Aku
sudah kembali semula ke UIAM Kuantan. Bermulalah semula perjuanganku sebagai
pelajar tahun akhir di taman ilmu UIAM ini. Tidak pernah aku merasa sesukar ini
apabila berhadapan dengan segala tuntutan akademik seperti tugasan, kuiz,
peperiksaan, latihan amali dan sebagainya. Namun syukurlah aku telah
mempelajari semua yang basis ketika di pusat asasi dan di tahun satu dahulu.
Kini silibus kebanyakannya hanya mengulangi perkara basis tapi cuma hanya
dengan lebih mendalam. Mujurlah aku ada study
group sendiri yang bisa aku bertanya itu dan ini kepada mereka. Aku yakin
Allah pasti memudahkan urusanku. Aku sering menyelitkan doa itu selepas habis
solat.
Minggu
itu ada banyak perkara yang aku harus selesaikan. Aku harus finalize tajuk untuk final year project (FYP) dengan
Professor Kamal. Aku juga harus mengulangkaji semula beberapa subjek yang aku
kira agak sukar kerana berkali-kali aku baca, masih tidak faham. Selain itu aku
juga ada beberapa kerja dari sebuah organisasi yang aku sertai. Aku juga
terkejut apabila mengetahui yang aku kini rupanya adalah setiausaha sebuah
badan perwakilan pelajar, Student Representative Council (SRC).
Tengah
hari itu, aku baru pulang dari bilik Professor Kamal. Ternyata beliau sangat
menyokong ideaku. Namun kertas kerja yang aku usulkan masih banyak yang perlu
aku perbaiki. Aku bersyukur kerana aku masih
mampu menyaingi rakan-rakanku yang lain walaupun dengan keadaanku yang
seperti ini.
Sebelum
pulang ke mahalah, aku singgah di kafe untuk membeli makanan tengah hari.
Perutku sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang amat tidak menyenangkan. Aku
amat mengerti maksud tersiratnya. Setelah membeli nasi berlaukkan ikan keli,
kuah merah dan sedikit sayur campur, aku berjalan pulang ke mahalahku. Semasa
perjalanan pulangku, fikiranku ligat berteka-teki tentang apa sebenarnya yang
telah berlaku kepada diriku. Dek kerana kesibukan waktu, aku masih belum sempat
untuk berkunjung ke hospital.
Okay,
mungkin itu hanyalah alasan. Emak sudah berulang kali menyuruhku untuk membuat
pemeriksaan di hospital. Entahlah, mungkin aku sebenarnya berat hati untuk
merujuk doktor tentang kondisiku. Aku pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan
diriku. Kalau tidak masakan tanpa apa-apa kecederaan, aku boleh hilang ingatan?
Sekali-sekala kepalaku masih terasa sakit yang ketara. Namun aku bersyukur,
sakit itu tidak terlalu teruk hingga boleh memudharatkan rutin harianku.
“Fatimah!”
Tersentak
jantungku. MasyaAllah, sahutan dari Eyqa itu mengembalikan aku ke alam nyata.
“Awak
ni, terkejutlah!” balasku bersungguh.
“Habis
tu yang awak duk tercengang depan muka pintu ni kenapa? Masuklah kak oi. Ke tak
bawak kunci?” tanya Eyqa selamba.
Terkebil-kebil
mataku. Oh, sudah sampai ke bilik rupanya. Tak sedar aku.
“La,
dah sampai ke. Hehe sorry Eyqa, tak
perasan pulak. Awak tolonglah bukakkan pintu tu, dah tak cukup tangan saya ni,”
sambil mataku mengenyit ke arah kedua tanganku yang penuh dengan plastik
makanan.
“Hishhh,
jap mana kunci ni?” Eyqa meraba-raba begnya.
“Macam
tak ade je” ngomel Eyqa sambil meneruskan pencariannya.
“Alah
mesti la ade. Awak bawa bertenang sedikit. Cari perlahan-lahan,” pesanku kepada
Eyqa.
Eyqa
memang macam tu. Selalu kalut namun sikapnya yang dry humour selalu menyenangkan orang-orang di sekelilingnya.
“Hah,
jumpa!” jerit Eyqa
“Hah,
kan dah kata,” aku membalas pantas.
Aku
melabuhkan beg kuliahku di atas katil, lalu kami berdua meneruskan agenda
dengan makan tengah hari.
“Eyqa,
awak bila lagi? Kita kan dah nak grad. Hehe,” aku memulakan bicara sambil
menyuapkan nasi ke mulut. Sahaja aku berbasa-basi tentang status kawan aku yang
satu ini.
Kami
memang biasa bersembang waktu makan kerana pada waktu lain biasanya
masing-masing sibuk dengan aktiviti tersendiri. Kadang-kadang untuk bertegur
sapa sesama rakan sebilik pun hanyalah pada waktu malam kerana siangnya jadual
memang penuh. Jadi untuk tidak membazirkan masa yang ada, kami manfaatkan untuk
merapatkan ukhuwah antara kami.
“Uhuk.
Uhuk,” Eyqa terbatuk.
“Astaghfirullah,
kenapa ni?” aku bimbang melihat Eyqa terbatuk.
“Bila
apa ni?” Eyqa menghemburkan soalan.
“Ololo
sudah terhantuk ternganga, bertanya lagi. Awak tu la, bila lagi?” saja aku
mengulangi soalan yang sama.
“Bila
apa?!” Eyqa sengaja menaikkan ton suaranya.
“Kahwin!”
aduh, terkeluar juga perkataan itu.
Serta-merta
riak wajah Eyqa bertukar. Aku dapat mengesan ada sesuatu yang tak kena.
“Kenap..”
belum sempat aku menyudahkan perkataanku,
“Can’t we just drop the subject?” Eyqa
pantas memotongku.
Aku
diam. Cuba menginterpretasikan apa yang sedang berlaku. Jarang aku melihat Eyqa
berkelakuan serious begitu. Aku cukup kenal benar dengan sikap Eyqa, hanya
sesetengah perkara yang membuatkannya berpelakuan begitu. Apa sebenarnya yang
terjadi sepanjang dua tahun lepas. Aku tertanya-tanya, namun aku diamkan sahaja
untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih janggal.
Selesai
makan tengah hari, kami solat zuhur berjemaah. Usai berdoa, telefon tanganku
berdering. Seperti tahu-tahu saja, aku bermonolog sendiri. Sambil melipat
telekung, tanganku mencapai telefon di atas katil.
“My
Cute Hubby”
Pantas
aku menutup skrin telefonku. Aku memang harus tukar nama itu di simpanan contact telefonku. Memang harus! Aku
sendiri yang baca pon naik habis bulu roma, apatah lagi kalau orang lain yang
nampak. Tak boleh nak bayangkan.
Aku
memandang Eyqa sambil tersengih ibarat memberi isyarat kepadanya bahawa Ali
yang menelefon aku. Eyqa faham-faham dan terus mengambil langkahnya keluar.
Sebelum
menekan butang ‘accept’ aku mengurut-ngurut dadaku. Entah mengapa aku rasa
begitu berdebar-debar untuk mengangkat panggilan telefon itu.
“Bismillahirahmanirahim,”
bisikku
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam,
sayang,” jawabnya ceria.
“Ya?”
balasku janggal.
“Sayang
sihat?”
“Alhamdulillah,”
pendek jawabku. Aku malas berpanjang-panjang walaupun sebenarnya kepalaku
kadang-kadang masih terasa sakit.
“Tak
sakit kepala dah?”
“Dah
tak sakit mana dah,”oh kejap. Tu bukan berbohong kan?
“Alhamdulillah,”
dia akhirnya bersuara.
Jauh
di benakku, aku terasa lega Ali mendengar bersuara dengan senang hati.
“Sayang
awak free kan minggu depan?”
“Em,
kenapa?” tanyaku ringkas.
“Minggu
depan abang nak turun Kuantan, ada kerja sedikit. Lepas tu abang ingat nak
ambil sayang terus datang Gombak. Ada orang rindu sangat nak jumpa sayang,”
Ah
sudah. Ali please, aku masih tak
boleh terima flirting macam ni. Naik
meremang bulu roma den. Ha, nak jawab apa sekarang ni Fatimah?
Krik.
Krik. Krik.
“Hello
sayang?” tanyanya pantas setelah seketika aku tidak bersuara.
“Ha
ah, sorry sorry. Saya ada ni,”
“Hai,
dalam telefon pon boleh mengelamun jugak. Haha. Macam-macam lah isteri abang
ni,”
Sempat
lagi tu dia bahan aku. Ish Ali ni.
“Takdelah.
Tak mengelamun pon. Em, siapa yang nak jumpa saya? Err awak maksudkan awak ke?”
tanyaku jujur.
Sekali
lagi tawa Ali pecah.
Amboi
amboi. Bestnya dia gelakkan orang. Apa pulak kali ni? Aku salah cakap ke?
“Memang
lah abang nak saaangaaat jumpa sayang. Tapi yang abang kata tadi bukan abang
maksudkan abang. Tapi ibuu,” perlahan Ali memberi penerangan bersama tawanya
yang masih tersisa.
Aduh
Fatimah. Dah kena kau. Ingatkan dia tadi dia nak buka ‘buah’ romantik dia tadi.
Tapi
jap, ibu? Siapa ek? Mak aku aku panggil emak. Emm, ibu? Do your work my brain, do your work!
Cepat proses siapa ibu. Kang
lama-lama aku senyap, kena pulak dengan si Ali ni.
Loading… Finish!
Mak Ali kot.
“Oh
mak awak?” pantas aku bertanya.
“Yup,
ibu! Mak mentua kesayangan sayang. Hehe,”
Alamak,
nak kena jumpa mak mentua ke ni. Takutnya.
‘Nampak
gayanya kena pinjam buku “Memikat Hati Mertua” dekat Suhaila lah ni’ hatiku
berbisik.
“Em,
okay,” suaraku sedikit terketar.
Ali
yang mengesan perubahan pada ton suaraku,seraya dengan lembut berkata,
“It’s okay sayang. Believe me, sayang dan ibu sangat ‘masuk’ sekali. Don’t, worry k?”
“Ibu
dah label sayang menantu kesayangan dia awal-awal dah. Habis jelous menantu-menantu lain. Hehe,”
tambahnya lagi dengan nada bergurau.
“Kalau
macam tu, habis la saya kena buli dengan kakak and abang ipar awak nanti,” balasku kembali.
“Haha,
takpe abang kan ada. Siapa-siapa yang buli isteri abang, abang bagi “Gomu-gomuno pistol” nanti. Baru tahu,”
Amboi,
Encik abang Ali ni boleh tahan. Salah satu jenis serangan milik Monkey D. Luffy
dalam animasi jepun terkenal, One Piece pon dia tahu. Duk main petik, dah lah
aku peminat tegar animasi tu.
Walaupon
tak kedengaran di corong telefon namun senyumanku melebar di bibir. Ali Haidar
memang pandai menaikkan mood.
“Sayang,
lagi satu. Nanti kita pergi jumpa Dr. Nabila ya? Abang dah buat appointment hujung minggu ni,”
Senyuman
melebarku serta-merta hilang. Debaran di dadaku pula mengambil alih. Makin
rancak dan makin rancak.
“Jumpa
Dr.?” tanyaku lagi walaupon sudah terang-terang Ali telah memberitahu sebentar
tadi.
“Yep.
Kenapa sayang, sayang takut?” tanyanya meminta kepastian.
Senyap.
Aku tak mampu bersuara. Lemah seluruh badanku. Mindaku mengerti yang aku memang
harus berjumpa doktor. Tapi, hatiku seakan tidak bersedia.
“Em,
sedikit. Tapi takpe. Okay insha Allah,” jawabku dalam nada yang terkawal. Aku
malas menunjukkan kepada Ali yang aku sebenarnya takut.
Ali
senyap seolah sedang mencari perkataan terbaik untuk menyurutkan perasaan
takutku itu. Dia seperti memahami saja gelojak jiwaku saat ini.
“Sayang,
apa pun yang berlaku, abang sentiasa ada untuk sayang. Sayang ingat tu ya. Di
mana ada Fatimah, di situ ada Ali. Seperti Saidina Ali r.a dan Sayyiditina
Fatimah r.a,” lembut dia menutur kata.
Mendengar
kata-katanya ibarat bayu pagi nyaman yang bertiup di cuping telingaku. Aku
terasa damai. Namun, di telefon hanya nafasku yang kedengaran. Aku tak mampu
meluahkan apa yang aku rasa.
“Sayang?
Are you there?” dia kembali bertanya.
“Err,
yes. Yup. Thanks. See you then,”aku membalas gugup.
“Okay
sayang. Have a nice day. Miss you. Assalamualaikum,”
“Err,
waalaikumussalam,”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment