Aku
membuka aplikasi whatsapp di telefon pintarku. Sudah lama telefon pintarku tak
dapat line internet. Banyak conversation whatsapp yang masuk sekaligus apabila,
wifi telefon pintarku dapat connection dengan iium-community line. Aku pantas
membuka group SRC 13/14. Anak mataku turun naik sekali dengan gerakan jari
telunjukku di skrin sentuh telefonku itu.
Muhaimin:
Bila agaknya kita boleh buat meeting? Seeloknya secepatnya sebab nak tangguh
perkara ni pon tak elok jugak.
Sarah:
Akak setuju. Elok kita bincang depan-depan perkara ini. Sebab ini pon
melibatkan nama universiti kita.
‘Amboi
kencang betul diorang berwhatsaapp,’ sembangku sendirian di dalam hati. Banyak
betul conversation group yang aku tak sempat baca. Ni apa cerita pula kena buat
emergency meeting ni?
Aku
mula menaip, untuk turut serta dalam perbualan itu.
Aku:
Kenapa ni akak? Sori, saya baru boleh bukak whatsapp
Daniel:
Tengok cik kak Fatimah kita ni tertinggal kereta api.
Aku:
*Emoticon marah
Muhaimin:
Tak payahlah nak sakat Fatimah. Dia baru dapat wifi tu.
Amboi,
semua nak bahan aku ni.
Sarah:
Haha. Ni presiden awak nak buat emergency meeting ni. Fatimah free bila? Malam
ni okay?
Aku:
Saya insha Allah okay akak malam ni. Haip, mentang-mentang kita pengguna tegar
wifi uia -.-‘
Muhaimin:
Eh okay la tu. Pemimpin berjiwa rakyat ;)
Daniel:
Hehe itu lah. Rindu nak bergurau dengan cik kak Fatimah kita. Dah lama tak
nampak. Jangan marah J
Aku:
Yelah cik abang sekalian. Makanya, jadikah kita ada meeting malam ni?
Sarah:
Haha lawaklah korang ni. Macam mana Amin? Malam ni kah?
Muhaimin:
Saya okay. Yang lain macam mana, free?
Daniel:
Okay! Yang lain tak bukak whatsapp hehe
Muhaimin:
Alright, kalau macam tu malam ni meeting di bilik mesyuarat student centre. Jam
8 malam. Fatimah tolong spread mesej ya.
Aku:
Okay bos. Kalau boleh tahu sedikit agenda?
Sarah:
Ada benda yang berlaku kat sport complex tadi. Sebab tu kena buat emergency
meeting ni. Its hard to story here.
Daniel:
*Thumbs up
Aku:
Oraito. Understood. I will forward the message to all
Muhaimin:
Thank you semua
Aku
menongkat dagu. Melemparkan pandangan ke arah rak buku di hadapanku. Huh,ada
meeting pula malam ni, nak kena minta izin dengan Ali Haidar ni. Aku segera
menaip mesej ringkas kepada Ali Haidar di whatsapp.
‘Assalam
awak. Saya malam ni ada meeting dengan SRC family. Minta izin ya,”
Kemudian
aku tekan butang send. Lega satu dah setel. Kemudian aku mula menaip pula
forward mesej pemberitahuan meeting untuk aku hantar kepada family SRC yang
lain. Yang ini kena hantar kot sms, nanti kalau hantar kot whatsapp, kesian
pulak yang pesen susah nak dapat wifi macam aku ni.
Menjadi
setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar ni memang kadang-kadang buat aku tak
menang tangan. Kerja tak pernah habis. Sebab tu kadang-kadang, aku selalu
hypnosis diri untuk tajdid balik niat aku berorganisasi kerana Allah. Tak
adalah sia-sia aku berpeluh keringat bekerja untuk pelajar-pelajar lain.
Aku:
okay forward message dah setel. Insha Allah kalau takde aral, kite semua jumpa
malam ni
Muhaimin:
Nice job Fatimah. *thumbs up
Kemudian
aku tutup aplikasi whatsapp itu. Tak boleh layan lama-lama nanti tak siap kerja
yang lain. Dah alang-alang aku dah panjangkan kaki ke libarary ni, wajib untuk
aku siapkan literature review untuk projek akhir tahun aku.
Aku
mencapai pen kembali dan mula mencatat info-info yang berkaitan dalam
journal-journal yang aku baca dan cuba aku kaitkan mana yang boleh dengan
projek aku ini.
Setelah
siap semua, aku mula menulis segala rujukan yang telah aku gunakan. Nanti kalau
ada kekeliruan lagi, senang untuk aku rujuk semula pada masa akan datang. Aku
melihat jam di tangan. Sudah dekat pukul 7 malam.
‘Hmm
meeting pukul 8. Macam tak sempat je nak balik bilik. Aduh penatnya,’ aku
beraduh sendirian. Yelah schedule seharian aku penuh, memang busy gila. Pagi
tadi duduk dalam laboratory, buat sket labwork, petang duk perah otak pula di
libarary. Malam pula ada meeting. Kalau baca whatsapp tadi, macam serius. Harap-harap meeting tak lah sampai lewat malam sebab badan aku memang dah
sangat letih.
Setelah
siap berkemas, aku tangkas bangun dan berjalan menuju ke surau untuk solat
maghrib. Usai solat maghrib aku menadah tangan dan berdoa, tapi sebelum itu aku
berselewat dahulu ke atas jujungan Nabi SAW.
“Ya
Allah, Engkau ikhlaskan lah hatiku ini untuk berorganisasi keranaMu ya Allah.
Sesungguhnya jika ini yang Kau amanahkan untukku, maka Kau kuatkanlah aku untuk
memikulnya. Ya Allah yang Maha Pengasih, Kau jauhkanlah aku dari sifat riak,
takabbur dan segala sifat mazmumah yang lain dan janganlah Engkau bebani aku
dengan ujian yang tak mampu aku pikul. Amin ya Rabbal a’lamin,”
Aku
menekup tangan ke muka. Bestnya dapat meluahkan segalanya kepadaMu ya Allah,
Tuhan yang Maha Mendengar. Entah dari mana datangnya, tapi aku terus rasa
bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Student Representative
Council (SRC) itu setelah aku berdoa panjang kepada Rabbku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Allah,
dah pukul 1 pagi rupanya. Dah lewat kita ni,” Kak Sarah bersuara.
Aku
yang khusyuk tenggelam dalam kehangatan meeting yang membincangkan tentang
segelintir orang luar yang berprogram di universiti kami tapi tak mematuhi kod
etika pemakaian, malah hanya berskirt pendek, terkejut dengan kata-kata kak
Sarah.
Aku
terus mengerling jam tanganku. Allah, dah 1 pagi. Dah lewat ni.
“Macam
mana tuan presiden? Apa konklusi kita?” aku bertanya, memberi hint bahawa
meeting itu sudah harus dipendekkan. Tak elok sangat sister balik lewat malam.
Tambah lagi tempat kami meeting itu agak jauh dari asrama.
“Okay,okay
saya faham. Dah lewat ni. Esok pon masing-masing ada kelas kan? Jadi, kita akan
proceed dengan apa yang kita bincang tadi. Kita kena jaga nama baik university
kita. Sepatutnya orang luar faham dan hormat etika kod pemakaian di uiam ni
walaupon orang itu bukan islam,” Muhaimin menjelaskan panjang lebar.
“Masalahnya
yang berskirt pendek itu, orang melayu kita, orang Islam. Haisssh,” Daniel
menambah, tak puas hati. Senakal-nakal Daniel itu, tapi dia sangat ambil berat
perihal maruah diri wanita. Baginya aurat wanita itu harus ditutup sempurna.
“Okay,
takpe saya faham. Keluarga SRC saya semua da’e yang tegar. Amar makruf nahi
mungkar kan? Alhamdulillah. So, masing-masing masih ingat tugas masing-masing
yang kita dah bincang tadi kan? Insha Allah, kita approach diorang secara
berhemah. Yang penting saya nak kita semua jangan ikut emosi. Ingat, dakwah bil
hikmah. Berhikmah dan berdiplomasilah dengan mereka, insha Allah mereka akan
faham maksud kita. Jadi, memandangkan dah lewat malam ni, saya tutuplah majlis
kita surah tasbih kifarah dan selawat. Pada sister semua, hati-hati balik
asrama. Kalau boleh, konvoi pon boleh dengan jejeka-jejaka yang ada kat sini.
Semua ada transport kan?”
Masya
Allah, Muhaimin, tuan presiden memang bagus. Tak sia-sia aku menjadi salah
seorang family SRC ni kalau dipimpim dengan pimpinan first class macam si
Muhaimin ni.
“Okay,
terima kasih semua. Saya balik dulu ya. Aida dengan Lia balik dengan kak Sarah
ya? Jadi semua dah ada transport kan?” aku bertanya. Saje untuk pastikan semua
sister ada transport. Memang bahaya kalau balik jalan kaki pada waktu begini.
“Ya,
kiteorang balik dengan kak Sarah, alang-alang dah sama asrama dengan kak Sarah.
Semua dah ada transport kak Fatimah,” balas Lia dengan senyuman manis.
“Okay
kalau macam tu. Jomlah kita balik,”
“Fatimah,
jangan lupa minit mensyuarat ya,” Muhaimin menyapaku.
“Baik
bos, balik dulu ya,” aku segera membalas beserta senyuman nipis.
Dalam
perjalanan pulang ke asrama, aku meraba-raba beg sandangku.
“Mana
pula aku letak telefon ni? Tadi ada kat dalam beg ni. Tertinggal ke?”
Merasakan
yang takde telefonku di dalam beg, aku tak berpuas hati lalu aku memarkir
kereta di tepi jalan. Ku cari telefonku dengan lebih teliti di dalam beg, juga
di dalam kereta, takut-takut terjatuh di bawah. Namun masih tak ada.
“Rasa
memang tertinggal ni, tak ada kat sini. Aduh. Macam mana ea? Nak balik bilik
meeting ke ambil? Takut ke tak ek? Dah pukul berapa ni?” aku berkira-kira
sendiri sambil melihat jam di tangan. Dah 1.30 pagi dah. Nanti kalau tak ada
fon susah juga, takut Ali cari-cari aku ke, bimbang aku tak balik lagi ke.
“Kalau
nak patah balik ambil fon, baik aku patah balik sekarang. Nanti kalau cofuse
lama-lama, makin lewat pula jam ni. Okay, kita patah balik amek fon,” aku
bertekad untuk patah balik amek fon di bilik meeting.
Aku
terus u-turn, dan berpatah balik ke bilik meeting. Nak ajak sapa-sapa teman,
takut menyusahkan. Jadi aku hanya bertawakal kepada Allah. Insha Allah tak ada
apa-apa. Sampainya aku di situ,aku melihat lampu di bilik meeting itu masih
terang. Seakan-akan masih ada orang di situ. Mungkin ada yang belum pulang, aku
membuat konklusi. Aku mempercepatkan langkahku ke arah bilik meeting itu.
Alhamdulillah lega, rupanya Muhaimin masih lagi di situ dengan laptopnya. Tak
balik lagi rupanya tuan presiden ini. Mujurlah masih ada manusia di situ, reda
sedikit debaran di dadaku.
“Amin,
tak balik lagi ke?” aku menyapa dari belakang.
“Masya
Allah terkejut saya Fatimah. Bagi lah salam dulu kalau ya pon,” balas Muhaimin
sambil mengurut-urut dadanya.
“Haha,
sorry sorry,” aku tergelak kecil melihat wajah terkejut Muhaimin.
“Kenapa
tak balik lagi ni?”
“Tertinggal
telefon ni ha. Alhamdulillah, memang ada kat sini,” aku menjawab sambil
mengambil telefon ku yang ternyata memang tertingggal di atas meja.
“Hish,
awak ni Fatimah berani sangat datang amek kat sini sorang-sorang. Bahaya tau,”
Alamak
kene bebel dengan tuan presiden pula. Aku tahu presiden wakil pelajar UIAM itu
memang seorang yang sangat prihatin.
“Saya
tahu, tapi kalau tak ada telefon ni susah jugak saya. Jadi saya tawakal je lah
datang ambil. Kebetulan ada Amin kat sini, saya bersyukur gila. Kalau tak seram
sejuk jugaklah rasanya. Tak apalah dah lewat ni, saya balik dulu lah ya,”
“Eh
kejap-kejap. Sekalilah kita balik. Motor saya pon kat depan tu. Bahaya juga
awak jalan sorang-sorang nak keluar nanti,” Muhaimin menambah.
“Emm,”
balasku sambil melihat ke luar. Gelap. Hanya ada lampu di depan sana saja yang
terbuka. Menakutkan juga, macam manalah aku boleh jalan seorang diri tadi.
“Ok
juga. Kenapa Amin tak balik lagi?” balasku bersetuju dengan cadangannya setelah
menimbang tara baik dan buruk. Aku tahu aku tak boleh berduaan dengan dia, tapi
dengan keadaan sekarang, kalau aku seorang diri, bimbang juga boleh mudharatkan
diri aku. Tengok keadaan macam bahaya je, dahla gelap.
“Tadi
duk setelkan kerja ni tadi. Malas nak bawak balik bilik. Ok dah siap kemas, jom
kita,” Muhaimin mengajak.
“Jadi
kerjanya dah siap belum?” aku bertanya sambil kami beriringan keluar dari bilik
meeting itu.
“Belum
lagi. Tapi tak apalah. Nanti kalau saya bagi awak jalan sorang-sorang, jadi
apa-apa, susah pula kiteorang tak ada setiausaha nanti,” balasnya bergurau.
“Amboi
sampai ke situ. Haha,”
“Dah
tu berani sangat. Mana kereta Fatimah?”
“Tu,”
jawabku sambil mengangkat jari telunjukku ke arah viva putih milikku.
“Okay,
terima kasih ya tuan presiden. Jasamu dikenang,” tambahku sambil mula mengorak
langkah ke vivaku.
“Okay,
my pleasure. Hati-hati,” Muhaimin menjawab tenang.
Lalu
aku terus menghidupkan enjin dan pulang ke asrama.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment