juga kan.

Tak sempat aku nak telefon Ali Haidar, telefon ku berdering. Panggilan dari kak Yat dari office student centre. Kenapa pula kak Yat telefon aku?

“Assalamualaikum. Ya kak?”

“Waalaikummusalam. Fatimah, awak free tak sekarang? Bro Zaki nak jumpa awak sekarang kalau boleh, sekali dengan Muhaimin,”

“Em, kenapa ya kak?” aku bertanya. Hati sudah mula berdebar-debar. Aku berbau masalah.

“Takpe awak datang je dulu ya. Akak nak terang kat sini pon susah,”

“Okay akak. Tapi saya solat dulu ya? Sekejap sahaja kan? Sebab petang ni saya kena masuk lab,”

“Ya baik dik. Datang dulu ya,”

“Okay, insha Allah kak,”

“Korang aku gerak dulu ek. Kak Yat call la, kate bro Zaki nak jumpa aku kat office. Nanti apa-apa aku cerita baliklah ya,”

“Okay okay. Ko bawak banyak bersabar ya,” atie berpesan.

Aku mengangguk perlahan dan berlalu.

‘Ali, please reply mesej,’ hati kecilku berbisik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku masuk ke dalam office of student centre.

“Assalamualaikum,”

Muhaimin, bro Zaki dan kak Yat sudah sedia duduk di sofa berhdapan dengan pintu masuk itu.

“Waalaikummusalam Fatimah. Sila-sila duduk,” bro Zaki menyapaku mesra.

Dengan sopan dan perlahan aku melabuhkan punggungku sebelah kak Yat. Kami sempat berbalas senyuman.

“Kenapa ni kak, bro Zaki?” aku bertanya jujur.

Sempat aku mengerling ke wajah Muhaimin yang tenang.

“Okay mungkin awak dah tahu pasal tweet yang memburuk-burukkan SRC kan?”

Aku mengangguk kepala perlahan. Betapa berdebarnya hatiku saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

‘Allah, kenapa ni? Bro zaki dengan kak Yat macam serius je,’ hatiku berdetik.

“Benda tu sekarang ni dah tersebar sampai uia Gombak dah. Dah jadi isu besar dah kat sana sekarang. Saya pon tak sangka benda ni boleh merebak dengan cepat dan memberi impak yang besar sampai macam ni. Nampaknya budak yang tweet tu memang ramai follower. Jadi yang tak kenal kamu pon terikut-ikut percaya dengan apa yang dia propa,”

“Diorang mempersoalkan kredibiliti SRC. Jadi yang kenanya SRC secara keseluruhan,” bro Zaki menambah lagi.

Bro Zaki itu adalah pegawai yang menjaga hal ehwal pelajar di UIAM Kuantan. Kebanyakan persatuan dan kelab, dia adalah penasihatnya.

“Bro tahukan apa yang dia tweet tu semua tak betul?” aku bertanya bersungguh kepada bro Zaki. Mana boleh main, ini melibatkan maruah.

Dia mula mengangguk-angguk perlahan.

“Ya, saya tahu. Amin dah cerita semua pada saya,”

“Lepas tu, tak kan tak ada apa yang kita boleh buat untuk membetulkan kesalah fahaman ni bro? Saya ni perempuan, saya ada harga diri. Lagipon tak adil untuk semua menghukum hanya dengan tweet kosong yang langsung tak beserta dengan bukti,” luahku dengan nada yang tidak terkawal lagi. Aku merasa diri sungguh dizalimi.

“Kalau ikutkan hati saya, memanglah saya nak saman je budak yang buat cerita tu. Saya kenal awak, saya kenal Muhaimin ni. Tapi, ini bukan rancangan melodi. Kita kena handle ni dengan berhati-hati, tak boleh main sembur macam apa yang dia buat. Kalau tak, things can get worse,” bro Zaki menambah lagi.

“Then, apa suggestion bro Zaki?” aku bertanya.

“Inilah yang kita nak bincang. Kalau awak berdua perasan, menda ni tak besar mana pon kat sini kan sebab most of them know both of you. But things are different in Gombak campus. Those yang memang tak suke dengan lineup SRC 13/14 ni, memang guna kaw kaw point ni tuk bash SRC. Now, deputy rector of student affair pon dah look into this case now. Well you guys maklum kan, ini international Islamic university, benda-benda khalwat memang tak ada toleransi,”

Aku merenung ke arah pintu. Dah tersebar sampai kampus Gombak? Jadi Ali Haidar pon mungkin dah dengar pasal ni? Dia percaya ke? Ah, kusutnya!!


 Bersambung..