Mar 5, 2014

Bab 15 DAFDAA

Jarum jam saat berdetik dengan jelas di cuping telingaku. Aku mengerakkan badanku perlahan-lahan cuba untuk mencuri melihat waktu. Ternyata kini sudah jam 3.30 pagi. Sayup-sayup telingaku menangkap bunyi dengkuran Ali.

‘Amboi nyenyak benar dia tidur,’ hatiku berbisik.

Sepanjang malam yang sunyi itu langsung tak akan menyangka betapa meriahnya hati dan mindaku yang ditemani main layar memori zaman persekolahanku. Hingga jam demi jam, minit demi minit dan saat demi saat berlalu tiada ku sedar.

“Kruk, kruk”

Eh, bunyi perut aku ke tu?

Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil tanganku mengetuk perlahan tengkorak kepala sebelah kananku.

‘Dah lah tak boleh nak tidur, perut lapar pulak tu. Apalah nasib kau Fatimah. Tu lah duk diingat barang yang lepas. Dah la masa tu aku transform pon belum lagi,’ gumamku sendirian di dalam hati.

Aku merenung ke syiling putih. Mataku yang kurasa amat degil itu malam itu, kugosok perlahan-lahan.

Transformasi. Tiba-tiba terasa seperti Datuk Seri Najib sedang memberi ucapan 1Malaysia pula. Itu transformasi lain kot hehe. Transformasi ku bermula ketika aku di tingkatan 4, apabila aku berpindah ke salah sebuah MRSM bitara. Jangankan kata nak bercouple, segala solat sunat aku buat sepanjang aku menetap di maktab itu. Maklumlah cik kak, aku menjadi salah seorang Badan Agama dan Dakwah (BADAR) di maktab tu. Jangan tak percaya. Entah macam mana aku boleh jadi, aku pon kurang ingat. Tapi aku percaya usaha tarbiyah ustaz dan ustazah di sana telah berjaya menyentuh hati aku hingga aku mempunyai satu prinsip yang baru, yang aku masih pegang hinggalah ke saat ini.

Prinsip apa? Ehem. Tiba-tiba lagu UTC “Pusat Transformasi Anda” bermain di minda bayanganku. Eh.

“Tiada cinta sebelum kahwin,”

“Apa awak? Dah subuh ke?”

Erk. Did I just blurt that out? Bukan aku bercakap dalam hati ke? Cari nahas kau ni Fatimah. Nak beza cakap dalam hati dengan cakap kot mulut pon dah tak boleh dah? Parah.

Dengan gaya slow motion kuasa 10, aku cuba berpaling ke arah si dia yang bertanya tadi.

Hish, tadi kemain berdengkur. Takkan dah bangun kot?

Bila saja mataku jatuh ke arah suami bertuahku tadi.. okay, hidup kurang sepuluh tahun!

Temewek dia senyum ke arahku sambil badannya sudahpun mengiring ke arahku. Sejak bila di duduk di posisi macam tu? Jangan kata dari tadi dia memerhati aku yang tengah syok seorang duduk mengenang masa lalu ni.

Aku membalas senyumannya yang tersirat 1001 makna tu dengan senyuman kerut dahiku. Bukan aku tak tahu, gelakkan aku dalam hati la tu. Cakap, ekspresi muka apa yang aku tak buat tadi. Semua ada! Aish. Berperlahan-lahan aku bangkit dari tempat pembaringan itu. Emm, yup tempat pembaringan sebab kalau tempat tidur, tak adalah satu saat pon aku tak boleh lelap.

“Nak gi mana tu?”

Aih, dia bertanya lagi. Saje je tau. Tapi, nak ke mana aku ni ek? Nak gi solat subuh kot. Yup, yes, solat subuh. Dah pagi dah kan ni.

“Subuh?” sepatah aku menjawab tapi dengan nada paling perlahan dan paling tak meyakinkan di dunia. Kalau dalam interview nak dapat kerja, sah awal-awal kena reject.

“Haha,”

Aku mendengar Ali Haidar ketawa. Dah kenapa?

“Wak, baru pukul 4 wak. Takpe, jom kita tahajjud, nak?”

Hatiku yang membeku kerana sejuknya malam itu dan nipisnya selimut di rumah Ali itu serta merta menjadi cair. Serta merta. Bak kata Elisa dalam movie Disney Frozen, ‘Only the act of true love can thaw a frozen heart.’ Inilah kot dia!

‘Superr sweett’ bak kata Franky si tukang pembuat kapal kalau dalam versi animasi Jepun terkenal, One Piece pula.

Satu per satu patah kata dari Ali itu merangkak masuk dalam cuping telingaku ibarat bola-bola api dan lantas straight menusuk hati bekuku. Amboi, bola api bagai kau Fatimah.

Aku masih lagi tercegat berdiri sehingga Ali Haidar menarik tanganku. Dan kami mula menunaikan rutin wajib kami kepada Tuhan semesta alam, Allah Azza Wa jalla.

xxxxxxxxxxxxxx

Aku menongkat daguku di hujung meja. Ali pula sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil menonton cerita upin dan ipin di TV 9. Sengihku melebar apabila dialog terkenal “Betul.. Betul.. Betul..” dari Ipin itu diajuk oleh Ali berulang kali.

“Macam-macam,” gumamku.

Aku mula mengangkat kepala dan melemparkan pandanganku ke lauk pauk yang terhidang di atas meja. Puas. Tak sangka aku boleh juga menyiapkan juadah itu. Bukan senang tau. Pagi-pagi lagi lepas subuh, aku terus mencapai telefon dan mula mendail nombor emak. Minta resepi rahsia mak hehe. Nasib baiklah mak nak layan anak dia ni pagi-pagi, kalau tak tak adanya nak jadi nasi lemak Malisa a.k.a emak ni.

I feel triumph and victory everytime aku melihat lauk pauk yang terhidang itu.

‘Mak cikk- mak cikk, kakak-kakakk, pak cikk, abang long kawasan, kak long kawasan, taukey, aneyy semualah. Ni nasi lemak saya masak tau haha,’

Cang gitu. Haha.

Berpeluh tau nak siapkan, bukan sebab nak masak tu tapi sebab mainan minda yang kadang melumpuhkan neuron neuron keyakinanku untuk menghasilkan satu hidangan yang sempurna kepada ehem ibu dan papa.

‘Kalau nasi tak masak macam mana, kalau ayam hangit? Kalau rasa tak sedap? Macam-macam. Tapi Alhamdulillah, akhirnya Allah mudahkan. Thumma Alhamdulillah,’

“Okay, cukup. Tak payah nak berangan jauh sangat,” aku mengarah diriku tegas. Bukan boleh buat kira sangat, nanti entah ke mana-mana berangan.

Seiring itu aku bangun dan mencapai tudung saji plastik buatan Malaysia. Tudung saji itu aku letak di atas meja, cukup-cukup untuk menutup sambal nasi lemak, ayam goreng dan timun yang sudah dipotong bulat-bulat yang sudah terhidang di atas meja itu.

One done, one more to go,” aku berbisik perlahan sambil mengatur langkah ke arah Ali Haidar.

“Dah jam 9.30 ni, bila ibu dan papa nak sampai?” aku terus membuka bicara setelah aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Emm, tapi dengan jarak 1 meter.

Debar hatiku untuk berjumpa ibu dan ayah mertua, tak siapa yang tahu.

Ali Haidar terus mengalihkan pendangannya ke arahku. Yang tadinya khusyuk menonton Upin Ipin. Kemudian dia melihat jam di dinding.

“Agaknya dalam sejam lagi kot. Diorang bertolak sebelum subuh pagi tadi,” jawab Ali setelah aku melihat dia berkira-kira waktu perjalanan kedua orang tuanya dengan jari-jemarinya.

“Awak ada mesej diorang tak?”

“Saya dah telefon pon pagi tadi. Awak tak perasan sebab awak khusyuk sangat salin resipi dari emak,” bidas sambil mengeyitkan matanya ke arahku.

Aduh, kena lagi aku. Aku mencebik mulut tanda protes.

‘Mestilah nak masak untuk mak dengan ayah mertua kot. Kalau nak masak untuk awak sorang, saya main campak je semua bahan dalam kuali lepas tu kita main test rasa. Mana tahu kalau sedap, boleh patentkan resepi tu. Kalau tak sedap, hadap je lah,’ getusku di dalam hati.

“Haha, dah tak payah buat muka duckface. Meh duk tepi saya meh,”

Duduk tepi dia? Habis tu sekarang aku tengah buat apa? Duduk tepi dia lah ni kan. Maksudnya nak suruh dekat lagi ke? Malu ah.

“Nak ajak tengok Upin Ipin ke?” saja aku alih topik.

“Tak adalah. Nak ajak bincang hal dunia. Meh sini,”

Hamboi. Hal dunia. Tadi baru lepas ajuk ‘betul, betul, betul’ dari animasi Upin Ipin. Jauh bak langit dengan bumi kot bro. Heheh.

‘Awak, punggung saya berat. Tak leh bergerak,’ suara hatiku bergema. Agak-agak boleh tak cik abang kita ni dengar?

“Punggung berat ya? Takpe punggung saya ringan je. Biar saya yang gerak. Orang kata kalau berdua ada yang ketiga. Sebab tu kite kena rapat-rapatkan jarak. Nanti kalau orang ketiga duk kat tengah-tengah ni, macam mana?”

Sah dia ni ada kuasa psikik! Dengar pulak dia.

Tapi jap, falsafah siapa pula Ali Haidar ni guna sekarang ni? Sokrate ke Plato? Falsafah Greek kan? Sebab tak pernah dengar pula aku dalam Islam ada anjuran macam ni. Yang berdua orang ketiga tu, kalau lelaki perempuan yang tak ada apa-apa hubungan berdua-duaan. Yang ketiga tu syaitan. Ni dah laki bini. Saje dia ni.

Tubuhku mengeras, tangan dan kakiku terasa seram sejuk apabila pehanya bertemu dengan pehaku. Macam kenal sangat simptom ni. Dup dap dup dap. Mujur Ali tak dapat dengar degupan jantungku saat ini. Breath in breath out. Control Fatimah.

Ali menyandar ke belakang sofa dan menyilangkan kakinya. Tangannya menyambar mug nescafe dan dibawa ke bibir. Selamba.

Aku yang terkelip-terkelip tidak dapat menyembunyikan riak wajah ketatku. Badanku masih menegak dengan punggung hanya sedikit menyentuh sofa.

Selesai menghirup air milo yang aku buat itu, dia meletakkan kembali mug ke atas meja dan memperlahankan volume televisyen.

Badannya turut menegak dan dia berpaling ke arah aku.

Melihat tingkahnya, makin laju jantung ini berdegup. Haih, adalah dalam 150 km/jam.

Lalu dia menghulurkan tangannya. Lagaknya seperti ingin berjabat tangan denganku.

“Hai saya Ali Haidar. Boleh berkenalan?”

“Berr kee naa laan?” terpinga-pinga aku apabila dia melontarkan hasratnya untuk apa? Berkeenaalann? Buang tabiat mungkin.

“Cepatlah, lenguh dah tangan abang ni,”

Eh, dia buat muka kesian campur comel pulak. Nak tak nak, terpaksa aku sambut tangannya itu.

Kemudian, terus bibirnya mengukir senyuman.

Tangan hangatnya terus menggengam erat jari jemariku yang membeku, tiada darah itu.

“Saya tahu, apa yang ada dalam ingatan awak ketika ini hanyalah memori yang buruk saja tentang saya kan? Saya nak awak berkenalan dengan diri saya yang baru. Step by step, takpe. Hingga awak boleh terima dan percaya saya sepenuhnya,”

Now everything make sense. Patutlah kata ganti namanya berubah dari abang ke saya. Dari sayang ke awak. Tapi kejap abang kejap saya. Comel je. Rupanya-rupanya for my own goodsake.

Aku cuba menahan air mata dari menitis. Entah bila ia mula bertakung di kelopak mataku pon aku tidak tahu.

Tak mampu bersuara. Segalanya tersekat di kerongkong. Aku hanya mampu mengangguk-angguk kepalaku tanda terima kasih atas usahanya yang sentiasa memahami keadaanku.

Matanya menatap mataku penuh makna sehingga senyuman mula terukir semula di bibirnya.

“Okayy. Sekarang ni awak anggap je saya ni Ali Haidar yang awak kenal masa kat MRSM dan awak jumpa balik kat asasi UIA dulu, okay? Kan saya dah kata, kita memang ada jodoh, awak ingat lagi tak dulu?” suaranya kembali ceria sehingga aku pon terkena virus cerianya.

Aku mengangguk lagi. Dia membuka cerita ketika kami di pusat asasi UIA.

“Di mana ada Fatimah, di situ ada Ali. Sweet macam Saidina Ali dengan Saiditina Fatimah,”

Aku mengangguk lagi. Terharu apabila Ali mula menyebut nama dua insan kesayangan Rasulullah SAW itu.

“Eh, tapi awak ikut saya ke masuk UIA?” aku mula bertanya selesa.

“Perasannyee dia ni. Awak tu belajar kat MRSM bitara, saya langsung tak sangka akan jumpa awak lagi. Ye lah budak pandai kan. Kita ni harap nasib je boleh masuk UIA,”

Ali Haidar mula merendah diri. Aku pula semakin selesa.

“Banyaklah awak. Yang pandai orang lain, bukan saya,” aku berbasa-basi.

“Eleh, saya tahu awak tolak tawaran belajar oversea kan? Apa-apa pon, memang jodoh kita letteww,”

Itu dia gaya budak-budak gedik. Dah terpengaruh Ali rupanya dengan fenomena ewww. Ish ish.

“Inilah yang orang kata rosakkan bahasa ni. Inilah dia. Ewww,”

“Haha,” ketawa Ali pecah.

“Dengan isteri sendiri boleh kot,” Ali bernada manja. Naik meremang bulu roma aku!

‘Bolehkan aku percaya kepada Ali Haidar. Apa yang berlaku dahulu memberi pengajaran total kepadaku supaya tidak menaruh apa-apa harapan lagi kepada lelaki itu hinggakan aku unfriend dia di laman mukabuku ku,’ jelas hatiku berbicara sendiri. Melemparkan soalan yang tiada pilihan jawapan. Mana taknya, aku dah dapat title isteri Ali Haidar dah pon.

“Emm, awak tahukan apa yang ada dalam minda saya sekarang. Kenapa awak tak cerita je segala-galanya, bagi saya jelas dan dah tak fikir macam-macam?” teragak-agak aku bertanya. Soalan itulah yang selama ini membebankan otak dan fikiranku. Lega akhirnya aku mampu mengekpressikannya dengan bahasa mulut.
Ali kelihatan senyap seketika sebelum kembali bersuara.

“Kalau abang cerita semua, tak guna juga kalau sayang sendiri tak rasa semua tu. Action speaks louder than words dear. I really want things get back like before. How much I want it and how desperate I want it, you could never imagine. But, I’ve come to realize that, it has to start from zero again for us to be exactly like before. Kalau abang just cerita segalanya dan paksa sayang untuk terima segalanya macam tu je, I feel like I’m being very selfish to you. And I don’t want that ,”

Deep and vey soothing. Ah, Fatimah dah tak nak nangis. Ya, aku takkan nangis lagi. Bukan kah segalanya ada hikmah?

‘Abang,’ satu perkataan itu terdetik dalam hatiku. Indahnya akhlak manusia di hadapanku sekarang ini, hanya dapat ku gambarkan dengan satu perkataan ‘abang.’ Kerana perkataan itu tak pernah aku terfikir untuk ungkap sebelum ni walau di dalam hati.

Mata kami saling berkaca-kaca dan masing-masing cuba untuk menahan agar mutiara jernih itu tidak tumpah ke muka bumi.

“So let’s just act normally after this. Say what you want to say and ask what you want to ask. I’ll be right here to answer your all questions and be your best friend for you to share all your problems, k. Toksah stress-stres, and let us just enjoy things as the way it is. You just rather need to concentrate on masalah umat than to think masalah kita okay? Ha, satu lagi, ajak lah saya diskusi juga sal masalah-masalah umat ni. Saya pon kadang-kadang alert juga dengan menda-menda macam ni. Jangan pandang saya sebelah mata tau. Hehe,”

“Haha,” perlahan tawaku sambil ada setitis dua air mata jatuh, curi-curi untuk membasuh pipiku. Sempat lagi Ali Haidar ni buat lawak.

Aku tunduk seketika. Berfikir, terharu  dan amat menyenanangi jenakanya yang terakhir.

Inilah masanya untuk aku juga berusaha. Berusaha untuk memahami jiwa seorang insan yang bernama Ali Haidar. Untuk melihat dirinya sekarang. Aku berjanji untuk sepenuhnya kembali kepadanya seperti dulu.

‘Ali Haidar, saya berjanji untuk berusaha sepenuh kudrat saya untuk kembali kepada awak sebagaimana saya dahulu. Saya bermula sebagai kawan awak dulu ya?’ ya itu yang akan aku luahkan padanya.

Sejurus saja aku cuba untuk membuka mulut. Tiba-tiba,

“Pon! Pon!”


‘Ibu dan papa sudah sampai?’

Bersambung...

3 comments: