Feb 10, 2014

Bab 12 DAFDAA

Kisah lapan tahun yang lalu.

September 2005

“Fatimah, kau terpilih tak masuk choral speaking tu?”

“Hehe, terpilih laa. Tengok orang laa,” Fatimah membalas bangga.

“Haha. Berlagak! Aku pon dapat jugak. Tapi kau tahu tak, pertandingan tu buat kat MRSM kita je. Haha,” Syafinaz membalas dengan ketawa yang terburai. Agaknya pemilihan MRSM mereka sebagai tuan rumah untuk pertandingan choral speaking kali ini kebetulan yang sangat menggelikan hati.

“Hah? Kat MRSM kita je? Hahaha,” kini Fatimah pula mengambil giliran untuk ketawa berdekah-dekah.

“Sungguh sarkastik ketawamu Fatimah,” Syafinaz membalas dengan ketawa yang masih tersisa.

“Time kita tak masuk dulu, punyalah pergi sampai MRSM Langkawi! Tup tup, bila kita masuk, arey arey arey, dekat MRSM sendiri je,” Fatimah masih dengan mood sarkastiknya.

Mendengar jenaka tamil Fatimah, peti suara Syafinaz pecah dengan ketawa yang terbahak-bahak. Macam-macam lah kau Fatimah.

“Hoi, Paddayappa! Jangan lah buat aku gelak sampai nak pecah perut,” Syafinaz menepuk-nepuk bahu Fatimah.

“Takpe lah Pinut oi, redha je lah kita. Haha. Tu lah kau, niat dah tak betul dah. Patutnya masuk sebab nak mengharumkan nama MRSM kita di persada MRSM-MRSM sedunia. Ni tak, tahu nak jalan-jalan je, nak enjoy je,” sedebuk. Amek kau Fatimah bagi lecture free. Sape pon tak nak dengar.

“Kau paku dulang paku serpih!” Syafinaz menghemburkan peribahasa spontannya.

“Wow. Nanti mase exam penulisan BM boleh aku guna peribahasa kau, masukkan kat dalam karangan. Nampak ganyanya 8A lah PMR aku tahun depan. Hehe,”

“Kan, untungkan kau kawan dengan aku,” balas Syafinaz sambil menampar lembut peha Fatimah. Ada sahaja modal Fatimah untuk mengenakannya.

“Sakitlah kakak!”
xxxxxxxxxx

“Psstt,”

“Psstt,”

Fatimah memandang sekeliling. Agendanya untuk menaiki tangga untuk ke kelasnya yang berada di tingkat 3 tergendala. Dia mencari-cari kelibat manusia. Belakang, depan, kiri, kanan. Haih, tak ada orang pon. Tak kanlah siang-siang nak ada hantu.

“Psst,”

“Psst,”

“Hai, nak main-main pulak dengan aku. Sembur Ridsect baru tahu. Orang dah lah nak cepat ni,” Fatimah merungut  perlahan.

Dia sebenarnya berhajat untuk mengambil skrip choral speakingnya yang tertinggal di dalam kelas.

Sekali lagi Fatimah memusingkan kepalanya 180 darjah. Gulp, tak ada orang.

“Ah, lantaklah,”

Fatimah sudah siap sedia untuk menukar lariannya dari gear 1 ke gear 5. Pecut sekuat hati! Mahu tak mahu dia masih harus mengambil skripnya di kelas. Sekurang-kurangnya dia boleh berlatih di asrama nanti.

‘Gila aku nak duduk seorang kat sini lama-lama. Dah la semua orang dah balik asrama. Eh, eh,  jangan la ingat cerita tuu,’ Fatimah mengomel sendirian. Mulalah semua cerita-cerita hantu berebut-rebut mahu mengulang tayang dalam mindanya. Masa-masa ni juga. Ish. Panjang Fatimah menarik nafas.

Sedang dia bersiap-sedia untuk mengambil lajak,

“Fatimah!,”

Mendengar namanya dilaung, Fatimah terus berpaling ke kiri. Dia melihat di suatu sudut, ada seorang pelajar lelaki. Nampak gaya macam pernah nampak wajahnya. Familiar. Em, tapi nama apa ek?

“Ceh, kau menyorok rupanya,” Fatimah bersuara perlahan. Lega, ternyata bukanlah hantu seperti sangkaannya. Kau ni pon Fatimah, agak-agaklah nak ada hantu siang-siang hari. Fatimah menjadi geli hati dengan jangkaannya ‘hantunya.’

Pelajar lelaki itu datang menghampiri Fatimah dengan malu-malu.

Okay, hantu hantu lah. Dia ni kenapa pula ni.

“Emir nak biodata kau,” dia mula bersuara apabila jarak kami dalam 1 meter.

Fatimah masih terpinga-pinga. Dia mengangkat jari telunjuknya dan diajukan kepada dirinya sendiri.

Pelajar lelaki itu tersengih-sengih kemudian mengangguk. Melihat dia mengangguk, Fatimah mula 
mengerutkan dahinya. Emir? Emm. Emir? Siapa Emir?

“Oh!” Fatimah bersuara.

Ya, baru Fatimah teringat. Ini la kot budak Emir yang Syafinaz pernah bercerita kepadanya. Emir budak kelas 2D. Rakan sekelas Syafinaz yang berkenan dengannya. Aish, memang betol lah dia nak mengorat aku ni.

Akhirnya Fatimah hanya tersenyum ala kadar dan terus memecut laju mendaki tangga di hadapannya. Malas aku layan!

“Heh, tak gentlemen langsung. Ada ke minta kawan yang mintakan biodata aku untuk dia. Batang hidung dia pon aku tak nampak,” Fatimah terus membebel sambil tangannya sibuk mencari skrip yang entah di mana dia letak.

xxxxxxxxx
“Pinatt,”

Fatimah terus menyerbu Syafinaz apabila dia mula tiba di dorm A32 itu. Dorm yang terkenal dengan dorm budak paling nakal dan kotor. Heh.

“Dah kau kenapa pulak ni? Macam baru lepas kena kejar ngan hantu je,”

Hah kau, tu dia konklusi Syafinaz. Tengok, budak asrama memang tak kan pernah berpisah dengan term ‘hantu.’ Nampak bayang-bayang sendiri kat lantai pon, dikatakan hantu agaknya.

“Weh, tadi aku jumpa dengan budak kelas kau tu. Eh apa nama dia ek? Aduh, aku tak tahu lah nama dia. Tapi dia tu kawan si Emir yang kau cerita tu kot,”

“Siapa?”

“Emm, Zul Ikram?” Syafinaz meneka rawak.

“Bukan, Zul Ikram tu aku kenal. Alah yang tinggi tingi rambut cacak tu,” aku cuba  memberi penerangan fizikal kepada Syafinaz.

“Budak kelas aku? Kawan Emir? Tinggi? Rambut cacak? Emm,” Syafinaz menaikkan mata hitamnya ke atas sambil menjuihkan bibir. Dalam benar berfikir tu.

“Hafiz?” suara Syafinaz meninggi apabila dia yakin tekaannya menepati sasaran.

“Hoi, agak-agaklah suara kau tu. Ha ah la kotnye. Tinggi, rambut cacak gelap sikit. Ye la tu kot dia,”

“Dah kenapa dengan dia? Kau suka kat dia ea? Jangan kau, Emir kau nak letak mana,”

“Hish kau ni. Kalau tak jump to conclusion, tak boleh ea?”

“Hamboi kau, speaking bagai,” Syafinaz sengih-sengih sambil mengangkat ibu jarinya. Memberi thumbs up kepada Fatimah.

“Haha, tak payah nak thumbs up sangat. Macam ni cerita dia, tadi kan lepas sume orang dah balik sekolah, aku patah balik gi kelas sebab nak amik skrip choral speaking tu. Seram sejuk la jugak aku rasa sebab dah takde orang kot kat bangunan kelas kita tu weh. Dah la jauh dari orang,”

“Penakut kau mengalahkan adik aku yang lima tahun. Haha. Kan siang lagi tu,”

“Lek lu, tak abis cerita lagi..,”

“Ha ah, mana part si Hafiz tu nya?”

“Sabarlah, nak ceritalah ni. Yang kau potong aku tu kenapa?”

“Hehe, sorry sorry,”

“Lepas tu, molek molek aku nak bukak langkah nak naik tangga dekat kelas aku tu, ada suara buat psst psst doh,”

“Haha, si Hafiz tu ke?”

“Mana aku tak cuak, kepala aku dah berpusing 360 darjah dah. Tapi tak de orang pon kat situ. Rupa-rupanya mamat tu duk menyorok kat tepi dinding,”

“Fatimah, dalam imaginasi aku macam kau je hantu. Mana boleh manusia pusing 360 darjah,”

“Hiperbola. Alah cerita melayu hehe,”

“Haha, dah tu apesal dia takutkan kau? Motif?”

“Tu lah. Tahu tak dia buat apa? Dia datang kat aku and kata, si Emir tu nak biodata aku. Huhu,” Fatimah melanjutkan ceritanya.

“Alahai kau ni Emir, tak gentleman laa. Mintak la sendiri,”

“Kan?” Fatimah menyokong pernyataan Syafinaz.

“Pastu, kau cakap apa?”

“Aku blah macam tu je hehe. Malas nak layan,”

“Haha, sempoi. Melanga la kot si Hafiz tu. Tapi kesian pula kat Emir,”

“Kenapa pulak?” Fatimah bertanya innocent.

“Dah kau tak layan dia,”

“Nak kena layan ke?”

“Hehe tak delah. Aku tengok ko sesuai je dengan si Emir tu. Sama kecik sama molek,”

Mendengar kata-kata Syafinaz, Fatimah hanya menjuihkan mulutnya.

Pertama kali dalam ada lelaki yang meminatinya di MRSM itu. Ketika itu budaya couple ini memang menjadi trend di maktabnya itu. Fatimah sebenarnya tidak tahu apakah respon yang patut diberikannya kepada lelaki yang bernama Emir itu. Dia langsung tidak pernah mengenali Emir sehingga Syafinaz datang dan memberitahu yang Emir meminatinya. Namun, jauh di benaknya, Fatimah mengakui hatinya sebenarnya berbunga indah kerana ternyata ada orang yang memberi perhatian kepadanya selama ini.

Namun begitu, dalam diam, sebenarnya ada seorang pelajar lelaki, juga rakan sekelas Syafinaz telah berjaya menangkap perhatian Fatimah. Dan, orang itu adalah seorang pelajar lelaki yang terkenal dengan kenakalannya, mempunyai ketinggian yang agak rendah di kalangan pelajar-pelajar lelaki namun jauh lebih tinggi dari Fatimah dan berwajah kiut-kiut gitu. Berperwatakan ustaz? Memang tak lah.

“Ali Haidar Hikayat Syah?”

Fatimah terus terbungkang melihat Syafinaz. Aik? Mana dia tahu?

“Apasal kau tengok aku macam tu?”

“Ke kenapa kau sebut Ali?”

“Hah? Ni ha, aku baca list nama kelas aku ni. Aku sebut nama semua orang kot. Asal kau dengar nama Ali je?”


Gulp. Fatimah menelan air liur.

Bersambung...

3 comments:

  1. terima kasih baby mio. sudi membaca, keep on reading ya :)

    ReplyDelete
  2. best. kalau ada masa singgah lah blog saya yg x seberapa ni --> http://luahankutintaku.blogspot.com/

    ReplyDelete