“Eh
kau okay ke ni? Termenung jauh nampak?” tanya Rizman kepada sahabat karibnya,
Ali. Jauh sungguh dia melihat Ali termenung hari ini. Macam semua yang dia
cakap masuk telinga kanan keluar telingar kiri Ali.
“Em,
eh. Kau cakap dengan aku ke? Eh, aku okay, aku okay. Kenapa nampak aku macam
orang sakit ke?
Ali membalas pertanyaan Rizman dengan soalan kembali.
“Tak
adalah aku tengok jauh je kau termenung. Dari pagi tadi lagi. Kenapa? Mengidam
nak makan mee mamak ke? Ke teringat kat anak dara orang?”
Bukanlah
Rizman nak busybody, tapi dia sendiri terganggu melihat sahabat dia ini asyik
termenung. Macam roh dah keluar dari jasad.
“Dah
tadi kelas boring, belajar teori. Saje je la aku duk berangan sket. Tak ade apa
lah,” jawab Ali ringkas.
“Suka
hati kau lah Li. Neh aku gerak dulu, sakit perut ni. Nanti kau tolong beli
dinner untuk aku eh,”
“Lah
kau yang sakit rupanya. Makan nasi basi ke weh? Haa, okay. Insha Allah.
Macam-macam lah kau ni,”
“Haa
lah. Tak nak membazir punya pasal. Haduh, padahal aku dah baca bismillah.
Okaylah, takleh lama-lame ni, kang terkeluar kat sini. Blah lu. Kau tu pon, tak
payah nak termenung lama-lama. Termenung lame-lame pon tak selesai masalah
jugak bro,” sahut Rizman sambil melangkah jauh dari Ali Haidar dan menuju ke
parking motor.
“Kenapa
selama ni kau makan baca tak baca bismillah ke? Hapelah,” Ali mengumam sendiri.
Setelah
solat asar berjemaah di masjid uiam Gombak, dua sahabat itu ambil angin, lepak-lepak
di depan masjid sebelum pulang ke asrama. Kebetulan hari ini kelas habis awal.
Terbit
satu senyuman nipis di bibir milik Ali Haidar. Betul jugak kata Rizman, duk
termenung pon takkan selesai masalah. Kalau ikutkan hati, memang perasannya
bergelojak marah, cemburu tetapi akalnya menghalang dirinya untuk bertindak
mengikut nafsu.
Ali
Haidar mula bangun dan berjalan ke arah swift hijau miliknya. Di dalam kereta,
telefon yang telah disilentkannya dari tadi, dibeleknya mesej yang diterima. Dia
menatap mesej kiriman isterinya yang tercinta dengan mata sayu yang sarat
dengan kasih sayang.
‘Walaupon
hati abang ni sakit sampai abang rasa nak merajuk dengan sayang, tapi sebab
abang dah janji untuk jadi bestfriend dan sentiasa ada untuk sayang, abang akan
tunaikan janji abang,’
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Aku
sudah terbungkang di atas katil. Hari ini aku pulang awal ke asrama. Aku hanya
turun padang sekejap untuk mengedarkan flyers berkenaaan etika kod pemakaian di
uia kepada orang luar yang membuat program di sini.
Tengah-tengah
aku mengedarkan flyers, ada juga aku dengar suara-suara yang bercerita
tentangku. Makin berlama-lama aku di situ, boleh sewel agaknya aku. Itu pasal
aku ambil keputusan untuk balik awal ke asrama. Tak menahan, kalau ya pon nak
mengumpat aku, biarlah betul-betul belakang aku, sampai aku tak dengar. Ini,
sebijik sebijik aku dengar, mahu tak demotivated aku.
Ya
Allah, di perjalanan menyampaikan agamaMu pon ada berselirat ujian dan dugaan.
Mungkin ada hikmah besar di sebalik semua ini.
Aku
cuba memaksa kelopak mataku untuk tutup, namun tak sampai 5 minit kembali
terbuka.
“Haih,
tak boleh jadi ni,” aku bangun dari katil. Tak senang duduk. Rasa seperti orang
teraniya yang tidak mendapat keadilan. Nak menjerit, nanti orang ingat mental
pulak.
“Ya
Allah, pada siapa aku nak luah supaya hati ni rasa tenang sikit ya Allah,” aku
mengadu sendirian. Perlahan. Nak telefon polis, tak tahu nak report apa. Nak
telefon lawyer tak ada nombor, nak telefon bomba, tak ada kena mengena!
Tiba-tiba
ringtone telefon milikku berdering dan laju telefon itu hinggap di telingaku.
Ali Haidar!
“Assalamualaikum,”
aku bersuara lunak memberi salam.
“Walaikumussalam.
Sayang..,” aku mendengar Ali memanggilku.
“Ya?”
“ Awak okay?”
“Kenapa
awak tak reply mesej saya?” aku bertanya sambil batinku menjerit ‘mestilah aku
tak okayyy!!!!’
“Saya
tak perasan tadi,”
“Okay,”
Dalam
hatiku, ‘tak perasan??! Sampai hati tak perasan mesej aku,’
“Okay
yang mana ni?” tanyanya lagi.
“Okay,
okay jelah. Apa maksud awak?” tanyaku pula, keliru.
“Okay,
okayyy ke? Okay saya tak perasan awak mesej?”
“Erk?
Okay sahaja,”
Kening
aku dah mula berkerut. ‘Apa dia ni?’
“Maksudnya
awak okay lah ni?”
Aku
tarik nafas, hembus. Kalau ada kamus dewan bahasa dan pustaka ni, aku dah cari
dah definisi sebenar perkataan ‘okay’. Dah kenapa Ali suka sengat dengan
perkataan ‘okay’ ni.
“Okayyyyyy,”
aku menjawab panjang.
“Saya
ingat awak tak okay tadi, itu yang saya telefon. Kalau macam tu, tak pelah.
Bye..” Ali berkata-kata.
Gulp.
Now I get his point!
“Tak,
saya tak okay!” aku pantas membalas, bimbang dia mematikan telefon.
“And
why is that dear? Saya ada kata awak boleh cerita apa saja dengan saya kan. I
will be your best listener,”
Lega
apabila suaranya masih di talian. Hatiku berbisik, ‘Macam mana nak start? Mesti
dia dah dengar kan? Dia marah tak? Apa yang dia fikir? Dia tak percaya kan? Ish, banyaknya soalan!’
“Saya
kena fitnah,” pendek dan bersepadu aduanku.
“Okay,
cik. Bila dan di mana kalau boleh saya tahu kejadian itu berlaku,” tanyanya
dengan lagak seperti inspektor polis.
‘Eh,
dia ni main-main ke apa?’
“Sorry,
bukan cik, puan,” aku membetulkannya.
“Oh
jadi cik puan dah kahwin? Maafkan saya salah panggilan. Jadi mari kita sambung
balik tadi, macam mana perkara ini boleh terjadi cik puan?”
Nak
tergelak aku mendengar ajukannya yang tak berapa nak menjadi. Cik puan pon
boleh.
“Bila
tu, terjadi lepas saya ada mesyuarat dengan organisasi perwakilan pelajar
universiti. Di mana, di bilik mesyuarat,”
“Mungkin
itu berlaku sebab cik puan tak bagitahu kat suami cik puan yang cik puan nak
pergi mesyuarat,” sambungnya selamba.
Aku
terkesima. Tak bagitahu? Sungguh, seingat aku, aku dah minta izin dengan dia.
“Encik,
awal-awal lagi saya sudah minta izin dengan suami saya cik,” aku cuba membela
diri aku namun masih dengan gaya aduan kepada inspektor polis.
“Tak
ada cik puan. Suami cik puan tak ada terima apa-apa mesej atau call pon dari
cik puan,”
Mukaku
biru. Aku silap send ke?
“Mungkin
di whatsapp encik?”
“Oh,
awak ada whatsapp saya?”
Okay,
ini perbualan serius. Apabila Ali Haidar sudah keluar karektor.
“Ya,
ada. Awal-awal lagi saya dah minta izin awak,”
“Ya
Allah, kenapa tak bagitahu awal-awal? Saya ingatkan awak tak bagitahu saya yang
awak ada meeting. Terkejut bila saya baca pasal berita awak dengan Muhaimin tu,
nak marah pon ada,” jelas Ali Haidar
‘Jadi
betullah dia dah tahu,’ gumam hatiku.
“Awak
tak dapat whatsapp saya?”
“Internet
fon saya dah habis kuota, tak topup lagi hehe,”
“Awak
tak marah saya ke bila tahu cerita tu? Tak nak minta penjelasan?” aku bertanya,
keliru. Dia marah pasal tak bagitahu aku ada meeting ke dia marah pasal keluar
cerita macam tu tentang aku dengan Muhaimin?
“Awak
nak jelas pon boleh, tak nak pon boleh. Abang tahu isteri abang takkan buat
apa-apa yang tak elok,”
“Jadi
tadi awak cuma marah kalau saya pergi meeting tak minta izin awak?”
“Ya
lah. Maaf saya dah serkap jarang ya sayang,”
“Eh,
tak. Saya yang patut minta maaf sebab satu, cuai sampai boleh keluar cerita
macam ini pasal saya. Patutnya saya lebih jaga diri saya. Kedua, sebab saya tak
check yang awak dah receive belum mesej saya. Maafkan saya,” aku bersuara sayu
dan terharu. Sedikit terpujuk hatiku bila insan ini ternyata sedikit pon tidak
meraguiku.
“It’s
okay sayang. I know it’s been hard for you,”
“Macam
mana awak boleh percaya saya 100% bila semua orang percaya rumour tu?” aku
bertanya dengan suara tersekat-sekat. Tengah menahan perasan yang membuak. Perasan
seperti cahaya keadilan kembali cerah untukku.
“Awak,
kalau awak nak tahu, semua orang tak percaya pon berita tu. Semua orang tahu tu
politik universiti semata-mata. Kalau ada orang bercakap-cakap belakang tu
biasalah sayang. Hot story, orang memang suka bawak mulut, bercerita walaupon
diorang tak sure pon kesahihannya. Ce kalau cerita mak cik cleaner bersih
toilet, takde pulak diorang nak bercerita walaupon memang dah terang terah
sahih mak cik tu bersih toilet. Diorang bercerita sebab diorang rasa best, itu
dah jadi perbuatan yang ikut nafsu. Awak jangan ambil pot sangat ya?”
Ya,
inilah kata-kata yang aku nak dengar dari tadi. Yang dapat menenangkan hati,
yang dapat mengembalikan semangatku. Daripada semua orang, aku dapat dengar
kata-kata ni daripada Ali Haidar. Petunjuk apa ini ya Allah?
Mungkin
Allah hendak tunjukkan kepadaku di sebalik kesusahan yang Dia beri, Dia juga
telah kirimkan seseorang yang boleh membuatkan aku lebih teringat kepadaNya. Supaya
aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, terutamanya insan bernama
suami ini.
Terima
kasih ya Allah.
“Awak
kalau esok saya nak pergi jerit kat mana-mana, awak izinkan tak?” aku bertanya.
“Haha,”
aku terdengar gelak kecilnya di hujung talian.
“Kalau
itu boleh membuat awak lebih tenang, saya izinkan. Tapi jangan jerit kat tepi
telinga roommate pulak. Nanti tak pasal-pasal kena masuk court atas tuduhan,
nuisance,” sempat Ali Haidar mengusik.
“Kalau
saya jerit kat sini, sekarang, boleh?” saja aku nak mengada-ngada sket dengan
suami sendiri. Heh.
“Eh,
jangan buat pasal sayang malam-malam ni. Tak pasal esok nanti saya kena jemput
awak kat hospital,”
“Hospital
apa?”
“Sakit
jiwa,”
“Haha,”
ketawa kami pecah bersama.
“Okaylah
sayang, pergi tidur sana. Kang esok tak terbangun,” sambung Ali Haidar.
“Terima
kasih awak. Terima kasih sangat,”
“My
pleasure,”
“Assalamualaikum,”
aku memberi salam.
Jawapan
salam dari Ali Haidar sebelum dia mematikan talian.
“I
miss you,” bicaraku setelah talian dimatikan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment