“Sayang
ni abang ni. Sayang okay tak ni? Jom kita pergi klinik lah. Abang risau”
Perlahan
kelopak mataku terbuka. Aku melihat wajah itu terpaku betul-betul di hadapanku.
Wajahnya jelas menzahirkan kerisauan. Hatiku tersentuh sesaat. Namun kenyataan
kembali mengetuk minda sedarku. Ternyata peristiwa tadi bukan lah sebuah mimpi.
Aku terus bangkit setelah menyedari aku sedang berbaring di pangkuannya. Aku
memegang kepala ku. Oh, mana tudungku? Tanganku pantas menyambar kain selimut
yang berada berhampiran denganku. Bagaimana mungkin aku membuka auratku di
hadapan yang bukan halal bagiku.
Astagfirullah.
Nauzubillahi min zalik.
Walaupun
aku cukup kenal lelaki di hadapanku ini. Walaupun lelaki ini pernah
menghangatkan hati ku yang masih mentah suatu ketika dahulu. Namun aku pendam
segalanya. Tiada pernah terluah pada sesiapa. Setelah itu, aku sedar perasaan
seperti itu tiada membawa aku ke mana. Semakin aku diulit kenangan yang manis
itu semakin aku sedar betapa aku hidup hanya dalam angan-angan. Akhirnya hatiku
terpaut dengan cinta hakiki. Sejak itu, aku berusaha menagih cinta agung itu.
Payah, teramat payah. Namun aku yakin, ianya tidak akan mengecewakan. Aku
mengerti Allah langsung tidak membutuhkan cintaku namun akulah yang memerlukan
cintaNya dalam kehidupan ku. Setelah bersungguh-sungguh aku memelihara cinta
untuk Allah dan Rasul,tak mungkin aku akan membuat perkara terkutuk ini. Sudah
terang lagi bersuluh, ianya akan mengundang kemarahan Khaliqku.
“Astagfirullah.
Apa yang awak buat kat sini? Tolonglah bagitahu saya. Kenapa saya ada di sini?”
kini suaraku tidak lantang seperti tadi
lagi. Perlahan, sayu, tenggelam bersama sendu yang takutkan Rabnya.
Berkerut
kening lelaki itu. Dia seakan tidak percaya dan tidak memahami situasi ini.
“Kenapa
ni sayang? Ni kan abang, suami sah sayang dan ni kan rumah kita. Sayang stress
banyak assignment ya?
Lembut
tutur katanya. Aneh, hatiku terasa seakan terpujuk dengan setiap perkataannya.
Sekali lagi aku ibarat berada di perhentian waktu. Tenang dan sejuk hatiku.
Namun..
Eh, suami?? Rumah kita? Eh? Subhanallah apa semua ini? Seingat aku, aku masih
belum berkahwin. Kenapa lelaki ini mengaku-ngaku dia suamiku?
“Maaf.
Maaf sangat-sangat. Tapi saya betul-betul tak boleh terima ini. Macam mana awak
boleh mengaku awak suami saya. Seingat saya, saya tak berkahwin lagi.” Aku
tidak boleh lagi menerima situasi ini. Amat tidak munasabah pada akal logik ku.
Mana bisa aku menerima seorang yang tiba-tiba mengaku sebagai suamiku.
“Sayang,
sayang bergurau dengan abang ya. Sebenarnya nanti abang ada kelas, kalau sayang
tak ada apa-apa senang sedikit hati abang nak pergi kelas. Tapi abang risau
sayang tak pernah pengsan sebelum ni. Sayang, tolong jangan bergurau macam ni
dengan abang.” Kini nada suaranya bercampur tegas dan sayang.
Terkesima
aku mendengar bait-bait percakapannya itu. Tidak fahamkah lelaki ini bahawa
seingat aku, aku memang belum lagi pernah menikah, bukannya bergurau. Bukan
setakat aku yang bernikah, malah idea perkahwinan itu terasa amat lagi jauh
dalam kamus kehidupanku sebagai seorang pelajar di tahun satu.
Bagaimana mungkin, dalam hanya
satu malam aku bernikah. Tentulah tidak!
Mana
pergi sahabat-sahabatku, Ana, Huda dan Eyqa? Mana pergi teman sebilikku itu?
Melihat
konsistensi wajahnya yang seakan memang benarlah dia suamiku. Aku menjadi
takut. Sebenarnya apa yang telah terjadi pada aku. Kenapa dengan tiba-tiba aku
boleh mempunyai seorang suami. Panas pipiku. Perlahan manik-manik putih jatuh
menghiasi wajah aku.
Melihat
aku menagis tersendu-sendu, dia menjadi panik. Tergambar di wajahnya seakan
pening dan pusing dengan keadaan aku yang mungkin kelihatan tidak logik di akal
fikirannya.
“
Sayang tolong jangan menangis. Abang tak nak buat isteri abang sedih. Sebenarnya
apa yang dah berlaku ni? Sayang betul-betul tak ingat abang ni suami sayang?”
dia bersuara setelah yakin yang kata-kataku sebelum ini bukan sekadar gurauan.
Aku
mengangguk perlahan.
“Baiklah.
Kalau macam itu, sayang nak abang buktikan yang abang ini memang suami sah
sayang?” laju respons nya terhadap anggukanku.
Aku
terus mengangkat muka apabila menyedari yang dia semakin memberi perhatian akan
kondisi ku ini.
“Ya.”
Pendek aku menjawab.
“Baik.
Tunggu di sini sekejap.”
Dia
bingkas bangun dan berjalan ke arah sebuah almari di tepi katil. Tak lama
kemudian dia kembali dengan sekeping kertas berbentuk seperti sijil di tangan
kanannya. Perlahan dia menghulurkan kertas itu kepada aku.
Terperanjat
bukan kepalang aku melihat bahawa nama aku dan namanya tertera di kertas itu.
Dan jelas diatas kertas itu tertulis sijil perkahwinan. Ya Allah, jadi benarlah
lelaki ini suamiku. Lalu anak mataku jatuh pada tarikh perkahwinan yang
tercatat di situ. Subhanallah, 15 Jun 2013? Bukankah sekarang baharu di
penghujung tahun 2011? Mengapa tercatat di situ 15 Jun 2013?
Bagiku
ini semakin mencabar akal sihatku. Tidak
mungkin aku boleh berada di masa hadapan seolah-olah aku menaiki mesin masa
doraemon.
“Awak,
hari ini berapa haribulan?”
Dia
yang dari tadi memerhati gelagatku dengan pantas meberikan jawapan.
“1
Jan 2014, sayang.”
Meremang
bulu romaku mendengar panggilan sayang darinya. Ketika itu, jika boleh, ingin
sahaja aku meluru ke pintu dan lari sejauh yang mungkin dari lelaki yang tanpa
henti menatap wajahku itu. Rasa tidak selesa aku diperlakukan begitu. Namun itu tidak melumpuhkan hasratku untuk
terus mencari kebenaran. Sukar untuk aku mempercayai bahawa aku berada di tahun
2014 sekarang ini. Padahal semalam baharu sahaja 16 Disember 2011, dan dalam
masa seminggu lagi aku akan menghadapi ujian akhir di sem keduaku di UIAM
Kuantan. Ya, mesin masa doraemon memang
tidak wujud di dunia nyata!
Pantas
aku mengambil telefon bimbit di atas meja kecil juga berhampiran katil. Ku
sudah tidak peduli punya siapa telefon itu. Seperti bukan milikku. Lantas, aku
mencari aplikasi kalendar. Lama juga aku membelek telefon itu. Hai, kenapa tak
pernah aku jumpa telefon bimbit seperti ini sebelum ini. Canggih benar.
Akhirnya aku berjaya juga menemui aplikasi itu. Aduh terasa diri amat kolot dan
sangat tergopoh gapah di hadapan lelaki itu. Malu juga diri ini seketika.
Terbeliak
rasanya dua biji mataku, ternyata benar dakwaan lelaki di hadapanku ini. Tarikh
hari ini ialah 1 Januari 2014. Aku tunduk dan tarik nafas dalam-dalam. Rasional
aku bertarung dengan pancaindera mataku. Manakah satu kebenaran? Aku buntu, dan
titisan air mata sekali lagi membasahi pipiku.
Tiba-tiba
terasa bahuku dipegang. Berdebar-debar jantungku. Ingin aku menolak tangan itu,
tapi entah mengapa terasa bagai hilang segala kudratku kala itu. Segalanya
bagai sambaran petir dengan tenaga voltan yang paling tinggi. Bagaimana mungkin
tubuhku mampu mengendalikan voltan yang tinggi itu?
“Sayang,
abang tak tahu kenapa sayang jadi begini. Tapi sayang perlu ingat abang
sentiasa ada di sini untuk sayang.”
Sekali
lagi terpujuk hatiku. Namun, itu masih tidak mudah membeli keselesaan dan
kepercayaan aku untuk lelaki itu. Hati aku masih tidak dapat menerima berita
mendadak seperti ini. Perlahan aku menolak tangannya dan berganjak jauh daripadanya.
Sebelum
sempat dia berbicara, pantas aku bersuara.
“Maafkan
saya. Saya tahu awak telah tunjukkan bukti bahawa saya isteri awak. Dan saya
faham seorang isteri tidak boleh menolak suaminya. Tapi saya harap sangat awak
faham keadaan saya. Saya tak mampu menanggung semua ini hanya dalam satu pagi.
Dalam ingatan saya, saya masih di penghujung 2011. Langsung tak terlintas di
fikiran saya untuk bernikah selama bergelar pelajar. Saya sangat berharap awak
yakinkan saya lagi tentang semua ini. Awak, saya, rumah ini dan segala-galanya.
Bagi saya masa. Dalam pada itu, saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi sayap
kiri awak.”
Aku
tunduk, sedalam-dalamnya. Perasaanku bercampur baur. Malu, segan, tidak
percaya, terkilan semua
nya ada. Melihat
dia diam, aku tenggelam dalam fikiranku sendiri, takut hendak mendengar jawapan
darinya.
Suasana
menjadi hening. Tiba-tiba suaranya memecah keheningan pagi itu.
“Sayang,
abang minta maaf andai abang menakutkan sayang tadi. Walaupun abang sendiri
kurang mengerti apa yang berlaku tapi abang percaya pada sayang. Abang harap
sayang pun percayakan abang. Abang janji, abang akan buat yang terbaik untuk
yakinkan sayang tentang abang, sayang, rumah ni dan segala-galanya. Abang akan
bagi sayang masa. Kalau sayang dah bersedia, sayang bagitahu abang ya. Mungkin
ada penjelasan dari segi perubatan tentang situasi yang kita alami sekarang.
Sekarang ni abang cuma nak sayang selesakan diri sayang. Jangan paksa diri buat
apa-apa lagi ya.” Jelas riak risau di wajah lelaki itu.
Terharu
aku mendengar ucapan daripada lelaki yang kini aku harus menggapkannya sebagai
suami, raja dalam kehidupanku. Selama ini aku menyiapkan diri, aku membataskan
pergaulanku dengan rakan-rakan berlainan jantina untuk tampil istimewa di
hadapannya. Kerana Khaliqku telah
memperintahkan untuk aku taat setia kepada insan yang bergelar suami buatku.
Padanya juga terletak syurga atau nerakaku.
Astagfirullah, besar sungguh
tanggungjawabku sekarang. Mampukah aku ya Allah?
Namun,
lelaki ini, adakah dia masih sama seperti yang pernah aku kenalinya dahulu?
Adakah dia masih nakal seperti dahulu? Dan yang paling penting, sudahkah dia
meletakkan Allah dan RasulNya di tempat tertinggi dalam kehidupannya?
Masih
teringat aku kata-katanya semasa kami bertemu di perjumpaan reunion bersama beberapa pelajar bekas sekolah kami yang
belajar di university yang sama.
“Eh,
dengar kata Syarifah dah nak kahwin. Suami dia dah bekerja, dah ada kereta dan
rumah pun.” Dia memulakan bicara di antara kami semua.
“Baguslah
tu kahwin awal.” Aku menyampuk di tengah-tengah suasana.
“Umph.
Buat apa kahwin awal? Masa ni kita main-main la dulu biar puas.” Selamba dia
membidas pendapatku tadi.
‘Bertuah
punya lelaki. Ish ish.Syukur lah. Aku buat apa yang patut. Kalau tak aku yang
kena main,’ hati kecilku mengomel sendiri.
Lamunanku
kembali ke alam nyata. Realitinya sekarang wanita yang kini bergelar isterinya
adalah aku.
Ya
Allah, hanya padaMu aku mampu berdoa. Kurniakanlah aku suami soleh yang
mencintaiMu ya Allah. Sesungguhnya dialah yang bakal memimpin aku dan
anak-anakku kelak. Sama ada menuju ke Syurga abadi Mu ataupun sebaliknya.
Aku
sedar, walau apapun aku harus bersangka baik buat masa sekarang. Aku bersangka
baik dengan Allah. Dia pasti memberi yang terbaik buatku.
Aku
masih tidak mampu mengangkat wajah. Namun tiba-tiba persoalan demi persoalan
menyingkap di benakku.
“Macam
mana dengan kuliyah saya? Sebenarnya saya kat mana ni, Kuantan ke Gombak?”
Bingung
rasanya apabila lokasi diri sendiri pon aku tidak tahu.
“Oh
pasal tu. Sekarang sayang kat Gombak. Rumah ni pun rumah yang UIA bagi untuk
pelajar yang dah status berkahwin. Baru minggu lepas abang pindah sini. Sayang
pun semalam baru first time sampai sini. Sayang, sayang datang sini sebab final project sayang. Dekat Kuantan tak
ada banyak buku, jadi sayang datang perpustakaan Gombak. Rancangannya hari ini
sayang pergi sana untuk cari bahan. Sekaligus abang hantar, then abang pergi kelas.”
Panjang lebar dia menceritakan.
Aku
menarik nafas panjang. Masyaallah sudah final
year student rupanya aku ini. Mengapa
dengan diriku ini? Mengapa aku tak boleh ingat apa-apa? Ya Allah, adakah aku
sakit atau hilang ingatan? Bagaimana aku boleh menerima semua ini? Tak mampu
rasanya.
Lalu
aku bangun dan duduk di ceruk penjuru bilik. Bertubi-tubi soalan menerkam mindaku.
Kehadiran lelaki itu sudah tidak aku peduli. Keadaan aku ibarat anak kecil yang
baru ditinggalkan ibunya. Aku berasa amat takut pada yang sama tidak percaya
dengan apa yang berlaku.
Suami? Final
year project? Apa semua ini? Aku tak boleh terima ya Allah.
Sebentar
aku beristighfar. Melihat kondisi aku, lelaki itu memaparkan riak kasihan di
wajah nya, perlahan-lahan menghampiri aku. Setelah melabuhkan tangannya di atas
bahu ku, dia bersuara.
“Sayang
ambil wuduk, sayang solat ya. Minta petunjuk dengan Allah. InsyaAllah, Dia akan
beri sayang kekuatan untuk menempuhi semua ini. Buat masa sekarang, abang rasa,
abang harus bagi masa untuk sayang bersendirian. Mengadulah padaNya dan
ingatlah Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu perkara yang menimpa kita. Kita
merancang, Dia juga merancang. Namun perancangan Allah lah yang terbaik buat
kita. Abang pergi dulu. Nanti habis kelas abang terus balik. Sayang tunggu
abang ya.”
Selesai
bersuara, dia menghulurkan tanggannya untuk kusalami.
Aku
tergamam. Sungguh ketika itu aku tak tahu untuk berbuat apa. Terasa sangat
asing untuk menyalami tangan lelaki yang pada ingatanku bukan ajnabiku. Ya
Allah, berilah aku petunjuk.
Aku
memandang tepat matanya. Subhanallah, pandangan matanya mententeramkan hatiku.
Perlahan tanganku menyambut hulurannya. Entah mengapa, namun saat itu aku
betul-betul yakin dialah suamiku. Teman ku di dunia dan juga di akhirat kelak.
Dia
tersenyum dan kemudian berlalu pergi.
Terpana
aku melihat senyuman itu. Bagai tertusuk jauh ke dasar hati. Subhanallah,
terasa kuat rabitah hati kami.
Setelah
itu bagai mendapat semangat baru, aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air.
Aku mengambil wuduk kemudian solat sunat dua rakaat. Setelah itu, tanganku
menggapai senaskah al-quran dan jariku membelek –belek naskah agung itu dan
akhirnya terhenti di surah al-kahfi. Aku mula mengalunkan ayat-ayat Allah yang
indah. Hatiku terasa tenteram.
Aku
mula mentaddabbur bacaan itu. Aku menemui sepotong ayat yang amat menyanyat
hatiku. Terasa Allah seperti berbicara denganku. Jatuh air mataku saat itu juga.
“Maka
Kami tutup telinga mereka di dalam gua itu, selama beberapa tahun. Kemudian
Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan
itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (di dalam
gua itu)” [Al-Kahfi : 11-12]
Subhanallah,
adakah aku tidak redha dengan
ketentuanMu ya Allah? Baru sedikit Engkau mahu mengujiku, namun aku
sudah melatah sedemikian rupa.
Ampunkan
hambaMu ini ya Allah. Ampunkan..
Aku
tenggelam dalam sendu dan tangisku sendiri.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment