Aku
mengenyih-ngeyih mataku. Aku mengerling jam di tangan. Lebih kurang jam 10
malam. Aku melihat Ali di tepi, hanya alunan radio yang menemaninya memandu.
Dengan
kepala yang masih terasa berat, aku membuat keputusan untuk hanya berdiam dan
cuba untuk membuat diriku selesa. Kali ini, diamku bukan kerana tiada modal
tetapi kerana terlalu banyak perkara yang sedang bermain di fikiranku kini.
Seiring dengan lagu “Teman pengganti” nyanyian Black yang berkumandang di radio
membuatkan fikiranku semakin kewang-awangan. Aku seakan-akan masih tidak dapat
menerima kenyataan yang lelaki di sebelahku ini, kini bergelar suamiku.
Perasaan tidak percaya pon ada. Tanpa aku
minta, kisah antara aku dan dia di
zaman persekolahan dulu berlegar-legar di kotak pemikiranku kini..
“Kecik,
betul ke dia panggil kau Tamil?” tanyaku bersungguh kepada Adila, rakanku
ketika di menengah rendah. Kulitnya sedikit gelap berbanding pelajar-pelajar
yang lain. Kami memanggilnya kecik kerana badannya yang kecil molek, selalu
disalah anggap orang sebagai kanak-kanak.
Sambil
mencebikkan bibir, Kecik menjawab,
“Ye
lah Fatimah. Dia panggil aku macam itu. Aku pon tak tahu apa yang aku dah buat
kat dia. Tak kacau pon rasanya mamat tu,”
“Haih,
geram pulak aku mendengarnya. Ada juga lelaki macam itu kan. Bajet dia handsome
sangat. Handsome macam mana pon, kalau mulut celupar pon tak ada orang suka
juga. Kecik, aku geram ini,” aku membalas dengan berapi-api.
“Sabar
Fatimah sabar. Biarlah dia,” Kecik pula cuba menenangkan aku ketika itu.
Begitulah
first impression aku kepada lelaki
bernama Ali Haidar Bin Hikayat Shah. Aku menganggapnya sebagai pelajar lelaki
yang ‘bajet cute’ kerana wajahnya yang jambu. Dia juga seorang yang sering
cakap lepas ketika di bangku sekolah dahulu. Lebih-lebih lagi kepada pelajar
perempuan. Dia memanggil orang sesuka hati mengikut pemerhatiannya daripada
fizikal seseorang. Namun, aku tidaklah mengenalinya secara rapat kerana dia
bukan satu kelas denganku. Walau begitu, rakan rapatku yang juga merupakan
pelajar perempuan yang sekelas dengannya sering bercerita kenakalannya kepada
aku dan rakan-rakan yang lain.
Cukuplah aku mengenalinya sebagai mamat yang
‘bajet cute’ dan ‘mulut laser’.
“Sayang,”
Panggilan
itu membawa aku ke alam realiti. Tersentak jantungku. Terasa baru semalam zaman
persekolahan yang penuh keceriaan dan kegembiraan itu. Kini aku harus berdepan
dengan kenyataan. Slogan ‘hidup harus diteruskan’ ku pegang erat-erat.
“Mengelamun
pasal abang ya?”
Dia
memberi teka-teki yang amat payah untuk aku selesaikan. Seolah-olah dia dapat
membaca riakku. Apa dia ni, Nujum Pak Belalang? Haish.
“Er,
er, tak adalah. ” aku cuba untuk cover
line dengan harapan cover line
aku itu tidak terlalu obvious.
“Abang
rasa baik kita berhenti untuk solat dahulu. Lepas tu kita makan ye?”
Aku
mengangguk dan menarik nafas lega. Kemudian, aku berpaling ke arahnya tanpa
bicara. Tanpa aku sedar, wajahnya ku tatap. Siapakah dia ini? Walaupun wajahnya
mirip Ali Haidar b. Hikayat Shah namun perwatakannya berbeza sekali. Apa yang
sudah berlaku dalam masa dua tahun ini? Aku berfikir tanpa henti.
Apabila
dia memalingkan wajahnya ke arahku, pandangan mata kami bertemu. Aku terpana
seketika. Jarak wajah kami hanya satu depa. Sepantas kilat aku memalingkan
wajahku ke hadapan. Dia terkebil-kebil melihatku.
“Kenapa?
Ada something kat muka abang ke? Air liur basi? Tapi rasanya sayang yang
tidur,” dia bertanya sambil memgerling sekilas ke cermin sisi.
Dengan
pantas aku menggeleng. Aku yang masih terkejut dengan pandangan kami yang
bertaut tadi terus menjawab,
“Tak
tak tak ada apa-apa,” masyaAllah, macam mana aku boleh tergagap-gagap pula ini.
Aku terasa merona merah wajahku menahan malu ketika itu.
Dia
perasan dengan ketidakselesaan aku. Dia menjadi turut serba salah. Akhirnya dia
menunduk dan melepaskan keluhan kecil.
“Abang
masih buat sayang tak selesa ya?” dia bertanya dengan nada perlahan namun masih
tetap jelas di pendengaranku.
Aku
diruntun rasa bersalah apabila mendengar keluhan kecilnya. Aku tahu dari tadi
dia cuba untuk merobohkan benteng antara kami. Aku tahu dari tadi dia berusaha
untuk berlagak seperti biasa, untuk membuat aku selesa. Dia bergurau pelbagai
cara. Aku nampak usahanya. Namun, entah, aku sendiri tidak tahu mengapa.
Mulutku masih berat untuk menutur kata. Ah, payaunya rasa ini. Ya Tuhan, aku
memang ingin menjaga hati suamiku ini. Tapi lidahku ibarat terkunci. Sepuluh
patah dia bertanya, hanya sepatah jawapan yang keluar dari mulutku. Barangkali
‘ikatan’ segera kami ini masih membuat aku dalam keadaan shock.
Melihat
aku diam, dia tersenyum kelat.
Entah
mengapa, ekpresi wajahnya sekarang hanya di interpretasikan oleh mindaku
sebagai ekspresi seseorang yang kecewa. Aku sangat terkesan dengan ekspresi
itu. Dalam diam aku memarahi diriku sendiri kerana sangat cuai dalam menjaga
perasaan suami. Sepatutnya aku teruskan berhusnuzhon, bukannya mengikut jejak
syaitan dengan meragui suami sendiri. Aku sebenarnya tahu di sebalik wajahnya
yang ceria, dia sebenarnya adalah seorang yang sangat sensitif. Aku
beristighfar di dalam hati.
Sedang
otakku ligat berfikir untuk menjernihkan atmosfera janggal antara kami ni. Ali
membelok masuk ke kawasan RnR Temerloh.
“Awak,
jom kita solat dan makan kat sini dulu eh. Kita solat dulu, nanti kita jumpa
kat kedai makan nombor 16 tu. Okay?”
Aku
yang masih terpinga-pinga, tenggelam dalam fikiranku tadi, hanya mampu
mengangguk kecil tanda setuju.
‘Ah
sudah Fatimah, kau buat apa ni? Kalau Ali terasa hati, merajuk macam mana?’
getusku sendirian sambil berjalan ke arah surau wanita.
Usai
solat aku terus menuju ke arah gerai nombor 16. Ali sudah berada di situ. Dia
melemparkan pandangan kosong ke arah beberapa orang yang turut berada di
kawasan perhentian itu.
“Awak
dah order? Awak nak makan apa, meh
saya orderkan,” sapaku setiba sampai
di meja Ali melabuhkan punggungnya. Aku sengaja ingin meringankan tulang,
dengan harapan Ali tidak berkecil hati
apa yang terjadi sebentar tadi.
“Dah
siap? Meh duduk meh. Tak yah susah-susah, nanti ada orang ambil order,”Ali laju bertutur sambil menarik
lembut tanganku untuk duduk di sisinya.
“Bos,
order,” terus Ali memanggil salah seorang pekerja gerai itu.
Aku
sedikit terpinga-pinga apabila niat baikku diambil alih oleh pekerja gerai
tersebut.
“Ooo, ingatkan macam food court, kena order
sendiri makanan,” aku berbisik sendirian.
Ali
yang mendengar suara perlahanku tadi hanya tersenyum nipis. Sedang kami sedang
menikmati juadah dari gerai nombor 16 itu, Ali mula membuka bicara.
“Amboi
selera awak makan, Fatimah. Tubuh kecik, makan banyak jugak awak ek,”
Sambil
mengunyah nasi goreng pattaya, aku membalas,
“Eleh
awak tu apa kurangnya. Dah orang lapar, macam ni la gayanya,” selamba aku
membalas.
“Mana
ada saya makan banyak, ni dah normallah orang laki makan banyak ni,” dia segera
menafikan.
“Ea?
Normal ea tambah dua kali? Macam along saya lah awak ni. Cuma beza kat perut
je. Saya rasa kalau awak amal makan macam ni lama-lama, nanti mesti berjaya
awak dapat anugerah perut buncit macam along saya tu,” bidasku sambil
tersengih.
“Tak
nak saya perut macam along awak. Nanti dah tak jadi hot settuf dah. Saya kan hot
settuf,”
Tak
jadi aku menyuapkan suapan nasi goreng pattayaku yang terakhir apabila
mendengar pengakuan berani mati dari Ali Haidar ni. Aku terus
mengeleng-gelengkan kepalaku.
“Hot settuf?? Haha,”akhirnya ketawaku pecah.
“Tu
yang ramai awek tu kan,”aku menambah lagi secara spontan.
“Mana
ada ramai awek, sorang bini je ada. Hehe,”
Gulp.
Okay tampar pipi sikit Fatimah. Kata-kata terakhir Ali itu membuatkan aku
kembali teringat statusku dengannya. Ketawa ku terhenti, aku terus terdiam.
Wajahku teras panas, seakan manik-manik peluh bakal menitik dari wajahku. Apa
perasan yang aku sedang alami sekarang? Wait,
am I blushing? Kawal Fatimah kawal, depan Ali ni.
Dengan
muka yang agak ketat, aku akhirnya hanya tersengih kekok dan terus menghirup
sisa sirap limauku.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment