Hujung
minggu tiba lagi. Mujurlah beberapa kerja organisasi yang telah diamanahkan
kepada aku telah aku siapkan. Aku juga telah mengasingkan tugasan akademik dan
aktiviti sosialku supaya senang aku rujuk apabila pulang dari Gombak nanti.
Hari
ini seperti yang dijanjikan Ali akan datang menjemputku. Ali dijangkakan sampai
petang. Kami bersepakat untuk bertemu selepas solat maghrib.
Pagi
itu aku cuba mencari pakaian yang paling sesuai untuk dipakai dan dibawa nanti.
Maklumlah, bagi aku pertemuan dengan ibu mertua kali ini adalah pertemuan
pertama. Aku terasa sangat gelabah untuk berjumpa mak mertua buat pertama kali-selepas
aku mengalami amnesia. Tambah-tambah lagi bagaimana orangnya pon, aku tak dapat
nak jangkakan. Selepas mencuba beberapa pasang, akhirnya aku hampir putus asa.
Aku merasakan tahap yakin diriku semakin mengbubar setiap kali aku mengenakan
pakaian yang lain. Tanpa aku sedar, satu keluhan berat keluar di bibirku.
“Cik
adik Fatimah, buat apa tu?”
Tiba-tiba
roommateku, Ana menyapa. Tersentak
aku dibuatnya.
Dengan
sengih-sengih kambing, aku menjawab,
“Tak
jumpa baju yang sesuai la nak pakai masa jumpa mak mertua nanti, Ana. Naik
pening kepala saya, tak retilah benda-benda macam ni. Hehe”
“Nah
ambil kain batik saya ini. Fesyen baru ini” pantas Ana cuba mengusik aku.
“Haha,
kang tak mengaku menantu saya ini, Ana. Malu! Haha,” aku selamba membalas
usikan nya.
“Awak
ini pon, bukannya ini pertama kali awak nak jumpa dengan mak mertua awak tu,
kenapa yang nervous semacam saya
tengok ini,” sambung Ana.
Gulp.
Aku menelan air liur. Mati bicara. Namun, aku sedaya upaya cover line supaya Ana tidak menyedari perubahan tingkahku.
“Ana,
ni nak tukar angin la namanya bukannya nervous.
Hehe.” Jawabku dengan harapan dia tidak menyambung topik itu lagi.
“Baiklah
kawan, saya tolong awak pilih baju yang paling de boom untuk jumpa cik abang awak dengan mak mertua awak, tapi you have to give me your opinion on
something. Promise?” Ana
menghentikan usikannya.
“Alhamdulillah”
bisikku perlahan.
Dengan
kuntuman senyuman di bibirku, aku membalas,
“Hai
kawan, macam serius je bunyinya ni. Takut eden. Hehe” aku masih lagi dengan mood bergurau.
Namun,
Ana mengulangi ayatnya yang terakhir,
“Promise?”
seperti tiada nada bergurau.
“Of course la
kawan. You know me. Promise!” aku menghadiahkan senyuman
kepadanya tanda aku mengerti keseriusannya.
Aku
memang amat mengenali rakanku seorang ini. Beliau memang seorang yang
gila-gila. Beliau juga seorang yang amat kreatif, sangat berminat dengan apa
sahaja yang berkaitan dengan art.
Tidak kira lukisan, jahitan, origami ataupun apa sahaja bentuk perhiasan, hasil
tangannya memang patut diberi pujian. Cantik. Aku amat senang berteman
dengannya. Namun, andai ada sesuatu yang mengganggu mood atau emosinya, dia akan memberi isyarat kepada kami, teman
sebiliknya, tanda dia tidak mahu dikacau. Memang lumrah manusia memerlukan privacy mereka masing-masing. Kami
saling menghormati hak dan ruang yang setiap dari kami perlukan. Oleh kerana
itulah, kami berempat masih bertahan hingga sekarang sebagai roommate. Bahkan kami kini sudah seperti
adik-beradik yang berkongsi suka mahupun duka. Namun, itu cerita dua tahun yang
lepas. Walaupun kami berempat, aku, Ana,
Eyqa dan Huda masih akrab seperti dalam ingatanku. Namun aku baru mendapat tahu
daripada Eyqa bahawa Huda sudah tidak tinggal bersama kami lagi kerana dia kini
sudah tinggal bersama suaminya.
Aku
mendapat hint demi hint daripada perbualanku dengan Eyqa
sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Gombak tempoh hari. Setelah
berkias-kias akhirnya Eyqa memuntahkan juga kenyataan itu. Huda telah bernikah
di tahun kedua, sem kedua. Setelah itu, dia pindah dan tinggal bersama
suaminya. Terkejut bukan kepalang aku. Ketika itu rasa ingin tahuku tentang
siapakah gerangan lelaki bertuah itu memuncak namun aku cuba untuk tidak
bertanya terlalu banyak soalan kepada Eyqa kerana bimbang keadaanku terbongkar.
“Fatimah….,”
Ana melanjutkan suaranya kerana perasan akan yang aku sudah tidak memberi
tumpuan.
“Eh,eh,
sorry. Saya teringatkan ragam-ragam semua roommate kita tadi. Masing-masing
unik, kan?” semakin lebar senyumanku.
“Haha,
tahu takpe. Memang unik, itulah special
nya bilik kita ini,”Ana menyambung.
Akhirnya
ketawa kami berdua pecah.
“Sudah.
Sudah. Nak cari baju tak ni? Mesti awak tidak tahu nak matching dengan tudung mana kan?” Ana mengajukan soalan kepadaku.
Aku
hanya mengangguk. Senyuman tadi masih tidak lekang di bibirku ini.
“Fatimah,
baju kurung ini masuk je dengan tudung ini. Cantik apa!” Ana meneruskan
perbualan dengan cadangannya.
“Eh,
saya ada eh tudung ni. Tak perasan pulak. Hehe. Ha ah, cantik jugak. Matching!” aku laju menutur kata.
“Ini
yang payah sahabat kita seorang ni, tudung sendiri pon tak tahu. Macam mana nak
urus baju suami dengan anak nanti,” Ana kembali dengan mood menyakatnya.
“Hish,
awak main kasar ini. Lagipon bab anak, lambat lagilah. Tak terfikir lagi!” huh
malu sungguh aku rasa apabila ada yang menyakat sebegini. Bagiku, hati budi si
Ali pon aku masih belum kenal secara mendalam. Apatah lagi bila menyentuh soal
anak, memang meremang bulu romaku.
“Hehe.
Janganlah marah cik adik sayang. I’m
kidding kidding only,” sahaja Ana menggunakan terjemahan langsung Melayu
kepada English untuk kembali menceriakan suasana.
Aku
tersenyum.
“Tahu
pon nak kidding kidding. Selepas ini,
tak nak dah cakap macam tu ya,” sahaja aku meletakkan garisan dalam had gurauan
kami. Aku memang tidak suka dengan gurauan sebegitu.
Sedar
keadaan makin tegang, Ana pandai mengambil hatiku.
“Wah,
lawanya bila awak pakai Fatimah. Cemburu saya. Hehe” Ana bertutur manis.
Dengan
senyuman aku membalas,
“Amboi
lari topik nampak, haha,”
Ana
tersengih.
“Okay,
baju dah settle kan. Nanti selepas
solat Dhuha, giliran saya pula ya. Saya ada hendak bagitahu sesuatu ini.
Penting,” Ana menyambung.
Perkataannya
kelihatan serius, namun nadanya seperti bercandak. Aku keliru dengan rakanku
seorang ini. Adakah dia benar-benar mempunyai sesuatu untuk diberitahu kepada
aku ataupun dia hanya berhelah untuk bergurau. Tidak mengapalah, kita tengok
sahaja nanti.
“Alright my dear. Jom solat Dhuha.
Ingatkan Eyqa sekali takut dia lupa. Hai, 2 rakaat sahaja pon pahala dah banyak
Allah nak bagi. Allah Ar-Rahim! Takkan kita nak lepaskan, ya tak?” aku
menyambung bicara.
“Barang
siapa yang menjaga Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya
walaupun seperti buih di lautan. Hadis riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi,” Ana
berseloroh
“Tiap-tiap
tasbeeh itu sedekah, tiap-tiap tahmid itu sedekah, tiap-tiap takbir itu sedekah
dan tiap-tiap takbir itu adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah,
mencegah mengkar juga adalah sedekah dan semua itu sama nilainya dengan dua
rakaat solat Dhuha. MasyaAllah, ayuh kawanku. Hehe,” aku pula berseloroh.
Kami
memang suka saling mengingati dan berkongsi jika ada sedikit ilmu yang
dimiliki. Apabila kami saling mengingatkan kelebihan sesebuah amalan, secara
tidak langsung kami akan lebih bersemangat untuk melakukannya.
Islam
itu sangat indah. Walaupun aku cuba untuk menjadikannya sebagai cara hidupku
namun aku yakin banyak lagi bahagian sisinya yang belum aku rasai. Banyak lagi
kemanisannya yang belum aku nikmati. Maha Suci Allah. Aku harus terus bermujahadah
untuk terus istiqamah dan sentiasa muhasabah diri. Aku tahu, aku hamba yang
penuh dengan dosa. Hatiku sentiasa dikunjungi tompok-tompok hitam. Sama ada
dengan dosa yang kelihatan mahupon dosa yang tersembunyi. Air mata sering
mengalir apabila mengingatkan hari Pembalasan kelak, pada mana ketika itu
kemarahan Khaliqku meluap-luap. Ya Allah, aku bermohon agar Allah menggolongkan
aku dalam kalangan orang yang mendapat
naungan di bawah ArasyNya kelak. Aku yakin rahmat Allah maha luas. Aku
tidak akan pernah berputus asa dengan rahmatNya.
“Fatimah,
jom! Sempat lagi termenung,” Ana menyergah.
Aduh,
bagai mahu luruh jantungku ketika itu.
“Astarghfirullah.
Terkejut saya,” kemudian aku memandang tepat ke mata Ana.
“Sahabat,
mari kita bertemu dan berpisah kerana Allah ya. Pleaseee,”aku sengaja buat-buat
seperti rengekan seperti anak kecil.
Serta-merta
satu senyuman kecil hinggap di bibir merah Ana.
“Insha
Allah sahabat. Insha Allah,” Ana berkata-kata. Lembut dan tenang nadanya.
Kami
sama-sama menghadiahkan senyuman dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Sebelum
keluar dari bilik, aku menjenguk ke bilik Eyqa. Hatiku ketika itu sedikit gusar
apabila teringatkan peristiwa “semalam.” Namun aku yakin, Eyqa tidak akan
memarahi aku untuk jangka masa yang lama. Bukankah orang yang beriman akan
menahan marahnya dan memberi maaf?
Insha
Allah, Eyqa lebih memahami ayat di dalam surah Ali Imran itu berbanding aku
sendiri. Dengan berhusnuzhon, aku menjenguk Eyqa yang sedang khusuk menyudahkan
tugasannya bersama laptop Dellnya dan headphone
putih yang dipakaikan di telinga beliau.
“Eyqa,
jom solat Dhuha,” bibirku menguntum senyuman.
Eyqa
kelihatan sedikit terkejut dengan “pencerobohanku” ke dalam compartmentnya. Lalu Eyqa menilik jam casio miliknya lalu tersengih.
“Thank you ingatkan,” Eyqa membalas.
Hatiku
lega. Dengan pantas aku menjawab,
“Welcome!”
Aku
kemudian terus ke toilet untuk mengambil wuduk dan terus melangsungkan solat
sunat Dhuha dua rakaat. Usai solat, aku mengangkat tangan dan berdoa,
“Ya
Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah
kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMu. Kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu adalah kekuasaanMu dan pelindungan itu adalah perlindungan Mu. Ya
Allah jika rezekiku di atas langit, turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka
sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, Keagungan,
Keindahan, Kekuatan dan KekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku apa yang Kau limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh. Amin.”
Aku
menekup tangan ke muka.
‘Masha
Allah. Indahnya doa Dhuha ini. Semoga Alla memberi aku nikmat untuk menghayati
solat Dhuha ini dengan lebih mendalam. Amin,’ aku bermonolog sendiri.
Teringatku
akan Ana. Tiba-tiba rasa ingin tahuku memuncak. Lalu aku bangun dan melipat
telekung solatku lalu ku sangkut di hanger dan gantungkannya di paku yang sudah
tertanam di dinding. Aku menjenguk-jenguk ruang Ana, bimbang dia belum selesai
solat. Aku melihat Ana termenung tanpa mencabut telekung solatnya.
“Assalamualaikum,
kawan! Pangjang ngelamun,” aku mencelah suasana damainya.
Dia
berpaling. Wajahnya kelihatan sarat dengan seribu satu masalah.
Dengan
mencerutkan dahi, aku segera bertanya,
“Kenapa
ini Ana sayang?”
“Fatimah,
awak ingat tak apa yang saya bagitahu awak sebulan yang lepas?” Ana memulakan
bicara.
“Emm
sebulan yang lepas? Apa ya?” aku cuba mengingati kembali sebarang maklumat
penting yang pernah Ana beritahu kepada aku. Malangnya aku gagal mengingati
apa-apa. Pada hematku, Ana tidak pernah menceritakan apa-apa yang kelihatan
penting dan serius kepada aku.
“Saya
tahu awak ingat. Sebenarnya, itu yang menganggu fikiran saya sekarang, Eyqa.
Dia hendak jawapan dalam masa terdekat ini. Apa pendapat awak?”
Eh
lain benar bunyinya ini. Apa sebenarnya yang Ana ingin tanya kepada aku?
Mengapa aku langsung tidak mengetahui apa yang dibicarakan Ana? Oh, baru aku
teringat bahawa aku kini tidak mampu mengingati perkara yang berlaku sejak dua
tahun lalu. Padanlah, aku langsung tidak tahu menahu apa yang sedang Ana
bicarakan!
Macam
mana ya? Aku lupa apa yang telah diceritakan oleh Ana. Bagaimana mungkin aku
memberi pendapat? Mungkin sahaja aku harus menceritakan keadaanku yang sebenar
kepada Ana. Aku bimbang Ana berkecil hati andai dia tersalah anggap aku sengaja
melupakan masalah yang telah diceritakannya kepada aku. Tambahan lagi,
kelihatannya perkara itu sangat mengganggu fikiran Ana.
Namun,
aku belum meminta izin daripada Ali untuk menceritakan keadaanku kepada orang
lain. Aduh. Aku mengerah otakku ketika itu. Baiklah aku akan cuba untuk
memancing Ana kembali menceritakan masalahnya kepadaku.
“Awak
sudah fikir masak-masak?” aku berseloroh.
“Saya
sudah istikharah,” Ana kembali menjawab.
Baik,
Fatimah. Mari kita mencantum puzzle.
Istikharah, ini pasti solat istikharah. Untuk apa orang solat istikharah?
Biasanya untuk memilih di antara dua. Istikharah juga sering dikaitkan dengan
jodoh. Tadi Ana ada menyebut ‘dia mahu jawapan’, adakah dia telah dikhitbah
orang? Aku harus mencari kepastian.
“Jadi,
apa yang awak rasa sekarang? Awak sudah mengenali hati budinya?” aku bersuara
dan melontarkan soalan mautku. InsyaAllah, tekaaanku tepat. Aku cuba meyakinkan
diriku. Bimbang juga andai soalan itu tidak ada kena mengena dengan
permasalahan ini.
“Saya
rasa saya sudah yakin dialah orangnya Fatimah. Awak pon tahu macam mana
orangnya kan. Wallahua’lam tetapi dia orang yang bertalaqqi. Bukankah awak
pernah bekerja dengannya?” Ana mengajukan kembali soalan kepada aku.
Bingo!
Memang tepat tekaanku. Tertanya ada yang telah mengkhitbah sahabatku seorang
ini. mashaAllah, aku gembira untukmu teman.
Namun,
masalahnya aku tidak tahu siapakah gerangan jejaka bertuah itu. Bertalaqqi?
Pernah bekerja denganku? Beberapa nama singgah di kaunter pertanyaan mindaku
sekarang ini.
“MasyaAllah
kawan! Saya gembira untuk awak,” tanpa dikawal, aku bersuara.
Muka
Ana kelihatan berubah sedikit. Dia pelik apabila melihat reaksi aku yang
kelihatan seperti pertama kali aku mendengarkan berita ini. Sebelum Ana sempat
bersuara, aku segera menyampuk,
“InshaAllah,
dia seorang lelaki yang baik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Allah
sudah berjanji di dalam qalamNya yang mulia. Saya yakin awak perempuan yang
baik, Insya Allah dia juga adalah yang baik. Sekarang awak mintak fatwa hati,
Allah akan mendorong awak untuk buat keputusan yang tepat,” kali ini aku
berkata-kata dengan yakin. Walaupun aku tidak mengetahui siapa gerangan jejaka
itu tapi aku yakin apabila Ana mengatakan bahawa dia seorang yang bertalaqqi.
Ana
diam.
Tiba-tiba
aku teringat suatu perkara. Ana pernah memberitahuku dua tahun dahulu, bahawa
dia tidak mahu bernikah awal kerana dia berazam untuk berbakti kepada
keluarganya yang tercinta. Aku tahu Ana dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Ana
tunduk.
Apabila
teringatkan perkara itu, aku menjadi serba salah. Aku yakin Ana kini dalam
dilemma. Dia ingin menerima lamaran jejaka itu namun dia berasa serba salah
terhadap keluarganya. Tambahan, dia tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.
“Awak
sudah khabarkan kepada ibubapa awak?” aku bertanya dengan intonasi yang lembut.
Ana
menggeleng.
“Tidak
mengapa Ana. Awak khabarkanlah berita ini kepada ibubapa awak,” aku memberi
cadangan.
“Saya
belum beritahu namun mereka sudah tahu, Fatimah,”
“Oh
ya, lelaki yang high class tidak akan
mendekati wanita yang disukainya tetapi mendekati wali wanita itu.
Kemudian,
apa kata orang tua awak, Ana?” pantas aku membalas apabila teringat istilah
lelaki high class yang diperkenalkan
oleh seorang novelis terkenal, Fatimah Syarha.
“Pada
mulanya mereka tidak bersetuju. Ye lah, kahwin masa belajar ini mereka anggap
sedikit berisiko. Tambahan sekarang kos untuk kahwin bukannya murah.
Segala-galanya perlukan duit. Awak pon tahu Irfan itu sebaya dengan kita jadi
dia belum bekerja. Orang tua saya bimbang andai dia tak dapat hendak menanggung
kos sara hidup yang kian meningkat sekarang hanya dengan elaun JPAnya itu,”
panjang lebar Ana menceritakan.
‘MasyaAllah,
Irfanlah la jadinya gerangan jejaka bertuah itu,’ hatiku berseloroh sendiri.
Dengan
senyuman yang makin melebar, aku menyusun ayat,
“Rancangan
awalnya bagaimana Ana? Mahu bernikah ketika masih belajar atau selepas graduasi
nanti. Kita di sem yang akhir bukan sekarang ini?”
“Saya
rasa saya seperti sudah pernah menceritakan kepada awak Fatimah. Awak lupa ya?
Menurut Irfan kalau boleh dia mahu menyegerakan acara akad nikahnya. Selepas
sebulan tunang terus nikah. Kalau ikut percaturannya, kita memang masih di
tengah sem namun ketika itu dia cuti seminggu. Katanya kalau tidak di waktu
itu, selepas itu dia sudah sibuk dengan housemanship.
Itulah sebabnya dia mahu jawapan di masa yang terdekat ini. Namun begitu, dia
tidak pernah memaksa, Fatimah. Sebaliknya dia menerangkan kepada saya sebab dia
mahukan jawapan. Secara jujur, memang saya tertarik dengan akhlak dan
keperibadiannya. Dia membuatkan saya teringatkan Allah dan Rasul kita yang
mulia, Nabi Muhammad SAW,” Ana memuturkan kata perlahan dengan suara yang
bergetar.
‘Oh
ya, Irfan pelajar kuliyyah Medik, jika aku tidak silap. Patutlah,’ mindaku memberi
interpretasi lagi.
“Subhanallah,
Ana. Jika itu yang hatimu rasa, mungkin itu petunjuk dari Allah. Namun restu
ibubapa amat penting Ana. Memang mereka tidak bersetuju, atau boleh dibawa
berbincang?” aku cuba sedaya upaya untuk menolong meleraikan kekusutan yang
dihadapi Ana kini.
“Sekarang
saya boleh katakan yang meraka sudah tujuh puluh peratus bersetuju apabila
Irfan sendiri telah menelefon ayah saya. Saya tengok mereka sangat berkenan
dengan pendekatan yang diambil Irfan dalam mengkhitbah saya. Ye lah kan, kalau
kita jaga hak Allah, Allah pasti akan mudahkan urusan kita. Tapi..” tergantung apa yang Ana hendak katakana.
“Tapi
apa Ana? Alhamdulillah, kiranya orang tua awak sudah bersetuju dengan lamaran
Irfan kepada awak. Iakan?” aku cuba mencari maksud di sebalik “tapi” Ana.
“Tapi,
saya rasa bersalah. Kalau boleh saya tak mahu menyusahkan kedua orang tua saya.
Tambahan saya masih tiada pendapatan sendiri kini. Dari mana datangnya duit
untuk membuat majlis kahwin nanti. Tambahan lagi, saya tidak rasa yang saya
sudah bersedia untuk menjadi isteri dan ibu, Fatimah,” Ana memuntahkan apa yang
dirasainya.
Aku
terdiam.
Jauh
di lubuk hatiku, aku memantulkan kata-kata Ana itu kepada diriku sendiri. Jika
Ana yang jauh lebih baik dan berilmu daripada aku itu mengaku yang dia masih
belum bersedia untuk menjadi seorang isteri, macam mana dengan diriku. Ya
Allah, aku tahu tanggungjawab seorang isteri itu amat berat. Seorang isteri
harus merajakan suami. Apatah lagi untuk menjadi seseorang yang bergelar ibu.
Seperti yang pernah dinyatakan oleh Habib Ali Zainal Abidin, madrasah ibu boleh
menghasilkan pahlawan muslim yang hebat.
“Ana,
jujur dari hati saya, awak jauh lebih baik dan berilmu daripada saya. Saya
sebenarnya langsung tidak layak untuk memberikan nasihat kepada awak, kerana
Allah Maha Tahu betapa ceteknya ilmu, amalan dan akhlak saya yang tidak
sempurna,” ayat ku tergantung kerana disampuk Ana.
“Apa
yang awak cakapkan ini. Sayalah orang paling banyak berdosa, oleh kerana itu
saya amat takut dengan pembalasan dari Rabbiku kelak. Maka dengan itu awak
janganlah bercakap seperti itu, bimbang timbul riak atau takabbur ataupun
apa-apa jualah sifat mazmumah dalam hati saya yang imannya hanya senipis kulit
bawang. Manusia itu hanya boleh dibeza-bezakan mengikut taqwanya. Dan taqwa itu
letaknya di dalam hati, kita tak boleh nampak. Jadinya kita ambil pendekatan
sama-sama saling menasihati, amacam? Hehe,” panjang Ana berbicara dan ianya
amat terkesan di hatiku.
‘Masha
Allah, rakanku seorang ini. Hebat sungguh,’ hatiku mengomel lagi.
Aku
tersenyum.
“Baiklah
sahabatku. Kata-katamu itu akan sentiasa tersemat di sanubariku ini,” sahaja
aku buat-buat bermadah untuk menghidupkan kembali suasana.
Ana
juga turut tersenyum manis.
“Alright, back to the topic. Beginilah
senang cerita, bukankah Rasulullah SAW sendiri yang menggalakkan umatnya untuk
berkahwin di usia muda? Pasti unjuran Rasulullah SAW itu terkandung hikmah yang sangat besar di
sebaliknya. InsyaAllah, rezeki awak akan bertambah murah selepas bernikah
nanti. Bukannya perkahwinan itu menyempurnakan separuh daripada agama? Apatah
lagi jika ianya disusuli dengan redha Allah, ianya menjadi satu ibadah yang
mulia. Tentang belanja majlis perkahwinan itu, awak boleh buat yang simple sahaja dahulu. Ikut kemampuan,
ajak yang terdekat sahaja. Paling kurang awak buat akad nikah sahaja dahulu,”
“Kahwin
tak susah tapi orang yang buatkan ia nampak susah,” aku dan Ana serentak
menyuarakan kenyataan itu.
“Masha
Allah, Ana, kenapa awak tiru saya?” aku laju memberi respons.
“Haha.
Saya tak tiru awak, mulut saya yang tiru. Itu kan slogan kita dari tahun satu
lagi, awak sudah lupa ke?” Ana pula menyambung.
“Oh
ya tak ya,” aku pantas menjawab.
Akhirnya
ketawa kami pecah.
“Dan
slogan itulah yang membantu awak ketika awak hendak membuat keputusan dahulu.
Awak pon dalam dilemma kan dahulu? Hehe,” Ana tiba-tiba membangkitkan peristiwa
tentang aku dahulu.
Aku
terdiam.
‘Betul
ke apa yang dikatakan oleh Ana itu? Aku pon dahulu dalam dilemma? Macam mana ya
aku boleh bernikah dengan dia?’ hatiku laju melontarkan soalan demi soalan,
ibarat peluru berpandu yang bersedia untuk menyerang.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment