Aug 2, 2014

Bab 19 DAFDAA

Pagi itu aku bangun seperti biasa dengan mood yang ceria terlebih. Kata orang kalau kita memulakan pagi dengan baik, hari itu akan jadi lebih produktif daripada biasa. Tengah-tengah aku bersiap-siap untuk ke kelas, datang Ana menyapaku.

“Fatimah, semalam awak balik pukul berapa?”

“Eh, Ana. Tak ada kelas ke? Semalam lewat sket balik, meeting lambat habis. Dalam nak dekat pukul dua rasanya,” jawabku tenang.

“Awak meeting SRC ea?”

“Yup. Kenapa?” jawabku ringkas. Kenapa aku terasa seperti aku sedang di soal siasat.

“Hmmph,”

Aku mendengar Ana mengeluh. Dah kenapa?

Aku masih lagi bersabar menanti penjelasan daripada Ana.

“Macam ni, tadi saya ade bukak facebook. Ade orang share tweet pasal SRC la Fatimah,” Ana menerangkan satu persatu.

“Oh okay, tweet pasal apa? Siapa yang tweet?” aku bertanya tanpa ada syak wasangka.

“Ada isu kate ada SRC berduaan kat bilik meeting pagi-pagi,”

“What? Apa maksud awak?” tanyaku seakan tidak percaya tidak apa yang dikhabarkan Ana.

“Mmm, okay macam ni. Ada sorang junior ni, dia tweet, sound SRC. Katanye SRC ni bajet je baik bla bla bla, tapi kantoi jugak berdua-duaan kat student centre kol 2 pagi. Lepas tu heboh la beritu tu. Awak faham-faham je la, gossip kat twitter tu tersebar laju dia macam kelajuan cahaya,”

“Astargfirullah. Siapa yang buat cerita ni?” aku terduduk sambil menggeleng-gelengkan kepalaku apabila mendengar berita itu.

“Tapi yang lebih parahnya Fatimah, kat situ dia ada sebut presiden dan setiausaha SRC,”

“Innalillah, musibah apa ini ya Allah? Maksudnya SRC yang dia maksudkan berdua-duaan tu, saya lah?” tanyaku lagi, inginkan kepastian. Aku seakan betul-betul tidak percaya kejadian semalam boleh menimbulkan fitnah sekian rupa.

Ana mengangguk-angguk kepalanya perlahan-lahan.

“Sebenarnya apa yang terjadi Fatimah? Kenapa dia boleh tweet sampai macam tu? Awak pon tahu kan, admin pon kadang-kadang ambil tahu apa yang terjadi kat laman sosial,”

Aku merasakan kelopak mataku panas. Allah.

“Awak percaya ke saya nak buat perkara yang tak elok Ana?”

“Mestilah saya tak percaya, awak kan sahabat saya. Saya kenal sahabat saya. Sebab tu saya tanya, apa yang sebenarnya terjadi?”

“Semalam kiteorang meeting sampai pukul 1.30 pagi, tapi on the way balik, baru saya perasan yang saya tertinggal fon. Itu sebab saya patah balik. Kebetulan Amin tak balik lagi masa tu. So, dia adalah kat dalam bilik meeting tu,” aku menerangkan dengan perasaan sebak.

“Oo so macam tu rupanya cerita dia. Jadi maksudnya ada orang lain lah kat situ kan semalam, kalau tak takkan dia nampak pula kan. Haa apa pula yang dia buat sampai pukul dua pagi kat situ?”

Ana menghemburkan soalan yang masuk logik akal.

Aku mengemaskan kembali emosiku, dan mula menghadam pertanyaan Ana.

“Jap, siapa yang tweet tu? Eh, jap. Saya ada kelas ni. Nanti kita sambung balik ya. Dah lewat ni,”

“Okay okay. Awak kuatkan hati ya. Jangan risau, orang lain pasti tak percaya fitnah tu. Insha Allah,”

Aku membalas Ana dengan senyuman. Namun dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu. Aku sama sekali masih tidak boleh menerima berita itu dan aku berasa malu untuk bertemu semua orang. Pasti berita itu sudah heboh merata-rata. Itulah kuasa internet.

Kepala otakku terus ligat berfikir, aku mempunyai musuhkah? Kenapa dia sampai hati melemparkan fitnah yang sebegitu rupa kepada aku?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Assalam”

Aku menaip mesej lalu aku tekan butang send. Ali ni dari semalam tak ada mesej aku, ke saje nak tunggu aku mesej dulu?

“Fatimah, aku pon memang panas baca tweet budak tu semalam. Teruk jugak die kena hentam kat twitter. Suka-suka dia je main sound SRC macam tu, dah la junior,” Atie berkata-kata dengan berapi-api sambil menyuapkan nasi putih ayam masak merah ke dalam mulutnya.

Aku dan kawan-kawan sekelasku ramai-ramai makan tengah hari di cafe. Memang betol, semua orang dah tahu tentang isu aku dan Muhaimin. Terkejut aku bila semua kawan-kawan serbu aku bila aku sampai di kelas pagi tadi. Dunia sekarang dunia laman sosial. Berita pon boleh tersebar sepantas kilat!

“Sebenarnya, apa yang dia bagitahu kat twitter?” tanyaku inginkan kepastian.

“Dia kata, SRC ni bajet je alim, baik, duk tegur orang sana-sini. Last last kantoi jugak berdua-duaan pagi-pagi kat meeting room,”

“Allah, sakitnya hati aku dengar,” aku meluahkan.

“Agaklah. Ko pernah bermusuh dengan dia ke? Apa cerita sebenarnya Fatimah? Tapi kalau ko tak cerita pon, aku langsung tak percaya dengan dia tu. Ko tu sume orang dah tahu, thiqoh, lemah lembut, pemalu, bini orang pulak tu. Pastu tambah pulak dengan ustaz Muhaimin tu. Orang hebat tu. Nak buat fitnah pon agak-agaklah pilih orang,” DJ pula menambah.

Nama sebenar Khadijah. Tapi kawan-kawan semua panggil DJ. Nama glamour.

“Semalam memang kiteorang meeting sampai lewat malam. Duk bincang pasal orang luar yang datang buat program kite tapi pakai short dengan skirt pendek je tu. Takkan lah kiteorang nak berdiam diri je tengok benda tu kan. Tapi masalahnya, on the way balik tu aku baru perasan tertinggal fon kat bilik meeting. Aku pon patah balik  amek. Kebetulan, masa tu Amin sorang tak balik lagi dari bilik meeting tu,”

“Pastu apa plan ko?” Atie pulak bertanya.

“Entahlah, aku rase nak balik amek air smayang, solat sunat banyak rakaat sket, pastu berdoa banyak-banyak kat Allah biar dia kena jatuh longkang ke apa ke?” jawabku selamba.

Pecah tawa kami semua.

“Tapi kan Fatimah, ada jugak lah yang otak mereng duk percaya ape yang budak tu tweet. Yang sokong budak tu. Kiteorang dah habis hentam dah dia. Tapi faham-faham lah, keyboard warrior, pakar analisis internet ni yang ramai,” Adibah pula meluahkan.

Aku diam. Tak larat nak fikir. Aku cuma berharap masalah ni tak berlarutan dan tak menimbulkan masalah yang lebih besar selepas ini.

Aku mula menarik telefon pintarku. Tiada balasan mesej dari Ali. Semalam pon dia tak ada call juga. Hati ku mula rasa tak senang. Selalunya cepat saja balas mesej dari aku. Patutkah aku call dia? Call je lah, suami sendiri juga kan.

Tak sempat aku nak telefon Ali Haidar, telefon ku berdering. Panggilan dari kak Yat dari office student centre. Kenapa pula kak Yat telefon aku?

“Assalamualaikum. Ya kak?”

“Waalaikummusalam. Fatimah, awak free tak sekarang? Bro Zaki nak jumpa awak sekarang kalau boleh, sekali dengan Muhaimin,”

“Em, kenapa ya kak?” aku bertanya. Hati sudah mula berdebar-debar. Aku berbau masalah.

“Takpe awak datang je dulu ya. Akak nak terang kat sini pon susah,”

“Okay akak. Tapi saya solat dulu ya? Sekejap sahaja kan? Sebab petang ni saya kena masuk lab,”

“Ya baik dik. Datang dulu ya,”

“Okay, insha Allah kak,”

“Korang aku gerak dulu ek. Kak Yat call la, kate bro Zaki nak jumpa aku kat office. Nanti apa-apa aku cerita baliklah ya,”

“Okay okay. Ko bawak banyak bersabar ya,” atie berpesan.

Aku mengangguk perlahan dan berlalu.

‘Ali, please reply mesej,’ hati kecilku berbisik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku masuk ke dalam office of student centre.

“Assalamualaikum,”

Muhaimin, bro Zaki dan kak Yat sudah sedia duduk di sofa berhdapan dengan pintu masuk itu.

“Waalaikummusalam Fatimah. Sila-sila duduk,” bro Zaki menyapaku mesra.

Dengan sopan dan perlahan aku melabuhkan punggungku sebelah kak Yat. Kami sempat berbalas senyuman.

“Kenapa ni kak, bro Zaki?” aku bertanya jujur.

Sempat aku mengerling ke wajah Muhaimin yang tenang.

“Okay mungkin awak dah tahu pasal tweet yang memburuk-burukkan SRC kan?”

Aku mengangguk kepala perlahan. Betapa berdebarnya hatiku saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

‘Allah, kenapa ni? Bro zaki dengan kak Yat macam serius je,’ hatiku berdetik.

“Benda tu sekarang ni dah tersebar sampai uia Gombak dah. Dah jadi isu besar dah kat sana sekarang. Saya pon tak sangka benda ni boleh merebak dengan cepat dan memberi impak yang besar sampai macam ni. Nampaknya budak yang tweet tu memang ramai follower. Jadi yang tak kenal kamu pon terikut-ikut percaya dengan apa yang dia propa,”

“Diorang mempersoalkan kredibiliti SRC. Jadi yang kenanya SRC secara keseluruhan,” bro Zaki menambah lagi.

Bro Zaki itu adalah pegawai yang menjaga hal ehwal pelajar di UIAM Kuantan. Kebanyakan persatuan dan kelab, dia adalah penasihatnya.

“Bro tahukan apa yang dia tweet tu semua tak betul?” aku bertanya bersungguh kepada bro Zaki. Mana boleh main, ini melibatkan maruah.

Dia mula mengangguk-angguk perlahan.

“Ya, saya tahu. Amin dah cerita semua pada saya,”

“Lepas tu, tak kan tak ada apa yang kita boleh buat untuk membetulkan kesalah fahaman ni bro? Saya ni perempuan, saya ada harga diri. Lagipon tak adil untuk semua menghukum hanya dengan tweet kosong yang langsung tak beserta dengan bukti,” luahku dengan nada yang tidak terkawal lagi. Aku merasa diri sungguh dizalimi.

“Kalau ikutkan hati saya, memanglah saya nak saman je budak yang buat cerita tu. Saya kenal awak, saya kenal Muhaimin ni. Tapi, ini bukan rancangan melodi. Kita kena handle ni dengan berhati-hati, tak boleh main sembur macam apa yang dia buat. Kalau tak, things can get worse,” bro Zaki menambah lagi.

“Then, apa suggestion bro Zaki?” aku bertanya.

“Inilah yang kita nak bincang. Kalau awak berdua perasan, menda ni tak besar mana pon kat sini kan sebab most of them know both of you. But things are different in Gombak campus. Those yang memang tak suke dengan lineup SRC 13/14 ni, memang guna kaw kaw point ni tuk bash SRC. Now, deputy rector of student affair pon dah look into this case now. Well you guys maklum kan, ini international Islamic university, benda-benda khalwat memang tak ada toleransi,”

Aku merenung ke arah pintu. Dah tersebar sampai kampus Gombak? Jadi Ali Haidar pon mungkin dah dengar pasal ni? Dia percaya ke? Ah, kusutnya!!


 Bersambung..

No comments:

Post a Comment